Bismillahirrahmanirrahim


Sekarang aku kerja di sebuah institusi zakat. Tapi jujur aku katakan walaupun dulu aku bersekolah di sekolah agama, tapi pengetahuan tentang ibadah zakat ni sangatlah cetek. Malah masa aku masuk sini aku ingat institusi zakat ni hanyalah bertugas untuk kutip zakat fitrah sahaja. Aku ingat kutipan zakat fitrah tu boleh cover fakir miskin di seluruh negara. Pahadal kutipan zakat fitrah sbnrnya tak sampai 5% kutipan keseluruhan zakat. Jahil betul masa tu.

Teaser Ella & Pea, Shah Alam.


Sebenarnya aku nak bagitau, ramai lagi orang macam aku di luar sana. Termasuklah orang yang dipanggil ustaz dan orang akademik. Aku dah banyak kali dengar ceramah agama di masjid-masjid yang memberikan fakta yang salah tentang ibadah zakat. Memang mereka banyak ilmu dalam bidang feqah, tauhid, tasauf, muamalat dsb tetapi ramai yang tidak arif tentang ibadah zakat apatah lagi perjalanan institusi zakat di negara kita.

Ada antara mereka masih lagi mempertikaikan kewajipan zakat pendapatan dan perkara remeh lain yang sebenarnya telah dibincangkan panjang lebar dan diputuskan kewajipannya oleh ulama’ di seluruh dunia. Aku juga pernah menghadiri pembentangan kertas kerja yang sangat mantap dalam satu seminar tentang ekonomi negara. Kagum dengan pembentangnya. Seorang professor dari sebuah universiti tempatan. Tetapi dalam ucapan penutupnya beliau komen tentang institusi zakat yg bagi aku sangat prejudis dan dangkal bagi orang akademik seperti beliau. Beliau menggesa supaya institusi zakat diaudit sebelum orang ramai bayar kepada mereka. Sesuatu yang telahpun dilakukan sejak penubuhan institusi zakat di seluruh Malaysia 15-20 tahun lepas.

Apa yang aku cuba sampaikan, kadangkala batasan ilmu kita terhad terhadap kepakaran dan apa yang kita belajar. Bila orang berpengaruh seperti ustaz dan pensyarah berkata sesuatu yang silap sebab kekurangan maklumat, mereka harus bertanggungjawab terhadap persepsi orang ramai. Contohnya kalau sebab ilmu mereka yang terhad itu mereka menyebarkan sesuatu yang menyebabkan orang tidak membayar zakat, merekalah yang harus menanggung dosa orang tersebut.

Maaf, aku agak emosi kali ni. Sebab sekali lagi aku dengar ceramah agama seperti ini tadi. Dalam era informasi dihujung jari, semua maklumat boleh diperolehi dengan mudah. Masih ada lagi orang yang jadikan modal ceramah benda yang tidak betul. Padahal beliau selalu dilihat reply facebooknya. Untuk akhirnya, jangan sebarkan benda yang kita tidak jelas maklumatnya. Dikhuatiri tanpa sedar kita sebarkan satu fitnah. Kita yang terima maklumat pula kena lebih bijak menapisnya untuk membuktikan kita seorang yang berilmu. Wallahua’lam.





Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
awe says:

macam kenal je pokok tu…hee..hee

Sebanarnya bagus isu-isu macam nilah timbul, menyebabkan dah banyak orang buka mata tentang urusan zakat ni.

1. Sebab ianya melibatkan ‘DUIT’-raja segalanya
2. Politik-pun sebab duit
3. Ekonomi- pun duit
4. Agama-x de nilai ukuran

Jadi kita tahu mana nak pilih….

Acaii Jawe says:

awe – Salam awe, terima kasih atas perkongsian tersebut. Semoga apa yang kita lakukan ni mendapat sedikit bahagian dari Allah.amin.

CMRatu says:

huhu.. pusat urus zakat kena giatkan usaha untuk buka mata masyarakat.. kena perjelaskan, mungkin x cukup sekadar di website, kerjaan kena gunakan pelbagai midium yang ada seperti mana kerajaan mempromosi benda2 lain..

Acaii Jawe says:

CMratu – Salam bro :) Terima kasih atas cadangan tersebut. Sebenarnya LZS dah spend byk untuk sebarkan maklumat2 ni melalui akhbar, iklan TV dan billbord besar dikawasan strategik. Tetapi kemampunan kewangan LZS terbatas. Malah ada orang yang cakap LZS membazir dengna buat benda2 begitu :)

Salam kang.
betapa penting nya ilmu ni kan.
sbb salah beri info. memang padah. huhu.

gambo teaser dah ngancem! blom full entry. ciss! :DD

Acaii Jawe says:

taqo – salam kang :) terima kasih bro,hehe. Ilmu tu penting dari kita lahir sampailah kita mati nanti.

azieazah says:

Salam dindaku ESAL.

Belajar dan mencari ilmu dari yang pakar.
Berkongsi ilmu tidak meluakkan kepakaran yang sedia ada.

Kadang2 ada orang sering perasan dia terlalu pandai dalam serba serbi lalu membuat andaian sendiri.

Terimakasih, berpesan-pesan.

Acaii Jawe says:

azieazah – Salam kak zie yang dihormati, betul tu kak. Seeloknya sesuatu perkara kita kena rujuk orang yang lebih berilmu supaya maklumat yang kita perolehi itu sahih dan tepat. Kalau bertanya kepada orang yang bukan ahlinya mungkin maklumat tersebut boleh dipertikaikan lagi :)

Nik mazlee says:

Salam situ acai. Rasanya komen mereka ttg zakat bukan terhadap zakat itu sendiri. Tapi dari sudut institusi dan pengurusan. Sekadar pandangan.

Acaii Jawe says:

Nik Mazlee – Salam mazlee, sebenarnya sepanjang yg aku dengar diaorang banyak juga pertikaikan beberapa part dalam zakat. Tang pengurusan zakat tu pun sebenarnya apa yang ditegur biasanya diaorang tidak dapat maklumat. Maklumat tu memang ada dalam semua website2 zakat. Contohnya, zakat tidak diaudit, zakat tak keluar statistik agihan, bantuan zakat, zakat sembunyi laporan kewangan tahunan dsb yg kalau kita dengar macam kesian je. Banyak juga isu yg timbul disebabkan politik dari kedua2 belah pihak :)

Amor Mie says:

diorang cakap pe psl zakat?

Masy says:

deenngggg akak mcm kenal je Pea ni. ni budak praktikal kt opis akak dulu neh. dengggggggg jgn ckp kt dia psl akak tau!

Acaii Jawe says:

Masy – DengggDaangg,hehe :) Ramai juga akak kenal rupanya,hehe.

Amormie – Banyaklah kak nak cerita kat sini. Tapi biasanya benda yang kurang tepat sebab diaorang taknak cari maklumat tu.