Bismillahirrahmanirrahim


Semalam aku ada terbaca entry2 lama yang pernah aku tulis di blog sejak beberapa tahun lepas. Sama ada di blog ini atau blog personal aku. Aku sedar banyak perspektif hidup aku telah berubah. Mungkin pandangan aku pada masa lalu tidak lagi aku persetujui sekarang. Ada cara berfikir dan pendapat yang bagi aku sudah tidak relevan pada waktu ini.

Justeru, aku memohon maaf jika sepanjang korang membaca tulisan aku di sini aku pernah mengajak kepada perkara melalaikan. Terutama yang melibatkan perkara sia-sia yang membawa kepada dosa. Aku sedang berusaha perbaiki diri. Aku cuba tulis perkara-perkara positif yang boleh bagi manfaat kepada semua, terutamanya untuk diri aku sendiri. Aku harapkan teguran korang kalau ada kesilapan untuk aku perbaiki diri.

Sebenarnya aku nak update sesi outdoor majlis bertandang pasangan Hayat & Anis ni dulu last week. Tapi aku lupa upload dalam Dropbox aku kat kat rumah. Jadi tak dapat nak share entry ni dulu. Sebenarnya memang banyak nama tempat aku tak pernah dengar sebelum ni kat Melaka. Mungkin aku xde ramai kawan asal dari Melaka. Kalau ada mesti aku dah selalu pergi rumah mereka. Setelah pusing2 sebab hujan lebat, akhirnya kitorang jumpa tempat nak amik gambar:)

Lagi satu yang aku terkejut ada sawah padi di Alor Gajah, Melaka ni. Tak pernah aku tahu maklumat tu. Betullah kata orang. Jauh perjalanan luas pengetahuan. Entah betul entah tak peribahasa tu. Apapun tahniah sekali lagi kepada kedua pasangan yang dirai ini. Cabaran hidup berbeza bila telah berumahtangga. Tapi jika dilihat dari sudut positif, kita ada teman nak harungi perkara tersebut bersama:) Wallahua’lam.




Nota kaki : Tempahan pada tahun ni dah banyak dipenuhi,alhamdulillah. Terima kasih yang percaya untuk hire aku dalam majlis korang. Untuk bulan Mac, Mei dan Jun dah tak available untuk tempahan.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
shujie says:

salam caii…dtg melaka tak halo sy kan…klo tak bole follow…hahaha

Acaii Jawe says:

salam bro Shujie, kalaulah teringat masa tu memang terus call punya,haha. Tapi boleh lupa ada member kat sana,huhu.

zoo says:

salam.
area pangkalan balak masih ada lg sawah padi.. terbentang tapi tak luas..

great pictures!! yeah

Acaii Jawe says:

zoo – Salam bro, terima kasih ye:) Sebenarnya serius memang tak tahu ada sawah kat situ:) Cuma tak banyak macam kat sabak ngan tanjong karanglah macam selalu saya nampak.

mila says:

Melaka mmg banyak tempat menarik. dan memang ada sawah padi kat sana, cumanya sawah padi kat sana tak tersusun sangat macam kat selangor tu. Saya pun belum habis explore Melaka walaupun hampir setahun duduk kat sini…hehe

Acaii Jawe says:

mila – Alaaaa lupalah ada orang tu kat melaka juga,hehe. Kalau tak boleh jumpa mila,hehe. Insyaallah nanti kalau ke melaka saya contact mila ajak makan,haha. Kim salam suami ye:)

awe says:

Uuuu…x ajak gi Melaka.

Acaii Jawe says:

awe – masa gi melaka ni ko ada job rasanya:)

Kerul Shukor says:

Salam cai, melaka memang best, banyak2 tempat, aku suke bebenor buat job di melaka..hehe, btw..cantik as usual cai, kipidap!!

Acaii Jawe says:

Kerul – Waaah sifuuu!! terima kasih sudi singgah sini:) Aah memang banyak tempat best kat Melaka ni. Aku tak sempat singgah banyak tempat sebab hujan je,hehe. Kalau tak mesti boleh buat lagi banyak gambar. Thanks kerul