Wedding Natasha & Jamil, Meru Klang

Bismillahirrahmanirrahim


Kadangkala dalam hidup ni kita terlalu laju mengikut haluan hidup hingga lupa untuk pause sejenak. Kita terlalu sibuk bergerak ke depan hingga lupa ada orang yang kita sayang ketinggalan di belakang berusaha mengejar kita. Kita lupa bersyukur dengan apa yang kita telah ada hingga fokus kita untuk mencapai matlamat menyebabkan kita hilang sedikit demi sedikit nikmat yang kita ada sekarang.

Minggu ni aku banyak kerja luar untuk membantu pegawai agihan zakat membanci fakir miskin. Kitorang bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain untuk membuat pengiraan had kifayah. Sepanjang hari tu aku sangat bersyukur berada dalam keadaan sekarang bila melihat kehidupan mereka. Susah-susah kita sebenarnya ramai lagi yang lebih sukar dan sempit hidupnya. Kesusahan yang menyesakkan dada. Sebelum kita hilang banyak nikmat, cubalah berhenti sejenak. Fikirkan betapa banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita sekarang. Ucaplah Alhamdulillah.

Kali ni aku sambung majlis persandingan pasangan Natasha & Jamil yang diadakan di Meru, Klang. Aku lupa nak tanya pasangan ni berapa umur mereka. Sebab ramai juga sahabat2 Natasha masa sekolah dulu yang datang ke majlis ini. Kalau baya-baya aku yang kawin semua dah buadak-budak ofis je,haha. Layan majlis dia sikit ye. Make-up by Azika Collection, Klang.



Alhamdulillah majlis ni berlangsung dengan sangat meriah. Walaupun aku shoot sorang-sorang tapi semuanya berjalan lancar. Masa sesi outdoor tu aku ditemani sahabat aku Zakuan Hassan yang kebetulan free pada petang tu. Memandangkan tempat yang aku nak shoot kat Meru tu tak dapat masuk, aku bawa diaorang ke Shah Alam je :)


Untuk akhirnya aku ucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Natasha atas kerjasama yang diberikan sepanjang 2 hari majlis. Aku seronok bekerja ngan diaorang. Tahniah untuk Natasha dan Jamil. Semoga ikatan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga nanti. Mohon maaf sekiranya ada salah silap sepanjang bekerjasama ye. Jumpa lagi next entry :)


Nota kaki : Aku dah reply semua mail yang bertanya. Sekiranya masih ada yang belum reply mohon resend ye. Sebab aku takut ada yang masuk spam mail dan terdelete sebelum ni.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

tq abg acaii.. cantik2 gambarnye.. umur kami dua dua 25thn laa.. budak sgt eh? hehe

natasha – Salam pengantin,terima kasih sudi singgah sini :) Hahahhaa, xdelah. Sbb kalau ramai member2 sekolah datang biasanya memang umur bawah 25 tahun,hehe. Ni berdasarkan pengalamanlah,hehe. Jumpa nanti ye korang masa bagi album :)

Salam kang,mudah2an shat2 yer..mls nk komen la..komen pun sama gak..ttp lawa..hahaha..ada job jgn lupa roger2 kang..aku nk ikut..sekitar K.L insyaallah ok..hehe..banyak aku nk sedut ilmu nih..hahaha

ejal – Salam ejal,siot je jal. Terima kasih ye ejal :) Kalau aku ada job area sini nanti aku hallo2 ko lah ye. Itupun kalau ko tak balik kampunglah,hehe.

taqo – Salam kang, Kenapa gambar terang? Dah tentu sebab aku guna flash,kekeke :) Akupun tak tau nak jawab camne,hehe. Sama je aku tengok :)

Betul tu, perjalanan hidup ni panjang. Rehat di perhentian tu satu kemestian. Lapangkan rezeki dengan selalu open table ngan kawan2.hehe