Bismillahirrahmanirrahim



Subhanallah dah hampir Ramadhan kita. Auranya dah terasa sekarang. Lebih-lebih lagi kat ofis ramai orang perempuan yang berpuasa ganti:) Puasa ni sebenarnya perlukan satu mindset yang bagitau tubuh badan yang kita akan berlapar sehari. Sebab tu orang yang breakfast dan lunch setiap hari boleh je berpuasa walaupun pada hari biasa ia nampak macam mustahil :)

Kali ni aku nak update wedding Hanani & Zaini yang diadakan di Ampang, Kuala Lumpur. Majlis pernikahan dan persandingan diadakan dalam kawasan Balai Polis tau :) Pertama kali rasanya aku shoot dalam balai polis, hehe. Alaaa balai polis sebelah Ampang Galaxy tu. Tak sangka dalam tu ada dewan yang selesa nak buat majlis kahwin.

Nani ni bekerja di Langkawi. Sian dia terpaksa berjauhan dengan suami selepas berkahwin. Takpe Nani dan Mat ujian tu. Nanti kalau aku nak gi Langkawi adalah kenalan nak dihubungi,hehe. Layan dulu majlis nikah beliau yang diadakan di surau Balai Polis Ampang.


linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1



Majlis pernikahan diadakan pada keesokkan harinya. Ada dua perkara yang aku tertarik dengan majlis ni. Pertama bunga tangan nani tu sebenarnya bukanlah bunga. Tapi ia adalah butang!! :) Butang tu dihias cantik sampai jadi bunga. Memang satu kelainanlah. Boleh simpan sampai bila2. Kreatif!! Kedua aku suka veil dia yang nampak simple dan cantik :) Nani sesuai tak pakai kerawang atas kepala.

Masa nak berarak memang mendung sangat dan hujan dah mula menitik. Tapi bila mula berarak terus panas,hehe. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun dewan tu jenis terbuka tapi rasanya cuaca membantu dan tak rasa panas. Ramai betul kawan2 diaorang berdua ni datang majlis tersebut.

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1



Sesi outdoor tersebut kitorang buat kat Taman Tasik Ampang je. Pertama kali sampai sini. Selalu tengok dari MRR2 je time lalu situ, haha. Tapi belah petang memang ramai sangat orang lalu lalang. Tapi jalan2 kat situ bahaya untuk budak2. Sebab dari tempat pejalan kaki boleh terus masuk dalam tasik. Bahaya untuk budak2.

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1




Untuk akhirnya, aku ucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Nani yang berikan kerjasama dan layanan yang baik sepanjang 2 hari majlis berlangsung. Tahniah untuk korang berdua ye :) Terima kasih juga kepada sahabat baik aku, Khairul Hafiz aka Cot dan Halil Hayon yang sama2 shoot majlis ni dengan aku. Semoga korang semua dirahmati Allah sentiasa.



Nota kaki : Tak sabar nak bercuti panjang dari shoot wedding bulan Ramadhan :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
nor fazilah says:

le bg tau nama dewan yg sblh galaxy tue

Acaii Jawe says:

norfazilah – Salam norfazilah, saya tak ingatlah nama dewan tu,huhu. Maaf ye. Yang sebelah galaxy ampang tu sy shoot dalam balai polis tu.

jimi says:

salam faisal,

hati ini tertanya2..kenapa la sume picture cantik..haha..

set masa ngan faris la..bleh jumpa sifu nk belaja ambik gambar..

hehe..

Nani says:

wahhhh. cantiknyaaa. suka sangat! nani ngn mat nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dari hujung rambut sampai hujung kaki :) we love the pictures~~~~ acai memang terbaik la. mantop habis!

ps : agaknya bile ye bleh amik album sume? hihihihihih :P

Acaii Jawe says:

Nani – Salam nani, waaaaaaa pengantin dah sampai sini,hehe. Tahniah sekali lagi ye Nani :) Terima kasih juga sebab suka gambar ni. Nanti dah siap album saya bagitau nani ye,hehe

jimi – salam jimi, waaa lamanya tak dengar khabar jimi. Jomlah jimi jumpa. Mentang2 dah kaya taknak jumpa aku lagi ye,huhuu.

siti amin says:

salam..err..siti dah boleh view pic..flickr kat opis still kena block..wat happen?nemai,ygg penting like banyak kali kat bunga tangan..:)

ejal says:

salam kang…mcm biasa terbaek la..ckp byk pun x guna..semua butang like aku dah tekan…hehehe..birthday ko hr ni ker kang..cmner aku x tau da..klu tak boleh aku anto pulut kuning..hehehe..semoga terus success wak dlm ape juga bidang yg diceburi :)

Acaii Jawe says:

ejal – salam jal :) thanks ye jal,hehe. Bilalah jal dapat jumpa ko lagi. Entah2 ko dha gemuk sekarang jal,kekekke.

siti amin – salam ti :) ni acai juga hosting sendiri je. Tak larat nak guna flickr,hehe. Kalau rajin bolehlah guna flickr,hehe

Xora says:

Salam a.acai.. cantiknyebunga tangan dia!!! rasa cam nak makan!!

Acaii Jawe says:

Xora – Salam Ixa, wah lamanya tak dengar khabar :) moga semuanya baik2 je ye ixa. Haha, siap nak makan tu. Memang comel bunga tangan dia. Lupa plak nak taruk gambar bunga tu full. Ada rasanya tapi lupa nak upload :)

Salam.

Hehe. betul betul.
nice jugak bunga butang tu. keh keh. :D sesuai dengan baju.

sesi outdoor yang simple.
tapi kalernye adoii. ada umphh!!
selamat bersukses lagi kang.

Acaii Jawe says:

Taqo – Salam kang :) aah akupun pertama kali juga nampak tu,hehe. Tu yang excited,hehee. Terima kasih kang ye. SEmoga ko pun terus maju jaya. Bilalah dapat nak shoot sama2. Boleh aku belajar dengan ko :)