Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, kita semua masih lagi mampu bernafas dan meneguk pinjaman kasih Allah yang tidak henti-henti mencurah. Baru-baru ni aku ada menghadiri satu seminar ‘Bahagia dan membahagiakan’ yang dianjurkan oleh Prof Dr Muhaya. Banyak aku nak kongsi kepada semua supaya kita sama-sama dapat jadi seorang insan yang positif dan lebih baik dalam hidup. Tapi hari ni aku nak cerita satu ciri sahaja iaitu berhenti mencari penghargaan manusia.

Teaser Syida & Faiz, Banting.


Kadangkala punca kita tidak bahagia dalam hidup kerana tenaga, masa dan semua yang kita lakukan dalam hidup banyak ditumpukan untuk mencari penghargaan manusia. Kita risau apa yang orang kata sehingga kita lupa tujuan hidup dan bersyukur dengan apa yang kita miliki. Kita beli kereta mahal, rumah besar dan beli barangan berjenama walaupun jujurnya kemampuan kita tidak sampai ke tahap itu. Semua itu semata-mata nak menunjuk kepada orang lain kita seorang yang bahagia dan hebat. Kita risau orang berkata kita seorang yang kurang berkemampuan.

Apa tujuan beli banyak handbag dan kasut berjenama? Betulkah ia satu keperluan atau mereka sebenarnya sedang mencari pujian dan penghargaan manusia bila memakainya. Lebih malang lagi, orang yang dia nak tunjuk tu bukanlah orang yang dia sukapun. Sebab itulah ramai manusia yang merasakan bahagia itu apabila memiliki sesuatu yang mereka idamkan. Tetapi bila mereka memiliki semua yang mereka mahu, bahagia itu masih belum dirasainya.

Adakah hidup kita sekadar mencari kepuasan bila dapat memiliki sesuatu yang orang lain tidak ada dan mampu? Berasa hebat dan gah dengan sedikit kelebihan yang Allah beri. Percayalah, sampai satu tahap nanti kita akan sedar, kita kepenatan kerana mencari kebahagiaan palsu itu. Namun ketika itu mungkin dah terlewat kerana badan kita telah dimamah usia, kesihatan makin kurang dan amalan masih sedikit. Siapa lagi kita nak impress pada waktu itu?




Nota kaki : Minggu yang sibuk dah hampir berakhir. Tunggu aku update majlis kat atas ni juga nanti ye :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
Siti Amin says:

salam..suka entry ini..like banyak kali :)

Acaii Jawe says:

Siti – Terima kasih banyak2 siti ye sebab masih sudi singgah sini dan tinggalkan komen :)

nama saye reen. saye masih belum pilih gambar untuk diframe kan walaupun telah kawen 1 tahun 5 bulan :).

sekian.

*tiada kene mengena dgn topik di atas. hehehe

Acaii Jawe says:

Reen – Hahahahha, reen cepatlah bagi gambar nak framekan,hehe. Ke nak besarkan gambar masa hari raya nanti,hehe.

salam.

hurm. ada betulnya. kadang kadang benda ni jadi tanpa kita sedari kang. perlu dijauhkan sikap begitu. huhu..

Acaii Jawe says:

taqo – Salam kang :) Betul2 sebab tu kita sebagai manusia kena sentiasa diingatkan tentang perkara camni kan :) Terima kasih kang sudi singgah dan tinggalkan jejak :)