Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah hidup lagi aku nak update blog ni. Beraya sungguh aku. Memang dah bekerja tapi mood tu aku kena ambil weekend ni kat kampung. Tertinggal masa beraya kat sana haritu:) Tahun ni aku beraya di kampung Banting dulu. Dari aku kecik dulu memang ada warna tema satu family. Tahun ni warna oren pulak. Thanks abah sponser kitorang semua,hehe.

Tahun ni kampung aku sangat meriah. Selain pelita yang dipasang seluruh kampung, kitorang ada buat pertandingan buat pintu gerbang. Setiap lorong kena buat gerbang raya masing-masing. Budak-budak muda setiap lorong berganding bahu menghias lorong diaorang. Kumpul duit sama-sama untuk duit minyak tanah dan bil letrik pintu gerbang tu.



Selepas bersalaman dan bergambar kitorang pergi ke kubur ziarah arwah atuk dan nenek. Selain ziarah kubur tu sebenarnya ada melawat orang kampung yang meninggal pagi raya tu. Arwah dah tua dan meninggal pagi raya tersebut. Al-fatihah untuk arwah. Masa sesi bergambar tu adik aku yang perempuan takde sebab dia beraya umah mertuanya dahulu.


Biasanya memang setiap tahun rumah aku jadi tempat berkumpul adik beradik belah abah pada pagi raya. Sebab abah merupakan anak sulung. Dah macam rumah orang2 tua je:) Parking kat depan rumah aku memang penuh sampai ke jalan depan. Adik aku kira lebih 15 buah kereta singgah kat rumah aku serentak masa raya pertama tu:)

Jadi memang setiap kali raya memang kena masak banyaklah. Setiap orang yang datang kat rumah aku juga biasanya akan makan berat-berat. Termasuklah ketupat rendang, pecal, nasi dan sebagainya. Memang dari malam mak serta adik beradik dan menantu semua dah masak2 khusus untuk diaorang semua ni:)


Sebenarnya aku malas bawak kamera berat2 time jalan-jalan rumah saudara mara. Kalau bawak pun malas nak amik gambar. Jadi memang tak banyak amik gambar :) Aku suka amik gambar saudara mara aku yang dah berusia. Ada gambar tahun lepas yang aku ambil, tahun ni dah tak berkesempatan berjumpa dengan mereka lagi.

Mudah-mudahan semua amalan kita di bulan Ramadan di terima Allah dan kita menjadi insan yang lebih baik selepas ini. Teruskan kebaikan di bulan Ramadan pada bulan2 lain juga:)




Nota kaki : Bilalah nak start puasa 6 ni.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
kasih says:

Acai!! =)

hik..hik.. taun ni 1st time kasih beraya di kampung suami kat Bukit Bangkong..

huhu..meriah sgt! sampai pukul 5 -6 pagi, masih ada lagi yang main meriam buluh.. ngehs..ngehs..

=) hehe..1st time gak kasih mkn pecal pd raya pertama.. :P
dan makan nasi putih & ‘gereh’..
hik..hik.. best tul beraya kat kampung..kan? kan?

Selamat Hari Raya awak… =)

Acaii Jawe says:

kasih – salam kasih, waaa mesti best beraya kat kampung kan,hehehe :) Yela dah lama mengimpikan beraya kat kampung. Kat area sana memang raya pertama banyak yang makan pecal,hehe. Aritu nape tak singgah rumah sekali?hehe. Selamat hari raya juga wak, maaf zahir batin ye.

nik mazlee says:

salam syawal sifu. aku copy gambar raya08 utk wall fb. ok kan?

Acaii Jawe says:

nik mazlee – salam bro, alaa baru baca ni. takpe, silakan bro :) thanks ye

Masy says:

kucaii, slmt hari raya :) kanmain lg bapak acaii bgaya kat dlm pic family tu hihihihiihih

Acaii Jawe says:

Masy – Salam kak, selamat hari raya kak :) Abah saya dulu bekas model tau,kekekke.

jimi says:

Salam Faisal,

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin

Bila nk buat open house nih?

Acaii Jawe says:

jimi – Salam Jimi :) Waaa lamanya tak dengar khabar jimi. Selamat hari raya juga jimi, mohon maaf zahir dan batin kalau ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita :) Jomlah datang beraya umah aku jimi,hehe

Lila says:

Assalamu’alaikum acaii,Selamat hari raya!
waaahhh suuuuke sgt tgk gmbr raye acai..wiwiwi!~
raye tahun ni, satu kamera pun tadak,semua guna kamera hp..tak best! huhuuu..

bila nak jemput open house kat banting nie? serius meriah giller kg korang. jeles nih.

Acaii Jawe says:

Reez- Salam reen :) hehehe. Banting tu umah mak bapa sayalah reen. Kalau nak beraya kena raya umah bujang kat puchong tu jela,hehe

Lila – Waalaikumussalam Lila :) Alaaa baru nak tengok gambar korang ramai2 Lila,hehe. Apa lila? Ni tahun terakhir beraya bujang eh?hehe. Jangan lupa jemput tau!! :P

Reez says:

Salam my dear sahabat…

Pabila melihat gmbr2 raya yg terpapar di entry kali ini, membuatkan hati reez terasa seronok!.. begitu meriah kampung acai bila menyambut hari raya… kampung/rumah reez pun tak mcm ni… itulah perbezaannya…

walaupun entry acai kali ini simple, tapi tetap rasa seronok dan meriah!.. rasa mcm raya semula pulak…

anyway acai, selamat bekerja ye.. reez masih lagi bercuti sehingga jumaat ni (nak habiskan cuti tahunan.. hehee)

tulah.. sama la reez.. ntah bila nak start puasa 6 ni.. ingat nak buat minggu ni, tp reez demam pulak.. harap2 reez dpt tunaikan ibadah sunat ni minggu depan, insyaAllah…

selamat ye, cai!… :)

Acaii Jawe says:

Reez – Salam sahabatku reez, terima kasih reez. Acaipun nak wish selamat hari raya dan maaf zahir batin daripada reez :) Acaipun sebenarnya teringinlah nak beraya kat kampung puah tu,hehe. Dah lama tak berjumpa reez,hehe. Selamat bekerja kembali sahabat. Insyaallah kena kuatkan azam nak terus berpuasa 6 selepas ni :) Semoga amalan kita diterima Allah pada bulan Ramadan lepas,amin.