Bismillahirrahmanirrahim


Satu hari Abdurrahman bin Auf tiba lewat di Masjid untuk solat Jemaah. Beliau solat masbu’ di belakang makmum lain. Usai solat, Rasulullah menghampiri beliau dan bertanya sebab beliau tiba lewat. Abdurrahman berkata, “Rasulullah, aku sibuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang”. Kemudian ada riwayat mengatakan Rasulullah berkata bahawa Abdurrahman akan dijamin masuk syurga tetapi dalam keadaan merangkak sebab hartanya yang terlalu banyak.

Teaser Syahrul Asri & Norhafizah, Bukit Changgang, Banting.


Mendengar kata-kata Rasulullah itu beliau berasa perlu memperbaiki amalannya lagi. Beliau telah memberikan sumbangan yang sangat besar dari sudut kewangan terhadap perkembangan agama Islam ketika itu di Madinah. Ketika peperangan Tabuk, Islam sangat memerlukan dana dan Abdurrahman memberikan hampir keseluruhan hartanya ke jalan Allah. Sehinggakan Umar berbisik kepada Rasulullah “Mungkin Abdurrahman berdosa sebab tidak meninggalkan sesuatu pun untuk keluarga beliau”.

Apabila ditanya oleh Rasulullah, beliau berkata “Ya Rasulullah. Mereka saya tinggalkan lebih banyak dan lebih baik dari pada yang saya sumbangkan. Iaitu rezeki kebaikan dan upah yang dijanjikan Allah”. Subhanallah. Ternyata sikap pemurahnya itu tidak menjadikan dia miskin. Malah diriwayatkan selepas itu, perniagaannya bertambah maju dan menjadi orang paling kaya di Madinah.

Ujian Allah terhadap manusia ni berbeza-beza. Ujian yang paling susah dan besar sebenarnya adalah ujian kenikmatan. Contohnya kecantikan, tinggi ilmunya, kekayaan berlimpah ruah dan sebagainya. Sebab sikap manusia memang sentiasa berasa kurang dengan nikmat sedia ada. Cubalah bayangkan apa yg kita akan lakukan bila dapat RM1 juta sekarang. Apa kita nak buat? Tiba-tiba kita rasa ia tidak mencukupi walaupun kita belum dapat lagi duit tersebut. Itulah sikap manusia. Wallahua’lam.



Nota kaki 1 : Selamat tahun baru 1433H. Jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun esok ye.

Nota kaki : Ada beberapa IP yg tak dapat buka blog ni kebelakangan ni. Kalau ada bagitau aku ye. Ada masalah sikit kat hosting. Mohon maaf ye.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
azieazah says:

Jemputan khas buat ESAL. Sudi-sudikan:

Pertemuan Blogger 18 Dis: Jemputan Istimewa

Acaii Jawe says:

azieazah – Salam kak zie yang dihormati :) Terima kasih kak sudi singgah sini. Betul tu. Berpesan2 kearah kebaikan adalah digalakkan kan kak :) Walaupun kita ni bukanlah baik sangat. Kak, insyaallah saya cuba datang pertemuan blogger tu. Tapi memang tak dapat janjilah :) Bukan apa, nak jumpa kak zie je sebenarnya,hehe. Thanks kak zie sudi menjemput ye.

azieazah says:

Salam dindaku ESAL.

Terimakasih berpesan-pesan. Benar, tidak rugi, tidak miskin kita bila bersedekah atau menyumbang dan berkongsi.

Lambat cepat, rezeki akan berlipat ganda jua.

Selamat bercuti ESAL.