Bismillahirrahmanirrahim


Pagi tadi aku dengar satu tazkirah. Ustaz bertanya bila kali terakhir kita audit perbelanjaan dan hasil kewangan kita? Adakah semua yang kita dapat rezeki yang halal? Adakah zakatnya telah ditunaikan dengan sempurna? Berapa sedekah kita setiap bulan? Ini kena tanya sama ada kita berniaga & bekerja setiap hari. Sebab ia sangat penting untuk masa depan akhirat kita.

Dalam berniaga melalui wedding photography ni aku cuba niatkan untuk mengikuti sunnah. Aku akan berusaha menjaga amalan dan kejujuran semasa berurusan dengan semua client2 aku. Dengan rezeki yang murah dan keuntungan semakin bertambah insyaallah aku dapat salur lebih banyak kepada jalan kebaikan.

Aku nak update sedikit majlis Belle & Zairy yang diadakan di Cheras. Aku cover dari majlis nikah sampailah selesai sesi outdoor. Aku sebenarnya ngah cuba tone baru harini. Hope nampak ok:)


Semoga Allah rahmati kedua pasangan ini dan hubungan yang terjalan berkekalan bahagia sampai ke syurga,amin. Mereka dah kenal lama dari zaman belajar lagi:) Tapi hidup berumahtangga bersama adalah satu kehidupan yang berbeza dan berlainan. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga korang ye:) Tahniah atas berita gembira Belle. Wallahua’lam.


Nota kaki : Banyak tarikh2 aku pada tahun ni telah penuh sekarang. Terima kasih kepada semua yang percaya dengan hasil kerja aku. Mudah-mudahan Allah luaskan lagi rezeki korang semua ye,amin.

Nota kaki 2: Aku kena modify dan perbaiki tone ni lagi. Tunggu update next time plak.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
Abel says:

Terima kasih en Acaii.. Tak tau nk ckp mcm mane.. Yg pasti sy suka sgt.. Hehe.. Candid pn ade ye.. Gelak je ble igt blk part tu.. Tggu next entry plak..

Acaii Jawe says:

Abel – Salam Belle si pengantin:) Terima kasih belle,suka sangat bekerjasama dengan korang berdua:) Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan sampai ke akhir hayat ye,amin. Thanks belle.

azieazah says:

Salam dindaku Esal.

Pengantin berfoto di bawah jambatan, tona hijau sangat β€œin” dengan warna rumput yang segar.

Cantik!

Acaii Jawe says:

azieazah – Salamkak zie yang dikasihi:) Terima kasih kak zie. Hijau walaupun tak contrast dengan background tetap cantik kalau kena dengan bajunya,hehe.