FJ & Umar, Penjara Kajang

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah dapat juga aku menulis kat blog ni lagi. Ada member tanya aku “Weh, ko kena tangkap ke masa perhimpunan BERSIH 2.0?“. Terkejut aku dia tanya camtu. “Kenapa cakap camtu?!“. “Aku nampak muka ko kat gambar bersih. Mana tau kena tangkap..” katanya selamba. Tergelak aku. Bukan apa, banyak lagi kerja aku nak buat kat rumah. Lagipun aku memang neutral dalam hal tersebut.

Aku sedang usaha nak jadi orang yang banyak bagi manfaat kat orang lain dalam semua segi. Aku cuba sumbangkan kemahiran dan ilmu yang aku miliki ke arah perkembangan Islam, negara dan keluarga aku. Alhamdulillah aku kerja di institusi zakat yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk uruskan rukun Islam zakat di negara kita. Amat penting bagi aku untuk kekal neutral supaya amanah ni dipegang kuat. Bukan untuk pihak kanan atau kiri tapi untuk pencipta aku semata.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan pasangan Faridah Juwita & Umar yang diadakan di Penjara Kajang. Ya betul, dalam penjara Kajang tu :) Layan dulu majlis nikah diaorang ni. Nanti sambung cerita.


linda1

linda1

linda1

linda1



Majlis pernikahan diaorang diadakan di masjid penjara Kajang. Besar dan cantik masjid ni. Keluarga Umar datang dari Sabah tau. Masa dah abis majlis tu banyak betul kuih muih dari Sabah diaorang bawak. Sedap-sedap plak tu. Memang tak pernah jumpa. Hish aku ni, orang cerita pasal nikah aku cerita pasal kuih plak, haha.

Majlis persandingan diadakan di dewan kat dalam kompleks penjara Kajang tu. Bertuah betul aku kenal pasangan FJ dan Umar ni. Sebelum ni tak pernah perfikir dapat masuk dalam ni :) Taknaklah masuk sebagai banduan, Nauzubillah. Diaorang ni satu tempat kerja kat dalam ni. Sweet je kan, hehe. Tapi umar ni je yang dalam unit beruniform. Semua orang panggil dia ‘Tuan’ tau :) FJ kat bahagian admin.

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1


Pertama kali juga aku shoot wedding bawah pedang tu. Rasa agak teruja gaklah masa amik gambar diaorang ni. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan tetamu yang datang memang ramai. Dari cerita diaorang ni banyak gaklah aku tahu sikit2 pasal penjara Kajang ni. Antaranya sapa tahu diaorang dalam ni ada sekolah menengah dikalangan banduan, ada kelas kraft, menjahit, spa dan lain-lain yang dijual kepada orang luar.

Dahlah teruja shoot pengantin bawah pedang pastu tambah teruja dapat outdoor ngan kuda plak. Double teruja!!haha. Kitorang buat sesi outdoor kat dalam kawasan penjara Kajang tu je :) Tapi kitorang dapat guna kuda tu kejap je dan memang tak boleh nak naik sebab mood kuda tu tak baik (kuda pun ada mood). Pengawal kuda tu taknak amik risiko naikkan diaorang. Tak pasal2 jatuh kuda plak pengantin baru,hehe


linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1




Untuk akhirnya aku ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pasangan FJ dan Umar yang berikan kerjasama yang sangat baik sepanjang majlis nikah dan persandingan. Aku tak dapat update banyak lagi sebab sekarang terlalu banyak komitmen kerja perlu diselesaikan. Terima kasih juga kepada sahabat baik aku yang kenal sejak aku tingkatan satu, Halil Hayon yang teman aku shoot majlis ni.



Nota kaki : Aku dah reply semua mail yang bertanya. Kalau masih ada harap dapat mail sekali lagi ye. Mohon maaf akupun tak tahu kenapa banyak email masuk spam mail kebelakangan ni :(



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

Salam cai. kabare cai? waa. lama xkomen kat sini. hehee.
apa kate lepas ni setiap entri selit gambar ko skali cai.
da lama xjumpe ko. ko xbergambar ngn kuda tu ke cai? hehe

awe – salam awe, kalau aku dapat burung unta memang terbaiklah awe,hahahaha :) akupun tak pernah tengok dekat2 burung unta,hehe. Thanks awe :)

din – salam din, waras alhamdulillah din. moga ko pun sihat2 je hendaknya din :) haha, tunggu aku dah kurus skit din baru taruk gambar aku,hahaha

Akhirnya tercapai gak cita2 ko nak shoot ngan kuda…lepas ni mana tau ader rezeki ngan burung unta plak….

Kadang2 idea giler2 ni yg buat gambar ko berbeza ngan orang lain Sensei…haa..haa

bro, gambar yang dengan kuda tu cantek..feeling2 macam kat luar negara jer..hehe

salam…bro..mntk quatiotion hrga pkej untuk satu mjlis kenduri bulan 11 ni..

klu boleh send sy no tepon bro..senang nk bincang..huhuh..
tq

Naem – Salam bro naem, alamak bro bulan 11 tu memang dah tak available. Sampai akhir tahun memang dah takde kekosongan sekarang melainkan ada orang yang cancel. Terima kasih Naem ye atas pertanyaan :) Kalau nak suh cadangkan member2 lain bolehlah bagitau.

Salam Kang,cun la bro..terbaek..shot ada pedang plak..aku rasa pttnya ko jer yg naik kuda tu beb..pengantin x yah la naik..hahaha..good job la kang..

ejal – Salam ejal, Thanks kang :) aku mana reti weh nak naik kuda,hahaha. Kanga tak pasal2 berlari mampus aku nak kena terjun, hehehe :)

Kak Masy – Salam kak, kuda tu kelaparan, asyik nak ragut rumput je,hehehe.