Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, dapat juga aku menulis sedikit kat blog ni. Awal tahun ni banyak perancangan tahunan dan kursus luar perlu dihadiri. Agak sibuk nak update apa-apa kat sini. Semoga tahun 2013 ni menjadikan kita insan yang lebih matang dan lebih dekat dengan Allah. Banyak rezeki Allah berikan kepada kita sepanjang tahun lepas. Adakah kita telah syukurinya sebelum minta yang lain dari Allah? Jawab dalam hati.

Bulan Rabiulawal amat sinonim dengan bulan kelahiran Rasulullah. Kalau kat kampung-kampung sejak 1 Rabiulawal lagi dah ada marhaban sebagai meraikan maulud nabi tersebut. Walaupun tarikh sebenar kelahiran Rasulullah itu terdapat perbezaan pendapat tetapi ia tidak menghalang setiap insan melahirkan rasa cintanya kepada Rasulullah kekasih Allah dan kekasih kita semua.

Teaser Dya & Izad, Sungai Penchala


Islam bukan mengagungkan manusia secara keterlaluan seperti Nabi Isa dalam agama Kristian. Rasulullah juga larang begitu termasuk melarang orang yang cuba menggambarkan Rasulullah dalam bentuk gambar. Lihatlah beberapa tarekat yang terlalu agungkan syeikh mereka hingga terlalu taksub bila gambar syeikh di letak di rumah-rumah hingga kadangkala melebihi kecintaan kepada Rasulullah saw.

Jadi dalam zahirkan rasa cinta tersebut, wajar kita lebih hayati ajaran Islam yg dibawa oleh Baginda saw. Untuk apa kita hidup dan amalan apa yang Rasulullah sampaikan. Walaupun aktiviti berarak sempena Maulid Rasul hanya ada di nusantara tetapi aku percaya umat Islam seluruh dunia juga mempunyai cara bagi menzahirkan rasa cinta tersebut. Mari kita sama-sama banyakkan selawat sepanjang masa. Mudah-mudahan Rasulullah dapat beri kita syafaatnya pada hari kiamat nanti. Wallahua’lam.




Nota kaki : Minggu ni aku akan sambung update full entry majlis wedding. Tunggu ye:)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
azieazah says:

Salam dindaku Esal.

Semoga dengan datangnya Rabiulawal, mengenang kembali perjuangan Rasulullah, akan memberikan kita keinsafan, kesedaran dan pemahaman yang lebih baik dari sebelumnya…

Acaii Jawe says:

Azieazah – Salam kak zie yang dihormati dan dikasihi:) Hope akak sekeluarga sihat2 ye. Terima kasih juga kak ye atas ingatan. Mudah2an kita semua dapat jumpa dengan Rasulullah di akhirat nanti,amin.