Bismillahirrahmanirrahim


Semalam aku berkesempatan melawat asnaf yang berjaya keluar dari kemiskinan hasil dari bantuan zakat. Ada diantara mereka yang dulunya sangat daif hingga hanya makan nasi sekali sehari berlaukkan garam. Subhanallah. Ini bukan cerita 30 tahun dulu tapi 2-3 tahun lepas. Sekarang ada antara mereka mempunyai pendapatan jauh lagi banyak dari aku. Rezeki Allah ni dah ditentukan di Lauhul Mahfuz sblm kita lahir lagi. Sama ada kita bersabar atau tidak dengan ujian dari Allah tersebut.

Kali ni aku nak update majlis pernikahan dan malam berinai pasangan Fida & Iwan di Pandan Dalam, Kuala Lumpur. Diaorang ni memang pasangan yang sangat ceria:) Seronok bekerjasama dengan mereka. Majlis diadakan di rumah Fida selepas solat Asar. Sedikit gambar sekitar majlis tersebut yang sempat aku kongsi. Oh lupa, mas kahwin diaorang ni Iwan kumpul menggunakan duit syiling tau. Aku rasa mas kahwin paling berat kat Malaysia kot,hehe.



Selain pasangan yang ceria diaorangpun sebenarnya gila2 juga :) Selepas majlis nikah, malam tu ada majlis berinai pula. Diaorang pakai baju kuning diraja. Aku rasa kalau malam2 pakai warna kuning ni memang menyerlah betul. Aku nak kongsi sikit je baju mereka ni masa pose dalam bilik dengan gaya mereka yang tersendiri,haha.


Alhamdulillah majlis tersebut berjalan lancar. Rasanya dah hampir setahun aku tak amik majlis malam berinai. Memandangkan kerja-kerja aku yang sangat banyak sekarang aku tak dapat kongsi lebih banyak gambar buat masa ni. Nasib baik style photography aku ni takdelah memerlukan banyak editing yang mengambil masa lama untuk proses satu-satu gambar. Kalau tak mungkin aku upload satu dua gambar je setiap pengantin,hehe. Semoga semua sahabat2 semua dilindungan dan dirahmati Allah sepanjang masa, amin. Tunggu majlis sanding diaorang pasni ye. Wallahua’lam.


Nota kaki : Kekadang bila cepat penat baru aku tahu yang aku ni semakin berumur. Sedar diri sikit :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
awe says:

Cots aku tau rahsi Acaii boleh ngedit tiap-tiap mlm. Sebab ada isteri disebelah.

Moralnya Cots kene kawin cepat..haa…cabutttt….

Acaii Jawe says:

awe – Salam awe,siot betullah awe ni,hahahaha. Tapi aku setuju yang cot kalau nak stay up lama kena kahwin cepat,kekeke

Sarah says:

Salam Acai.

Seriously, tengok gambar nikah diorang teringat time nikah sendiri. Macam lebih kurang je. Tone warna semua gambar kali ni dah back to the normal you. Ada a few photoshoot yang sebelum2 ni macam lari sikit dari kebiasaan.

Keep up your good work Acai! =)

Acaii Jawe says:

Sarah – Salam sahabat :) Terima kasih sudi singgah sini Sarah. Wah wah, mengimbas kembali kenangan gitu,hehe. Sypun masih ingat lagi awak tersipu2 malu masa keluar nak tengok majlis nikah tu,hehehhe. Aah sarah, memang ada banyak berekperimentasi tapi rasanya neutral kaler adalah yang terbaik,hehe. :) Thanks sarah atas support ye.

din says:

Salam cai..
ko cakap da lame xamik gambar malam berinai teringat plak ko ada offer pakej free gambar malam pertama dulu. ada lagi ke? hehee.. ‘lama xnampak ko cai. upload la gambar photographer nye skali. =)

Acaii Jawe says:

Din – Salam din, hahahahahhaha hampeh lah ko din :) Aku offer tu kat orang2 tertentu je,hehe. Salah seorangnya ko lah din. Aku tetap maintain lah din. Kurus, hensem, bergaya (lawannya).haha

Siti Amin says:

Salam..Pakai duit syiling? menarik tuh, amik masa tak nak kira tuh? :)

CMRatu says:

macam biasa..terbaik.. suka sgt..

Acaii Jawe says:

CMratu – Salam sifu, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye :)

Siti – Salam ti, hahaha tak tanya plak dia kira ke tak :) Tapi diaorang cakap dah double check,hehe.

cot says:

salam caii..
ooo..pengantin ni la yang ko cakap ade S2 dengan PS3 tu ek…

dah tu..
tak sedar² lagi nak berehat…
wakakakakka…

macam mane la ko blh kekalkan disiplin edit gambar tiap² malam…share la tips skit..
kakakakka

Acaii Jawe says:

Cot – Salam cot, aahlah cot :) Aku rasa macam nak pengsan bulan disember ni,hehehe :) Alaaa ko pun sekarang dah kental siapkan album sampai kul 3 pagi,hehe. Terbaik cot!!