Bismillahirrahmanirrahim


Pada satu hari, Imam Ahmad Hanbal (pengasas mazhab Hanbali) bermusafir dan singgah di sebuah tempat yang ramai tidak mengenalinya. Ketika itu sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur di dalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di kawasan masjid. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut apabila Imam Ahmad ingin tidur di luar masjid.

Perkara itu dilihat oleh seorang pembuat roti yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Beliau mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut. Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir pembuat roti yang sedang sedang sibuk menguli rotinya untuk dijual keesokkan harinya. Setelah diteliti, pembuat roti tersebut berzikir istighfar sepanjang malam.

Teaser Natasha & Jamil, Meru Klang.


Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti tersebut kenapa beliau sentiasa beristigfar.

Beliau menjawab “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah bila saya beristighfar. Semua yang saya mahu dalam hidup telah saya perolehi dengan mengamalkan istighfar melainkan satu perkara sahaja belum dimakbulkan lagi”.

Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?“.

Jawab lelaki itu “Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal sebelum saya mati”.

Imam Ahmad sangat terkejut dan memperkenalkan bahawa beliaulah Imam Ahmad Hanbal. Allah telah menunjukkan jalan kepadanya untuk bertemu si pembuat roti tersebut dan mengabulkan permintaannya. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, Allah telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut.

Kelebihan istighfar ini sangat besar bukan setakat memohon keampunan atas dosa-dosa sahaja. Ada dinyatakan dalam Al-Quran tentang beristighfar kepada Allah untuk dimurahkan rezeki. Allah itu maha pengasih dan penyayang untuk mengabulkan permintaan sesiapa yang dikehendakinya. Mudah-mudahan kita semua mendapat pengajaran dan mengamalkan apa yang baik ini. Wallahua’lam.




Nota kaki : Aku belum sempat nak update panjang lagi atas kesibukan kerja. Insyaallah akan update minggu depan. Tunggu ye :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
Farah says:

mohon share ye..

Acaii Jawe says:

Farah – Terima kasih farah ye. Silakan untuk share supaya ramai dapat manfaat.

salam pagi jumaat kang.
pernah bace mengenai ini. sungguh besar kelebihan istighfar ni. ^^

kat meru pon ade tempat best buat outdoor ke kang? ^^

Acaii Jawe says:

taqo – Salam kan:) Insyaallah kita kena banyak beristigfar selepas ni. Kat Merupun banyak cuma nak cari tempat yang clean tu susah gak,hehe.