Bismillahirrahmanirrahim


Dahulu di depan rumah aku ada sepohon pokok kedondong. Satu hari selepas musim berbuah, daun-daunnya gugur dan nampak seperti pohon yang telah mati. Lebih-lebih lagi sebelum tu nampak banyak ulat bulu makan dedaunnya. Bila aku mengadu kat abah pokok tu dah mati, abah cakap pokok kedondong memang begitu. Tapi, nanti akan tumbuh semula daun-daunnya dan akan berbunga dan berbuah kembali.

Teaser Syazreen & Wan, Serdang


Jawapan abah memang kurang meyakinkan bila melihat keadaan pokok kedondong tersebut. Tetapi beberapa minggu kemudian aku lihat pokok tersebut mengeluarkan tunas-tunas baru. Selepas itu pokok tersebut menghijau semula. Ketika itu aku sedar masih banyak lagi pelajaran alam dan kehidupan yang masih belum aku fahami dan tekuni rupanya.

Begitulah halnya kehidupan. Ada masanya kita rasa dah cukup dewasa dan berpengalaman dalam hidup. Namun hakikatnya, bila mendapat ujian yang berat untuk kita tanggung baru kita sedar banyak lagi yang kita tidak tahu tentang cabaran hidup ini. Ketika tu baru kita sedar kekurangan diri dalam mendepani kehidupan mendatang.

Namun agama mengajar jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Dunia ini bukan tempat kita menikmati sepenuhnya kesenangan, kekayaan dan kebahagiaan. Walaupun ianya kelihatan seperti nikmat tetapi ia masih ujian untuk menguji keimanan. Apatah lagi bila mendapat ujian berupa kesakitan, kesedihan dan kesusahan. Kita hanya berhenti sebentar di sini untuk kumpul bekalan. Untuk kecapi nikmat sebenar di sana. Bersabarlah, Allah sedang menguji kita.




Nota kaki : Tunggu full entry majlis ini nanti.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments