Bismillahirrahmanirrahim


Semalam aku sempat pulang ke kampung melawat mak ngan abah. Mak tak berapa sihat sebab demam. Mak baring je atas katil masa aku sampai tu. Rasa bersalah sangat sebab dah lebih sebulan tak balik kampung sampai tak tahu khabar mak. Tapi sepanjang aku kat rumah mak ceria je layan kitorang sampailah kitorang balik. Mudah-mudahan mak bertambah sihat hari ini,amin.

‘Syurga itu di telapak kaki ibu’ merupakan hadis palsu. Ia tidak boleh disandarkan kepada Rasulullah. Tetapi kewajipan mentaati ibu dan bapa ada dalam hadis soheh yang lain. Kalau lihat mak ngan ayah kita sekarang, berapa tahun sahaja lagi mereka akan hidup berbanding kita. Takkanlah kita nak berkira dalam mentaati dan berbakti kepada mereka.

Teaser Izar & Linda, Pulau Carey


Dalam kuliah yang aku hadiri baru-baru ini ada ceritakan kisah tentang seorang ibu yang bersusah payah besarkan anak yang ramai dengan pelbagai ragam tanpa seorang suami. Beliau bekerja sebagai pembantu kantin sekolah. Ringkaskan cerita, beliau sekarang berada di rumah orang-orang tua sebab anaknya tak ada yang mahu menjaganya. Lalu berkecil hatilah si ibu kepada semua anak-anaknya.

Sebenarnya mudah kita nak menghukum. Lebih-lebih lagi kita tidak diberi ujian seperti itu. Kalau menjaga ibu bapa sihat tiada masalah. Bagaimana kalau menjaga ibu dan ayah yang dah tak sihat? Bagaimana kalau mereka perlukan perhatian penuh seperti perlu disuap untuk makan, buang air, tukar pampers dan bergerak. Bagaimana nak atur masa kalau mereka perlu pemeriksaan kesihatan yang kerap? Pernah terfikir menjaga ibu bapa begini?

Bagi yang masih mempunyai ibu bapa, sebenarnya hayat mereka dah semakin ke penghujung. Bila-bila masa mereka boleh tinggalkan kita selamanya. Kalau tidak kerana sakit, mungkin mereka meninggalkan kita kerana tubuhnya tua dimamah usia. 10 tahun dahulu semasa kita remaja, mereka masih kuat dan sihat. Senyumannya masih lebar. Suaranya masih kuat. Sekarang 10 tahun telah berlalu, tenaga mereka semakin kurang. Badanpun sering sakit-sakit. 10 akan akan datang, siapa yang tahu mereka masih ada di bumi ini? Berbaktiklah sementara masih sempat. Al-fatihah kepada ibu bapa yang telah meninggalkan dunia ini. Semoga arwah tenang di sana,amin. Wallahua’lam.


Nota kaki : Insyaallah aku akan update full entry majlis ni nanti.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
ejal says:

salam bro..sedih amat baca entri ni..terus terigt mak aku sorg2 kat kg..nk ajak duk skali ttp x nak..lebih selesa duk kat rumah peninggalan arwah abah..ape yg mampu kitaorg adk beradik bt cuma call slalu..dan tiap mggu pastikn ada adik beradik yg balik temankn emak..ok gua rasa nak nangis dah ni..lagi2 dgr lagu tu..sgt menyentuh perasaan..

Acaii Jawe says:

ejal – salam ejal:) aah ejal, ko cakap pasal mak ko baru ingat dia tinggal kat kampung sana. Orang tua memanglah ejal kekadang lagi selesa tinggal kat umah sendiri. Takpelah ejal, putrajaya ngan tanjong bukan jauh sangat. BEsar pahalanya ejal. Mudah2an mak ko sihat2 je hendaknya,amin.