Bismillahirrahmanirrahim


Tadi selepas baca yasin, ada satu tazkirah ringkas dari sahabat baik aku. Beliau baru pulang dari tanah suci Mekah selepas dekat 2 bulan bertugas dengan Tabung Haji sebagai pembimbing haji. Katanya, berbicaralah perkara kebaikan dan berguna kepada orang lain ataupun mendiamkan diri sahaja. Kerana diam itu jauh lebih baik dari berkata perkara yang kita tak tahu ataupun tidak memberi manfaat. Ingatlah kiri dan kanan kita ada penjaga yang mencatit kebaikan dan keburukan setiap tutur kata kita. Sesuatu yang selalu kita lupa.

Majlis kali ini ialah majlis bertandang pasangan Nashriq & Emy yang berlangsung di Bandar Baru Bangi. Mereka sebenarnya dah bernikah beberapa bulan sebelum ni. Alhamdulillah rezeki mereka mengadakan majlis kahwin awal, Emy dapat berpindah berhampiran dengan Nashriq di sini :) Layan sikit majlis diaorang ni ye.



Sesi outdoor kitorang buat di dalam UPM sebab diaorang ni bekas student dan staff UPM. Masa abis shoot kat satu tempat tu, kereta aku terperangkap dalam tanah lembut. Sebab masa tu baru lepas hujan. Nasib baik ada ramai member-member Nashriq yang follow. Dapatlah tolak kereta aku ramai2,hehe. Terima kasih kat korang semua. Oh lagi sorang sahabat aku yang datang tengok aku shoot ni Khairul Hafiz yang tolong tolak kereta gak,haha


Tahniah untuk korang berdua ye. Terima kasih juga kepada keluarga Nashriq atas layanan dan kerjasama yang baik sepanjang majlis ni berlangsung. Mohon maaf sekiranya terdapat salah silap ye. Ofis aku sekarang ada melakukan rombakan yang agak besar sebagai memantapkan lagi organisasi pada masa akan datang. Perubahan biasanya memerlukan masa untuk sesuaikan diri dan banyak benda baru kena belajar.

Walaupun aku tidak terlibat dalam pertukaran tersebut tapi sebagai kakitangan aku perlu menyahut cabaran tersebut demi kebaikan organisasi ini. Tapi komitmen aku untuk memberikan yang terbaik kepada setiap pelanggan aku tidak pernah berkurangan :) Ia sesuatu yang seronok yang aku suka lakukan sejak dulu lagi. Insyaallah ia akan berterusan sehingga kudrat aku masih kuat. Wallahua’lam.


Nota kaki : Sudahkan korang bersihkan harta korang dengan berzakat untuk pendapatan tahun ni. Boleh bayar secara online kat sini : BAYAR ZAKAT ONLINE



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

wah terbaik acai dan cot…ni mesti kat area kawasan tepi jalan tu….bila la aku dapat ikut korang lagi ni…asyik sibuk je ujung minggu…..banyak lagi lum belajar ngan acai ni..

nash says:

t.kasih acaii..
terbaek!… ;)

Acaii Jawe says:

nash – Thanks pengantin,hehe.

Fadzly – Salam bro,lamanya tak dengar khabar :) jomlah kalau ada masa li,hehe. Moga korang smeua sihat2 sekeluarga ye.

awe says:

Salam Sensei..aku paling suka ayat last skali. Bayar zakat secara online…
ko x lupa sentiasa berdakwah…
Jom sama-sama sebarkan dakwah w’pun apa cara yang kita mampu..hatta dengan hati kita sekalipun…

Acaii Jawe says:

awe – Salam awe, terima kasih awe. Akupun promote member2 suh bayar kat bank juga awe,hehe :) terima kasih awe. Selamat bekerja hujung tahun,hehe. Jomlah esok awe shoot ngan aku sekali :)

ejal says:

Salam kang..mmg terbaek la..tp klu ko letak skali gmbr diaorg termasuk pengantin tolak kete ko lg best cai..kenangan kat pengantin sebab kn tolak kete O.P…Silap2 boleh dapat diskaun lagi..hahaha…

Acaii Jawe says:

ejal – Salam ejal,hehe. Aku tak sempat nak amik gambar aritu sebab aku yang kena bawak kereta tu sampai 4 orang lain tolak,hahaha. Nasib baik pengantin tu bawak member kalau tak pengantinpun kena tolak gak,hehe