Bismillahirrahmanirrahim


Semalam aku pergi satu majlis tentang Syria yang dianjurkan oleh Masjid Shah Alam. Majlis tersebut dihadiri oleh Syeikh Samir Thaqqa yang merupakan seorang tokoh ulama’ dari Syria yang diburu kerajaan Basyar Al-Assad kerana menentang mereka. Kagum dan kasihan! Itu kesimpulan yang aku boleh buat tentang keadaan negara mereka dan perjuangan rakyat menghapuskan kekejaman pemerintah negara mereka. Aku cuba kongsi sedikit maklumat yang aku dapat dalam majlis tersebut.



Kebangkitan rakyat Syria genap setahun pada bulan ini iaitu bermula pada bulan Mac 2011 yang lepas. Ketika regim diktator negara lain seperti Mesir, Tunisia, Yaman dan Libya jatuh dalam masa kurang 8 bulan, Syria masih tidak menunjukkan kerajaan mereka akan jatuh. Rakyat Syria sebenarnya terlalu takut dengan kerajaan Basyar Al-Assad. Ketakutan itu telah ditanam kukuh dalam diri mereka sejak dari pemerintahan bapanya Hafez Al-Assad. Kerajaan Hafez Al-Assad ini adalah minoriti Syiah yang memerintah negara majoriti penduduk Sunni. Puak minoriti tersebut juga yang menjadi tentera kerajaan Syria.

Sesiapa yang menentang atau cuba mempertikai kerajaan, akan dibunuh seluruh ahli keluarga mereka. Syeikh Samir menceritakan pada tahun 1982 lebih 40,000 penduduk mati dalam masa sebulan di sebuah kawasan yang menentang Hafez Al-Assad. Sejak itu mereka trauma. Hingga nak kutuk Basyar Al-Assad di dinding pun tidak berani sebab takut ada yang melaporkan kepada pemerintah dan dibunuh seluruh keluarga mereka. Basyar dikatakan mempunyai pengintip yang ramai hingga ahli keluarga sendiri tidak tahu anak mereka adalah spy Basyar.


PUNCA PENENTANGAN


Rakyat Syria memang mengikuti perkembangan di negara-negara jiran mereka tentang kebangkitan rakyat melawan diktator negara mereka tetapi tiada siapa yang berani menentang Basyar Al-Assad. Satu hari pada bulan Mac 2011 ada seorang kanak-kanak menulis di dinding sekolah perkataan yang dia lihat di negara-negara tersebut ‘RAKYAT INGIN JATUHKAN NEGARA’. Malangnya kumpulan kanak-kanak tersebut telah ditangkap oleh polis dan diseksa. Kuku tangan dan kaki mereka dicabut hingga ada seorang kanak-kanak tersebut meninggal dunia.



Diringkaskan cerita, peristiwa ini menjadi titik tolak penentangan rakyat kepada kerajaan Syria. Ia kemudian merebak ke seluruh negara terutama bila kerajaan Syria bertindak kejam terhadap para penentang mereka. Tahukah anda sejak setahun lepas lebih 20,000 rakyat Syria telah terkorban menentang kerajaan negara mereka sendiri!!

Syria tidak membenarkan wartawan asing dan pihak luar masuk ke negara mereka untuk membuat liputan. Internet diputuskan. Bekalan air dan elektrik dicatu. Berita yang keluar kepada umum dari kerajaan biasanya ditapis oleh kerajaan seperti yang berlaku minggu lepas apabila bom membunuh 27 orang penunjuk perasaan. Dikatakan ia adalah perbuatan dari pengganas dan pergaduhan antara puak. Walhal, kesemua rakyat Syria bersatu menentang satu-satunya musuh iaitu kerajaan Basyar Al-Assad.


VIDEO


Pada akhir ceramah tersebut ada satu video yang dipaparkan kepada semua tentang situasi yang berlaku di Syria. Video tersebut diseludup keluar oleh para pejuang untuk maklumkan kepada dunia luar berita yang cuba dihalang oleh kerajaan Syria. Paling menyentuh hati aku ada sebuah video memaparkan sebuah keluarga disembelih dari ibu ayah dan anak-anak mereka 5 orang. Paling kecil 2 tahun dan paling besar dalam 10 tahun. Leher mereka hampir putus dan dibiarkan bergelimpangan dalam rumah mereka.

Ada juga video paparkan tembakan dilepaskan kepada seorang wanita dan anaknya yang menaiki motor menyebabkan kedua-duanya tersungkur mati di tempat kejadian. Ada video seorang budak lelaki 9-10 tahun yang ditembak dan hancur mukanya tetapi masih hidup sebelum mati kemudiannya. Ada juga sebuah video menunjukkan tentera Basyar Al-Assad berani masuk masjid yang penuh dengan orang ramai dan tikam imam masjid dan tangkap orang yang cuba timbulkan kekecohan. Ada video yg memaksa para penentang sujud pada gambar Basyar Al-Assat dengan kaki menginjak lehernya dan muncung senapang di kepalanya.


KESIMPULAN


Kesimpulannya, disebelah lain dunia sana umat Islam di Syria bergelut untuk hidup. Ia akan terus berlaku dalam beberapa bulan akan datang. Berpuluh ribu rakyat jadi pelarian dan menumpang di negara jiran dan ada yang mati kelaparan. Kita di sini syukur Alhamdulillah hidup dengan aman dan tidak pernah kurang dengan makanan. Malah kita sibuk dengan hiburan, artis dan selalu merungut tentang perkara kecil yang kita tidak dapat dapat hidup. Kalau tidak mampu membantu sekurang-kurangnya cubalah peduli dan ambil tahu tentang mereka kalau semangat cintakan agama Islam masih ada dalam diri. Wallahua’lam.




Nota kaki : Kisah Syria dari sudut lain boleh download kat sini. Aku dapat dari email. [Peduli Syria – 49KB]



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
awe says:

Moga Allah melindungi dan memberi kemenangan kepada pihak yang benar.

Acaii Jawe says:

awe – Terima kasih awe. Amin, mudah-mudahan Allah lindungi mereka semua!!

thia says:

Salam bro.
bertambah sebak bc entri ni.

duk korek2 semua berita syria, tak banyak pun. baca kisah terbunuhnya jurnalis n jurugambar dari UK dan Perancis pun dah sebak. ni tak tahu betul2 lagi keadaan sebenar syria.
terlalu dahsyat. lagi-lagi sini sangat dekat dgn Syria.

Apa pun, terima kasih bro atas perkongsian.

Moga doa kita sampai kepada mereka. Ameen

Acaii Jawe says:

thia – Salam thia, lamanya tak nampak thia :) mesti kat sana lebih hebat aura dan perjuangan mereka tersebut. Kami yang jauh kat sini hanya mampu doakan semoga rakyat negara mereka mendapat kekuatan untuk menghadapi ujian besar seperti itu. Kalau ada apa2 berita kongsilah kat blog thia ye :) Terima kasih sekali lagi sudi singgah ke sini dan tinggalkan komen :)

bunkerangs says:

Salam Faisal,

Mmg sedih bila tengok atau dengar citer tang Syria semenjak dua menjak ni. Dah tau lama benar, gomen kat sana very kejam. Semoga mereka dilindungi Allah selalu, insyallah.

Acaii Jawe says:

bunkerangs – Salam kak rosmah, waaaaaaaaa terujanya akak masuk sini dan tinggalkan komen,hehe. Lama betul tak nampak akk:) Moga mereka semua sentiasa dilindungi Allah,amin

sha says:

sgt menyentuh hati..rase nk mngalir air mata..tula,kite kt cni bnda kecik pon nk mrungut,sdgkn mereka kt sana struggle untuk hidup..kita kt sini dah mrncg mcm2 plan utk minggu dpn,bln dpn,thn dpn..sdgkn dorg kt sane esok pon blom nasib mcm mane..smoge mereka tabah dan smoga mereka dan kita slalu dilindungi Allah dr pemerintah dan pemimpin yg kejam..Ameen..

Acaii Jawe says:

sha – Salam Sha, betul sangat. Kadangkala kalau kita terlalu banyak nikmat makin lama tidak bersyukur. Mereka keluar rumah bila-bila masa boleh mati. Mungkin hari ni adik mereka mati kena tembak dsb. Kalaulah kita ditempat mereka tak tau camne bersyukurnya kalau dapat keamanan macam kita.

famia says:

Terima kasih berkongsi, Acai. Semoga Allah memelihara dan membantu saudara-saudara kita di sana. Amin.

Acaii Jawe says:

famia – Salam famia, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen :) Amin, moga dipermudahkan urusan dan perjuangan mereka mendapat keamanan,amin.

Masy says:

ya Allah.. moga diselamatkanlah mereka semua.. huhuhuuhuh

Acaii Jawe says:

Masy – Amin kak. Kat sini kita hanya mampu doakan yang terbaik untuk mereka je. Banyak lagi sbnrnya boleh cerita tapi tak sempat nak taip,hehe.

Abel says:

Kejam….Sedih…. Semoga Allah melindungi mereka… Amin..

Acaii Jawe says:

Abel – Betul tu Belle. Mudah2an mereka semua dapat keluar dari kesukaran tersebut,amin.