Bismillahirrahmanirrahim



Aku ada satu cerita nak kongsi. Ada seorang wanita yang mempunyai 3 orang anak kecil. Intan namanya. Beliau memandu kereta kancil setiap hari ke tempat kerja. Satu hari dalam perjalanan pulang ke rumah dengan gembira untuk berjumpa dengan anak-anaknya, tiba-tiba ada sebuah kereta dari arah berhadapan yang memotong dan tidak sempat mengelak kereta Intan. Mereka bertembung secara berhadapan.

Intan meninggal dunia di tempat kejadian. Beliau meninggalkan suami dan 3 orang anaknya yang masih kecil. Sedih bukan, tapi sebenarnya ia adalah kisah benar. Sekarang cuba bayangkan orang yang memotong dari arah hadapan itu adalah kita dan kita hanya luka ringan dalam kemalangan tersebut kerana kita naik kereta yang lebih baik. Ada beg udara dan ciri keselamatan yang lebih baik.


Ida

Teaser wedding Saipi & Dr Yuhanis, Jalan Kebun



Apa yang aku cuba sampaikan ialah adakalanya kita membawa kenderaan dengan laju dan tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi walau apapun alasannya. Ada masanya kita rasa selamat kerana yakin dengan kemahiran memandu dan kereta kita. Tetapi jangan lupa, ada masanya Allah nak bagi pengajaran kepada kita. Sekelip mata kita menyebabkan orang lain terbunuh akibat kecuaian kita.

Bukan setakat itu, orang itu mungkin individu yang penting dalam keluarganya. Mungkin mereka ketua keluarga atau ibu kepada 5 orang anak kecil. Mungkin juga mereka seorang ketua yang baik dalam syarikatnya. Atau mungkin beliau seorang doktor, ulama dan pemimpin yang penting kepada masyarakat kelilingnya.

Dengan menyebabkan kematiannya kita telah menyukarkan kehidupan ramai orang lain. Kehilangan yang sangat besar kepada orang lain. Kita sebabkan anak kecil membesar tanpa ibu dan bapa. Kita menyebabkan ibu bapa hilang seorang anaknya yang paling baik. Kita sebabkan ilmu agama hilang dengan kematian orang alim dsb. Bagaimana rasanya hidup dengan rasa bersalah begitu? Jadi, berfikir sebelum bawa laju dan pentingkan diri. Bayangkan anda langgar bapa, adik atau kakak anda sendiri ketika bawa kereta laju. Wallahua’lam.


Nota kaki:Macam biasa aku bizi di kantor. Keadaan kesihatan akupun tak berapa baik. Doakan aku sihat-sihat je. Ada 3 full entry aku berhutang kat sini. Dah siap cuma tak sempat nak publish. Tunggu ye.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
Amor Mie says:

…. ;)

siti amin says:

salam..jap lagi nak suruh en suami baca entry nie..hehehee..

salam.

Hm. betul tu kang.
ada kalanya ujian tu dtg xkira masa. Tub tub, something happen.
baru berpikir panjang.

Acaii Jawe says:

taqo – salam bro, yup itulah yang kita sentiasa ingat :) terima kasih bro.

siti amin – salam ti,hahaha. Ati2 bawak kereta tau untuk siti dan amin,hehe.

amor miw- Salam kak :) thanks senyum,hehe

kak amy says:

salam acaii…
sedih la citer nih :(….

wongjowo says:

Nyong kelalen la arek jemput Awe hr tu…

Acaii Jawe says:

saipi – salam pengantin, hahaha :) selamat pengantin baru pi, golek wong seng adoh2 yo berjauhan wae pi,kekekkee.

kak amy – salam kak amy, lamanya tak dengar khabar :) hope akk sihat2 je ye. Ni kisah benar kak, memang sedih kalau nak ingat,huhu

wongjowo says:

Salam…
Caya lah Sal…good job
Thanks,:-)

sso says:

bro ambik gambar mn bro?…
ni amik gambar sambil baring ke

ejal says:

salam kang…dr dl ko punya intro mmg menarik la…x sabo2 nk baca..penuh pengajaran..x sabo nak tgk full entry nih..hehehe..semoga waras2 yor kang…angger orak kepiye arek jekok gambar nganten ….hehehe…

Acaii Jawe says:

ejal – salam jal :) thanks jal selalu singgah sini dan tinggalkan jejak,hehe. Kapanlah arek ketemu riko ni jal :)

sso – salam bro, ni amik kat kota kemuning je,hehe. Aku bersila time amik gmabar ni :)