Bismillahirrahmanirrahim



Pagi tadi sebelum pergi kerja aku dengar rancangan ‘Tanyalah Ustaz’ kat TV9. Ustaz Hassan Din Al-Hafiz cerita pasal suami nusyuz. Satu yang menarik perhatian aku ialah tentang tahap ilmu agama yang dimiliki oleh kedua pasangan suami isteri juga menyumbang kepada kebahagiaan rumah tangga. Mungkin kecantikan paras rupa menjadi keutamaan kebanyakkan orang dalam memilih pasangan tetapi malangnya bukan itu yang menjadikan pasangan itu bahagia dalam kehidupan berumahtangga.

erniteaser

Teaser wedding Ernie & Sollihin, Kebun Baru


Tidak hairanlah ada pasangan yang sama cantik yang menjadi kegilaan orang lain dan kaya raya juga masih tidak bahagia dan berpisah. Apa lagi yang dicari oleh orang seperti itu? Sedangkan itulah yang menjadi dambaan semua orang. Memang, semua tahu kebahagian rumahtangga bukan terletak pada kecantikan dan kekayaan tetapi agama tetap diletakkan sebagai syarat terakhir mencari pasangan hidup.

Berapa ramai yang check tahap pengetahuan agama pasangan masing2 ketika mencari pasangan hidup? Bolehkah pasangan kita membaca Al-Quran? Bagaimana dengan solat 5 waktunya? Bolehkah dia menjadi imam solat? Bagaimana dengan pengetahuan asas fardhu ain seperti mandi wajib, hukum Islam dsb? Memang, tiada orang sempurna dalam dunia ni. Tetapi sekurang-kurangnya kalau ada pengetahuan agama walaupun sikit, kita dan pasangan ada ruang untuk kembali ke jalan Allah tatkala kita terleka dan terlena mencari kebahagiaan dunia. Wallahua’lam.




Nota kaki : Maghrib hari ini dah masuk 1 Rejab. Sekejap je dah masuk bulan Allah. Sapa2 yang belum ganti puasa ada masa 2 bulan untuk berbuat demikian sebelum tiba bulan Ramadhan :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
jimi says:

salam faisal,

xde calon utk aku ke?
haha.. ;)

Acaii Jawe says:

jimi – hahaha, jimi ko memang dah layak kahwin lama ni,hehehe :) awek dah lah ramai,kekeke

kasih says:

setuju… :)

Acaii Jawe says:

kasih – terima awak sebab setuju ngan saya,hahahaha :)

ciksab says:

*peringatan bersama* :D:D:D

salam.jumaat ni dah 1rejab insyaAllah.mari mula puasa sunat rejab dan perbanyakkan amalan sunat utk kesuciaan hati.insyaAllah sinar keagungan Rejab menjadi milik kita dalam mencari sekeping hati seorang hamba.

wah angin ramadhan sudah mula menyapa :))

Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa balighna ramadhan.

(ya Allah berkatilah kami dlm rejab dan syaaban dan sampaikan kami kpd ramdhan)

Acaii Jawe says:

cik sab – Salam awak, terima kasih atas perkongsian tersebut :) suka sangat2 tau!! Rindunya kat Ramadhan,huhu. Amin atas doa awak tu.

Masy says:

sokong!

Acaii Jawe says:

Sishoney – Salam sahabat :) betul sangat. Ada benda yang kita tak boleh persoalkan terutamanya tentang qada’ dan qadar Allah. Ia seperti mempersoalkan Allah membuat keputusan.

Masy – Salam kak, yeeahh!!

SisHoney says:

salam cai,

Jodoh itu rahsia Allah.dan mencari yang terbaik impian semua org.maybe sbb tu sis lambat kot kan~hahaha.xdak kena mengena :-)