Bismillahirrahmanirrahim


Sepanjang aku berada dalam banyak majlis nikah beberapa tahun lepas ni, ada satu perkara yang memang selalu pasangan pengantin lakukan secara tidak sengaja:) Sama ada perasan ataupun tidak, hanya selepas majlis nikah lah pasangan pengantin tersebut akan panggil mak dan ayah mertua mereka dengan panggilan ‘ayah’ dan ’emak’ berbanding makcik/pakcik. Majoriti pengantin akan masih panggil makcik dan pakcik selepas bernikah,hehe. Ada kawan aku dia masih tersasul panggil makcik even dah seminggu kahwin:)

Aku nak update majlis pernikahan Izar dan Linda yang diadakan di Kampung Sijangkang. Ramai kawan-kawan lama aku ada kat kampung ni sebab sekolah menengah dulu tak jauh dari kampung ni. Tapi tak jumpa sorangpun member aku masa majlis ni,hehe.

Alhamdulillah, majlis pernikahan ni berjalan lancar. Dengan satu lafaz Linda selamat menjadi suri hidup Izar. Aku sebenarnya suka imam dan jurunikah yang memudahkan urusan pernikahan. Tidak seperti zaman dahulu yang menjadi satu mimpi ngeri bagi orang lelaki yang ingin bernikah dengan gadis pilihannya:)

Semoga ikatan suami isteri yang terjalin berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Pakat baik-baik. Perjalanan masih panjang dan kena kenal hati masing2. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Tunggu aku update majlis perkahwinan mereka nanti. Wallahua’lam.


Nota kaki : Berita malam tadi 75% jemaah haji Malaysia dah berada di tanah suci. Semoga mereka semua mendapat haji mabrur,amin.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
azieazah says:

Salam dindaku ESAL,
sebuah lagi masjid terbina. Syahdu pula melihat akad berlangsung lancar dan penuh restu dari ibubapa dan sanak saudara….

Acaii Jawe says:

azieazah – Salam kak zie, alhamdulillah. Doakan semuanya berjalan lancar dan mereka semua dapat berjaya dunia akhirat:) Terima kasih kak zie ye. BArakallah.

Liza says:

Salam,nice all the pics!! ;)
wei, aku jumpa ko kat kenduri ni kan! aku kan member sek lama ko ke member utm ek!!hehehe
nyway..moga terus maju dlm dunia photographer.

Acaii Jawe says:

Liza- Salam liza,hahahah maksdua aku member2 lelakilah:) Dengan ko pun aku tak sempat nak borak2 sangat sebab aku sorang je masa tu,hehe. Terima kasih liza.