Hariyani & Zuhairi, Banting

Bismillahirrahmanirrahim


Selamat hari jumaat semua. Pagi jumaat camni tiba-tiba teringat dulu masa duduk asrama, hari yang paling best sebab makan tengahari nanti adalah makan yang paling sedap dalam seminggu. Bukanlah sedap mana, nasi ayam je pun:) Sedaplah juga dari makan ikan jaket je. Mula-mula warden bagi makan sebelum solat jumaat, tapi bila tengok budak-budak asrama semua ‘berzikir’ terhangguk2 hingga sembah lantai masa khatib baca khutbah, masa makan ditukar selepas solat jumaat:) Tapi pas imam bagi salam, budak2 asrama semua berlari ke dewan makan macam zombie,hehe.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Hariyani & Zuhairi yang diadakan di Sungai Lang,Banting. Hariyani ni sebenarnya sepupu belah mak aku. Memang rapatlah dari kecik dulu. Dulu masa kecik sama-sama main lari-lari kat rumah arwah embah aku. Kalau ikutkan aku nak tolong rewang je, tapi Nani dah suruh aku shoot majlis sanding beliau. Majlis pernikahan aku tak dapat shoot sebab ada tugasan lain pada minggu tersebut. Aku dalam kesibukan lagi sekarang. Dapat upload sikit je sekarang.


Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar. Selamat datang Zuhairi ke dalam keluarga kami semua. Nanti jangan lupa datang rumah aku ye,hehe. Aku doakan semoga rumah tangga yang terjalin akan kekal bahagia hingga akhir hayat. Pakat hidup baik-baik dan belajar hidup bertolak ansur dalam semua perkara dalam rumahtangga. Insyaallah kalau kita dekat ngan agama, ia yang akan jaga kehidupan kita keseluruhannya. Wallahua’lam.


Nota kaki : Aku tak sabar tunggu semi final Barcelona vs Chelsea pagi Rabu nanti. Sepanjang game aritu jantung aku berdegup kencang. Wife aku geleng kepala je tengok sambil cakap “takde kerja!!”,haha



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

ohh.. ingat2 lupa pengantin perempuan. anak bik hasnah ye? eh yeke..aisey main tembak jer.

dulu kecik2 nmpak le slalu main kebun rumah embah dulu…

great shoot.

we deserve to win yeah!! Chelsea Chelsea.. another cup to win. mesti mng utk qualify ECL next season!

salam kang..aku x nk komen gambar la..sbb mmg dah cun mcm biasa..cuma nak komen nota kaki ko jer..mmg siyes x blh blah..hahaha…

Aimisya – Terima kasih ye :) Ni kat pantai Batu Laut Banting,hehe.
ejal – terima kasih ejal. Aku tak sabar tunggu game manutd vd mancity,hehe.
taqo – salam kang :) Terima kasih. Lamanya tak dengar khabar.