Ernie & Sollehin, Kebun Baru

Bismillahirrahmanirrahim



Aku nak kongsi satu tazkirah yang aku dengar baru-baru ni. Ustaz bercerita tentang kenapa semakin ramai anak-anak zaman sekarang ni degil, tidak dengar kata dan kadangkala susah dididik. Malah dari kecil lagi susah nak diajar dan pandai melawan kata ibu bapa, apatah lagi bila remaja. Di mana silapnya?

Salah satu yang boleh dimuhasabah ialah tentang sumber makanan dari rezeki yang diperolehi. Adakah makanan tersebut diperolehi dari sumber yang halal dan baik? Kalau kita orang yang percaya kepada ajaran Islam, kita tahu rezeki yang kita perolehi berkadar langsung dengan keberkatan hidup. Mungkin juga kesukaran mendidik anak itu berpunca dari rezeki kita yang kurang berkat, wallahua’lam.

Majlis kali ini adalah pasangan Ernie dan Sollehin yang diadakan di Kebun Baru, Telok Panglima Garang. Ni kali kedua aku jumpa pengantin kena baca khutbah nikah sendiri :) Setiap tempat memang berbeza majlis nikahnya.

nani1

nani2

nani3

nani4

nani5

nani6

nani7

nani8


Keluarga Ernie ni masih lagi jalankan majlis secara rewang (gotong royong). Bagi aku, rasanya budaya rewang ni memang takkan bertahan lama memandangkan tak ramai orang2 muda sekarang pandai memasak secara banyak dan mempunyai masa untuk sama2 bergotong royong dalam satu majlis. Sesuatu yang aku sendiri kesalkan dalam diri aku.

Alhamdulillah majlis di rumah ernie ni berjalan lancar. Family Sollehin ni datang dari Johor. Boleh tahan ramainya yang datang ke majlis ni. Memandangkan diaorang berdua ni pernah bekerja di tempat yang sama, jadi kebanyakkan kawan-kawan yang datang memang mengenali kedua pasangan pengantin tersebut:)

nani10

nani9

nani11

nani12

nani13

nani14

nani15

nani16

nani17

nani19

nani18

nani20

nani21

nani22

nani23

nani24

nani25

nani26

nani27

nani28

nani29




Sesi outdoor tersebut kitorang buat kat Pulau Carey. Tempat tu terkenal dengan kawasan orang asli. Tapi yang bestnya masa ngah shoot tiba-tiba ada ular tedung lalu. Nasib baik takde pape,huhu. Untuk akhirnya aku doakan semoga kedua pasangan Ernie dan Sollehin ni sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah sepanjang ikatan yang terjalin. Semoga berkekalan bahagia hingga ke syurga Allah. Terima kasih juga kepada sahabat baik aku Saipi yang membantu dalam majlis ni :)



Nota kaki : Kurang 2 bulan lagi tiba Ramadhan. Ya Allah, sampaikan aku ke bulan Ramadhan, amin.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

Terkejut aku tgk pic nie. X sangke kwn sekolah rendah ku, patut mcm kenal. Sollehin Melan dari Muar johor, kwn kg ku. Tahniah, baru tahu dier da kawin. Acai, as usual gambar mmg mantop! Jeles =P `~

Salam kang.

setuju dengan info di atas. budak2 sekarang dah lain sangat dengan dulu. diorg buat mcm2 tanpa rasa besalah atau malu. huhu. kesal sungguh.

btw, untuk majlis gambar tetap tip top! outdoor pon sempoi jeh. pekena 70-800mm le tuh. :D

saipi – thanks pi follow aku. Weh nanti aku nak call ko,hehehe

Taqo – Salam kang :) terima kasih setuju ngan aku. Tapi memang betullah kekadang susah nak fikirkan nape boleh jadi camtu budak2 zaman sekarang,huhu. Thanks bro :)

sifooo….
nak tag…
kekekkeke
aku suke gambar no 5 last..
kenape la aku tak terfikir nak pose kn pengantin camtu baru ni..
hehehe..

*moga kite (sebab aku pun dah naik ni) dapat kuruskan badan disamping tambahkan pahala di bulan ramadhan nanti..amin…

cot – salam cot, hehehe. ko dah terer cot mana nak tag ngan aku lagi,kekekeke :) ko naik2pun masih nampak kurus lagi weh,hahaha