Nostalgia Bas Bombay

Bismillahirrahmanirrahim


Masa aku sekolah rendah dulu abah belum memiliki kereta. Rata-rata penduduk kampung kampung masih menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama. Untuk ke bandar terdekat di Banting yang terletak 20km dari kampung, bas merupakan pilihan utama. Ia merupakan sebuah bas lama yang tiada aircond, kerusi PVC warna kuning yang lusuh dan koyak serta badan bas berwarna hijau pekat dengan tulisan ‘Bas Sepang’. Kat belakang tempat duduk tu tertulis macam-macam tulisan cinta, lawak dan orang gaduh dalam bahasa melayu dan tamil. Mak bising kalau aku baca kuat-kuat tulisan tu:)

Teaser Mila & Azrul, Tanjong Karang.


Bas tersebut juga dikenali sebagai ‘Bas Bombay’ sebab dari pemandu, konduktor bas dan ramai yang naik bas tu majoriti dari kaum india yang datang dari ladang berhampiran:) Teringat bila kitorang sekeluarga nak beli persiapan sekolah atau raya, terpaksa jalan setengah kilometer dari rumah untuk pergi ke jalan besar tunggu bas. Ia merupakan perkara yang paling seronok bagi aku sebab dapat jalan naik bas.

Tapi paling sakit hati bila tunggu bas. Bas Bombay tu selalu tak ikut masa. Kekadang 2 jam sekali lalu depan kampung aku. Bedak yang aku pakai dah hilang dan diganti dengan peluh sebab panas tunggu kat stesen bas. Stesen bas kecil tu orang kampung bina dari kayu dan zink. Tempat duduknya dari kayu je. Kekadang mak bawak sarapan pagi tu dalam plastik dan kitorang makan ramai-ramai sementara tunggu bas datang. Pengalaman tu takkan aku lupa sampai bila-bila.

Semalam masa tunggu hujan teduh, aku nampak satu keluarga turun dari bas dengan membawa banyak barang harian. Anaknya ada 3 orang. Bapaknya mengendong anak yang kecik sambil di tangannya memegang banyak barang keperluan harian. Macam tulah dulu abah bawak kitorang naik bas. Tiba-tiba aku teringat mak ngan abah kat kampung dan terkenang pengalaman begitu satu masa dulu. Benda itulah yang buat sesebuah keluarga tabah dan bersama-sama hadapi ujian kesusahan tersebut. Wallahua’lam.




Nota kaki : Tunggu update full entry majlis kat atas ni nanti ye.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

Salam Faisal,

Terbaik la citer “Nostalgia Bas Bombay”..blh buat novel..haha..ayat2 sedap dibaca..

Orang skrg mn ade pengalamn cmtu dh..

Ajey – Salam wak,ko ni takde kerja mancing je kerjanya. Wak mancing bawaklah kamera sekali sementara tunggu umpan mengena,hehe.

salam ya sahabat…

lama sungguh sis xkomen kat sini kan.pengalaman naik bas.mcm2 sis rasa.yelah.famili sis bila sis dah keje baru merasa ada keta.dulu sll muntah naik bas.cai pun paham la jalan nak g umah sis cane.dgn driver india bawak laju dan kekadang mabuk,ngeri kalau terjun laut kan.tapi nakwat cane sbb xdak pilihan kan.masa sis skolah nyaris hangus sbb bas terbakar.best kan bila merasa hidup susah dulu2.banyak pengalaman kita rasa :-)

SisHoney – Salam sis, waaaa lamanya tak nampak sis kat sini,hehe. Ya Allah, lagi banyak pengalaman sis ni:) Tapi kalau acai memang tak beranilah nak naik bas lalu kat jalan nak pi umah sis tu,hehe. Ngeri!! Tapi rasanya tka pernah dengar lagi kejadian kemalangan bas kat area situ. Mybe sebab asyik jammed je tak dapatlah diaorang nak bawak laju2,hehe. Nasib baik sis ok dalam kebakaran bas tu,huhu