Eid Mubarak semua :)

Bismillahirrahmanirrahim




AllahuAkbar! AllahuAkhbar! AllahuAkhbar!

Sebenarnya agak berat aku nak buat entry pasal Syawal ni sebab Ramadan pun masih berbaki 3 hari ketika aku menulis entry ini. Mood Ramadan memang masih kuat dan rasa xnak tinggalkan Ramadan. Aku rasa Ramadan kali ni agak meriah dari segi sambutan dan penghayatannya. Semoga semua amalan kita pada bulan Ramadan ini diterima oleh Allah dan dapat jadikan kita semua insan yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga kita semua dapat berjumpa Ramadan akan datang,amin.

Dikesempatan ni, aku juga ingin memohon kemaafan atas segala kekhilafan, kesilapan dan kelemahan aku sama ada disengajakan ataupun tidak. Sebagai insan aku memang tidak lepas dari melakukan dosa-dosa. Aku maafkan semua kesalahan sahabt-sahabat semua. Selamat menyambut lebaran kepada semua pengunjung blog ini. Mari sama-sama kita banyakkan bertakbir pada hari raya ini. Ziarahilah saudara mara dan sahabat-sahabat kita semua. Semoga kita semua selamat di jalan raya sepanjang musim perayaan ni,amin.


Wassalam.


Nota kaki : Insyaallah tahun ni aku beraya di kampung wife di Bagan Datoh, Perak. Sapa area sana bolehlah bagitau untuk aku singgah makan kuih raya ye:)


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

Salam Sahabat,
Selamat Hari Raya untuk awak dan pn.isteri. Minta maaf salah silap dan gurauan yg terlebih kuah.

Saya superlike gambar card raya di atas :)

IjanKahar – Salam sahabat, selamat hari raya eidulfitri juga ye:) Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang kita bersahabat. Semoga raya kali ni lebih bermakna. Terima kasih izan,hehe.