Linda & Hanif, Kuala Lumpur

Bismillahirrahmanirrahim


Hari ni pada 1432 tahun yang lepas Rasulullah diangkat ke langit untuk menerima syariat yang paling besar sekali iaitu solat. Walaupun banyak peristiwa lain yang ditunjukkan kepada baginda tetapi hakikatnya tujuan utama adalah suruhan ibadah solat. Perjalanan tersebut dikenali sebagai Isra’ Mikraj yang menjadi satu tanda kekuasaan Allah.

Tanpa sedar sebenarnya isra’ dan mikraj ini menguji sejauh mana keimanan kita dalam 2 perkara. Pertama sama ada kita percaya perjalanan tersebut tanpa ragu-ragu. Kedua sama ada kita menjunjung tinggi syariat solat yang turun pada waktu tersebut. Ibadah yang jadikan seseorang itu lebih baik jika membuatnya dengan penuh ketaatan. Wallahua’lam.

Majlis kali ini adalah pasangan Linda & Hanif. Kedua-dua pasangan ni bekerja di tempat yang sama tau, Institut Jantung Negara :) Mintak-mintaklah sampai bila2 aku tak kesana. Tapi kalau ke sana aku dah tahu nak cari siapa, hehe. Serius, pasangan ni sweet sangat :)

linda1

linda2

linda3

linda4

linda5

linda6

linda7

linda8

linda9


Majlis pernikahan dijalankan di masjid Jalan Cochrane, Kuala Lumpur dan majlis persandingan juga diadakan di dewan bawah masjid tersebut keesokkan harinya. Memang ramai tetamu yang hadir pada majlis tersebut terutamanya dari tempat kerja diaorang. Kadang-kadang muka doktor ni kita macam boleh kenal even sebelum orang bagitau pun,hehe.

Sesi outdoor pula kitorang pergi kat Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Sebenarnya salah satu lokasi yang sukar kalau pergi outdoor kat taman-taman pada belah petang ialah kehadiran ramai orang yang lalu lalang sama ada berjogging ataupun aktiviti keluarga. Memang satu cabaran buat photographer nak asingkan pengantin dalam ramai-ramai crowd :)

linda10

linda11

linda12

linda13

linda14

linda15

linda16

linda17

linda18

linda19

linda21

linda23

linda22

linda20

linda24

linda25

linda26

linda27

linda28

linda29

linda30

linda31

linda32

linda33

linda34




Untuk akhirnya, aku ucapkan terima kasih kepada Linda sekeluarga atas kerjasama dan layanan yang baik sepanjang majlis berlangsung. Tahniah untuk korang berdua ye :) Semoga Allah sentiasa merahmati hubungan yang terjalin hingga akhir hayat, amin.



Nota kaki : Aku berada di luar kawasan selama beberapa hari. Maaf atas kelewatan membalas email dan update blog :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

Waaaaa….Cot ada ape bule tujuh ni..
X ajak aku skali ke pasal ayam panggang tu..

Pokok2 mcm dlm citer LOTR…

Salam dindaku ESAL.

Betul, pengantin tu sangat sweet! Suka tengok.

Masjid Imam As-Shafie? Ohh dekat Baitulmal (sebenarnya Jalan Perkasa tu). Jika dari belakang (dekat SPRM) baru disebut Jalan Cochrane.
Kak Azie kerja berhampiran situ.

Rozaidi – salam bro, waaaa terima kasih weh sudi singgah sini ye :) hahaha. aku berasal dari blogger insyaallah akan kekal camtu,ceewaahhh :) Thanks bro.

Azieazah – salam kak zie yang dihormati, aah kak sweet je diaorang,hehe. Malu2 antara satu ngan lain :) Kak zie, sypun lupa nama masjid ni,hehe. Tapi ni masjid yang belakang SPRM lah :) Waaaaa kak zie kat situ ke? kat mana kak zie? tahu calling2 masa tu,hehe

cot – salam cot :) hahahaha jangan risau datang je nanti ye,hehehe.

atiqah – salam atiqah, terima kasih sudi singgah sini ye. Terima kasih :)

taqo – salam kakang e, haha terima kasih bro :) keke, sudah tahu lagi mau tanya,kekeke.

kip – salam, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye :)

Salam acai….

good job la Acai..ko mmg sumber inspirasi… boleh share equipment apa bro pakai …fish eye lens 8mm ? tele ? sebab hasilnya duhhhh gugr jantung guer.. :)

photo.garage – salam bro :) terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen :) Salam kenalan. Aku pakai body dx je. Jadi lens pun biasa2 je,hehe. Ada tele 80-200, 50mm, 17-50 ngan fish eye 10.5 :) Kalau salah silap tolong tunjuk ajar ye bro.

salam kang…mmg terbaek la bro..lama x jumpe yer…bile aku dapat ikut ko shot la yer…yg best ada gmbr aweks la kang..hehehe…gambar cun plak..siap dgr lagu yg ala2 plak…smgt btl aku nk tgk gmbr2 ni…hehehehe..good job la bro…mantops….

ejal – salam ejal, waaa lamanya orak ketemu riko kang,hehe :) haha, siot jelah ko jal. Thanks selalu bagi sokongan kat aku ye :)