Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Dr Ain & Dr Is, Kuala Lumpur


Selamat menyambut bulan keberkatan dan kerahmatan iaitu bulan Ramadan kepada semua pengunjung blog ni yang dikasihi :) Ketika aku tulis ni dah 5 hari kita berpuasa. Mudah-mudahan amalan kita bertambah baik setiap hari.

  1. Semalam aku tengok satu rancangan soal jawab agama di TV arab. Ada seorang pemanggil dari Somalia bertanya kepada ahli panel. Soalan beliau yang sangat-sangat menyentuh hati aku. “Adakah sah puasa saya kalau saya tidak bersahur dan berbuka sebab tiada apa hendak di makan?”. Air mata aku bercucuran laju bila mendengar kata-kata itu. Begitu juga ahli2 panel yang turut sama menangis. Terbayang kesusahan yang mereka alami dan terbayang kemewahan kita di sini.
  2. Cubalah bayangkan mereka yang sangat miskin hingga tidak mampu nak berbuka puasa setelah kelaparan lebih seharian. Kemudian bayangkan pula makanan seharian kita yang selalu berlebihan dan dibuang hanya kerana kita mampu. Langsung tidak rasa bersalah membuang lebihan makanan sedangkan di satu sudut lain dunia, mereka kebuluran.
  3. Sebenarnya aku cuba sedaya mungkin mengurangkan makanan untuk rasa kelaparan orang-orang miskin ini. Rasa kelaparan itu jadikan aku lebih hargai semua rezeki yang Allah berikan kepada aku. Rasa syukur dengan nikmat Allah selama ini. Rasa malu nak mintak lebih banyak rezeki selagi apa yang kita miliki ini pun belum disyukuri nikmatnya.
  4. Setiap kali aku kenang orang Somalia yang bertanya tersebut mmg rasa sebak je. Mudah-mudahan beliau sekeluarga dan semua umat Islam yang miskin serta kebuluran di seluruh dunia diberikan rezeki oleh Allah terutamanya ketika menyambut bulan Ramadan ini.
  5. Kalaulah kita tahu secara pasni bahawa inilah Ramadan terakhir kita sebelum kita mati selepas ini, mesti kita berusaha sungguh2 beribadah kerana pahala yang berlibat kali ganda yang Allah berikan. Ia tiada pada bulan lain. Kurangkanlah aktiviti biasa yang kurang berfaedah. Cerita kebaikan dan perkara positif. Insyaallah ia boleh jadikan kita insan yang lebih baik. Wallahua’lam



Wassalam.




Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
imam says:

cai, ade link videonya?

disamping merasai lapar dan dahaganya org yg miskin ketika puasa di dunia…paling utama, bagaimana agaknya rasa lapar dan sangat dahaga ketika di padg mahsyar??

moga kita dapat utk minum dr Telaga Kauthar Nabi Sollallahu`alaihiwasallam…

Acaii Jawe says:

Imam – Salam imam, aku pun ngah cari videonya kat youtube kalau ada. Sebab aku tengok kat TV tak tau kalau ada orang yang rakamkan. Betul tu mam, camnelah rasanya dahaga kat padang mahsyar nanti, subhanallah, Allahuakhbar.

Masy says:

T____T

Acaii Jawe says:

Kak Masy – Sedih kan kak:) Kalau tengok live lagi sedih,huhu.