Bismillahirrahmanirrahim


Semalam besday Sultan Selangor. Jadi semua kat Selangor dapat cuti. Dapatlah aku balik kampung sekejap jumpa mak ngan abah. Pastu tengok2 kebun dan lembu. Kebun pokok naga dah diratakan utk tanaman baru. Kat kampung sekarang tengah rancak cerita pasal bantuan RM500 dari kerajaan tu. Ada juga yang dikesan menipu sampai ada seorang isteri palsukan status cakap ibu tunggal padahal suaminya masih ada lagi, Subhanallah.

Memang orang yang kebanyakkan macam kita ni tak kisah sangat dengan duit RM500 tu. Tapi bagi mereka ia memang sangat bermakna. Rasanya lebih separuh penduduk kampung aku mohon bantuan tu. Jadi janganlah kita berkata macam2 kat mereka seperti yang aku baca kat status-status di facebook. Dah dibiasakan sangat dengan kemewahan duit mak bapa sampai rasa boleh kutuk kemampuan kewangan dan rezeki orang lain.

Kali ni aku update sambungan entry lepas iaitu majlis persandingan pasangan Iwan & Fida. Majlis diaorang diadakan di Dewan JKR berhampiran dengan rumah diaorang. Sebenarnya ada pasangan lagi satu iaitu abang kepada Fida yang melangsungkan majlis pernikahan lebih awal. Tapi aku hanya shoot pasangan Fida & Iwan ni sahaja sebab diaorang ada team photographer mereka sendiri. Untuk makluman baju dan make-up diaorang ni dari Rumah Kebaya iaitu perniagaan isteri kepada sahabat photog dan sifu aku Ahmad Fairuz.


Sesi outdoor kitorang buat kat tepi Taman Tasik Perdana. Nasib baik hujan sempat berhenti sebelum maghrib. Sempatlah nak shoot sedikit. Kitorang jumpa satu rumah tinggal kat tepi tu dan shoot kat area situ je. Akupun tak tahu rumah apa, entah2 ada orang tengok kitorang shoot dari dalam,hehe.


Untuk akhirnya tahniah kepada kedua pasangan yang ceria ni. Semoga Allah limpahkan rahmat sepanjang masa kepada mereka berdua. Semoga ikatan yang terjalin juga berkekalan hingga akhir hayat dan seterusnya ke syurga,amin. Mohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang 2 hari bekerjasama ye korang :)



Nota kaki : Aku dah tak available hingga April 2012 sekarang. Semua yang book dah letakkan deposit pada tarikh tersebut. Terima kasih atas semua pertanyaan. Aku sangat2 hargainya.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
ejal says:

alamak,mcm best jer kat dewan MBSA..esok aku folo ajey kat PJ..tp klu hbs cpt aku roger ko la..cer ajak atong..kot dia free…

zOO says:

pengantin ceria… gd 4 photoshoot.
sarung telur bungapahar.. oldskool.xjupe dah skrg.
moment: duduk bsanding sebentar atas kerusi bersama kain batik lepas.sialt pengantin. semakin hilang moment ni..

:)

Acaii Jawe says:

zOO – Salam abg Aza, terima kasih masih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye :) Aah dah lama tak jumpa bunga pahar camtu kan,hehe. Diaorang masih kekalkan tradisi tu walaupun berada di bandar. Tapi kat kampung kita masih camtu lagi rasanya.

ejal says:

Salam kang, mcm biasa ayat jeles dari aku..semua gmbr tak cantik..hahaha..gile kentang..tang kaler mmg mengancam jiwa dan sanubari ku ini..huhu..terbek dari ladang..eh bkn dari kebun..hahaha..bile la aku ni dapat polo ko kang…hohoho

Acaii Jawe says:

ejal – salam ejal. Terima kasih jal :) Ejal, kalau free jomlah follow aku esok kat dewan MBSA,hehe. Hope ko waras2 ye jal :)

nik mazlee says:

salam. sifu, pakai Ps @ Lr?

Acaii Jawe says:

nik mazlee – Salam :) Memang guna PS je dari dulu. Kalau ada sticky album baru guna LR,hehe

Salam kang.
hehe. lagi ngamcam kalernye.
bila la dapat join kakang ni. kih3.

Acaii Jawe says:

taqo – Salam kang :) terima kasih. Angger enek kesempatan yoklah bareng2 shoot kang,hehe