Ramadan Mubarak!!

Bismillahirrahmanirrahim


Ramadhan




Banyak perkara yang aku rindu kat kampung sebenarnya bila menyambut Ramadan ni. Suasananya berbeza. Perasaannya berbeza. Ketenangannya berbeza. Rindu laungan suara azan Imam Laiman yang memecah keheningan pagi dingin untuk mengejutkan orang bangun bersahur. Nadanya berbeza dengan azan subuh. Rindu mengikuti tadarus hingga tengah malam sepanjang bulan Ramadan. Rindu tengok budak-budak berebut-rebut makan moreh kat talam.

Bukan tak ada suasana tu di sini tapi feelnya berbeza. 10 malam pertama tarawikh memang masjid penuh. Surau penuh. Sampai ada yang komplain kenapa surau kecik sangat? Semangat tinggi. Tapi 10 malam terakhir yang tinggal biasanya orang yang selalu ke masjid dan orang yang dah tua-tua. Itulah kita.

Ada yang bulan puasa jadikan dirinya seorang yang lebih baik. Tapi ada yang jadi lebih teruk melakukan dosa dari bulan biasa. Ada yang bulan puasa membuka rezekinya dalam perniagaan. Ada yang sebaliknya. Ada yang bulan puasa perbelanjaan keluarganya naik 2-3 kali ganda. Ada yang berkurang perbelanjaannya.

Sebenarnya semuanya tergantung kepada kita sendiri. Kita yang mengarah hidup kita. Semua tu berlaku dalam kawalan kita. Aku memang banyak sangat dosa. Mungkin ini Ramadhan terakhir aku. Mudah-mudahan kita semua mengambil peluang ini sebaiknya. Maaf zahir dan batin. Wallahua’lam.



Nota kaki: Alhamdulillah, kerja-kerja luar dah hampir selesai. Sekarang dah banyak duduk di ofis.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

Ramadhan Kareem
Tgh telusuri paparan2 cik fesal yg lepas2.
Puasa kali ini rasa letihnya bukan sebab lapar dahaga.ngantuk sangat lepas terawih,ada tu boleh tertidur masa tgh menaip.
camne puasa?

One – Selamat menyambut ramadan one :) Semoga semua amalan kita diterima olehNya,amin!! :) Alhamdulillah puasa ok cuma bizi kat ofis tu macam biasalah bulan puasa,hehe

Sis Honey – Salam sahabat, selamat menyambut Ramadan sis :) Semoga puasa kali ni jadikan kita insan yang lebih baik lagi sis :) amin. Thanks sis sudi singgah sini,hehe

Koretan – Salam kakang e :) waaa first time nampak kat sini,hehe. Jaluk ngapuro jugak yo kang. Selamat menyambut ramadan dan berpuasa ye.

ciksab – Salam ciksab :) Ramadan Kareem!! Selamat berpuasa ye.

Sal-Salam Ramadhan;-),yok podo2x lungo terawih nang suro.Luputi ngapuro seng akeh-akeh…