Bismillahirrahmanirrahim


Pagi tadi aku breakfast dengan seorang pemandu teksi berbangsa cina. Melihat kepada raut wajah beliau memang sudah agak berumur untuk menjadi seorang pemandu teksi. Sebelum mengakhiri borak2 pagi tu, aku sempat bertanya kenapa masih bekerja pada usia itu. Beliau bagitau simpanan beliau habis sebab kena tipu dengan skim cepat kaya. RM400,000 jumlahnya. Anak-anak beliau seramai 5 orang tidak pedulikan beliau lagi.

Bayangkan dalam umurnya 68 tahun beliau masih lagi bekerja memandu teksi setiap hari untuk mendapatkan duit menyara diri dan isteri yang juga telah berusia. Kentalnya semangat beliau memerah tulang empat kerat dengan teksi sewanya. Kita rasa sangat simpati kepada beliau. Tapi sifat ceria dan ramah beliau dapat menyembunyikan kesedihan dan kesukaran yang beliau sendiri tahu. “Sudah nasib saya” katanya.

Teaser Izar & Linda, Sijangkang



Lumrah hidup insan. Kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi kepada kita pada masa akan datang. Allah dah tentukan semua rezeki kita sebelum kita lahir ke dunia ni lagi. Tapi untuk menguji iman kita, disuruh kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rezeki. Apa yang kita miliki sekarang ni belum tentu masih kekal bersama kita akan datang.

Pernah tak kita terfikir pada usia 35 tahun ketika miliki semuanya, kaki kita terpaksa dipotong kerana kemalangan ketika melintas jalan? Itu berlaku ke atas seorang yang aku kenali. Dia ada lebih 30 tahun lagi hidup tanpa kaki. Bagimana dengan seorang ibu yang kehilangan 4 orang anaknya sekaligus dalam satu kemalangan baru-baru ni. Inilah aturan Allah untuk manusia yang kita tak tahu sekarang.

Jadi, janganlah mendabik dada dan berbangga dengan apa yang kita miliki sekarang. Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja pinjaman ini. Ingat, Allah boleh tarik mana-mana bahagian tubuh badan kita jika dikehendakiNya. Ia sangat mudah, apatah lagi apa yang kita miliki seperti ahli keluarga, anak, harta dan lain-lain. Sekali lagi, itulah lumrah hidup kita semua sebagai seorang hamba. Matlamat kita bukan itu, tapi redha Allah untuk ke syurga,Wallahua’lam.



Nota kaki : Tunggu aku update full entry majlis ni nanti ye.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
sil says:

salam.bro acaii, sangat mengesankan ayat dlm entri ni. manusia mudah lupa jd tq sbb mengingatkan. mohon share sikit ayat ni kat fb yeee

azieazah says:

Salam dindaku ESAL.
Allahukbar.. Maha Besar Tuhan.
Boleh memberi dan mengambilnya kembali mengikut aturannya.
Sesungguhnya, semua tu pinjaman kepada kita.

Terimakasih berkongsi cerita yang menginsafkan.

Acaii Jawe says:

azieazah – Salam kak zie yang dihormati dan dikasihi:) Terima kasih sebab sudi baca ye kak zie:) Insyaallah semoga kita sama2 tahu bahawa semua yang kita ada ni hanyalah pinjaman dari Allah. Semoga kak zie bersama keluarga diberikan kesihatan yang baik2 je hendaknya,amin.

Kita kena sentiasa beringat yang setiap benda yang kita miliki hanya lah sementara dan akhirat nanti yg akan kekal selamanya….mudah-mudahan kita di lindungi dari tipu daya manusia…

Acaii Jawe says:

atanadhmad – Salam bro, betul tu:) Apa yang kita miliki semua ni hanyalah pinjaman semata. Amin atas doa ko tu bro:) thanks.