Cerita tentang abah dan gerabak

Bismillahirrahmanirrahim


Dulu masa kecik aku selalu ikut abah gi kebun kelapa sawit. Kebun sawit abah memang bersih. Kalau abah ngah petik kelapa sawit aku boleh main lari-lari ngan adik aku. Tak risau sebab boleh nampak abah dari jauh walaupun luas sayup memandang kebun tu. Tapi bukan sebab tu aku suka pergi kebun sebab main kat kebun sebenarnya bahaya. Ada banyak ular tedung dan ular sawa lalu lalang. Aku suka sebab dapat naik gerabak belakang motor abah. Serius best!!

[ klik sini kalau tak tau camne rupa gerabak ]

Gerabak tu biasanya abah isi rumput untuk bagi makan kambing dan lembu. Tapi kalau takde rumbut kitorang boleh naik atas tu. Abah layan je kitorang. Walaupun abah tarik guna motor kat depan, tapi kitorang kat belakang buat gaya macam naik kereta ada stering. Siap ada brek kaki lagi tu. Tapi gerabak mana ada spring. Jalan gi kebun pulak tanah merah je. Jadi setiap kali langgar lubang atau batu-batu memang sakit bontot aku. Tapi memang advanture sungguh.


outdoor1

outdoor2

outdoor3

outdoor4

outdoor6

outdoor7

outdoor8

outdoor9

outdoor10

outdoor11

outdoor12

outdoor17

outdoor15

outdoor16

outdoor18



Sebenarnya aku cerita pasal gerabak tu sebab teringat kat abah. Semalam masa aku pergi Sungai Besar atas urusan kerja aku nampak seorang bapak bawak anak dia naik gerabak camtu. Senyum sendiri aku. Aku dah tak merasa semua tu. Gerabak kat rumah kampung dah tukar baru sebab yang lama dah reput. Kadang-kadang rasa teringin nak bawak gerabak pergi ofis. Tapi aku tak tau nak taruk apa dalam tu, haha.

Gambar atas ni adalah sesi outdoor pasangan Zulhusni dan Azzah. Pasangan yang sangat senang bekerjasama. Add aku kat Acaii Jawe Photography page untuk gambar lain nanti. Untuk makluman, aku cuma ada pakej untuk post wedding buat masa ni. Tak kisahlah post wedding tu baru lepas kahwin, mengandung atau gambar family. Banyak juga aku dah ambil sebelum ni cuma tak taruk kat blog ni je. Cuma ia bergantung kepada availability aku:) Wassalam.



Nota kaki : Selamat hari bapa untuk abah walaupun abah aku mungkin tak pernah tahu aku ada blog ni. Aku sayangkan abah!! Gambar gerabak kat atas tu masa anak lembu aku mati. Masuk gerabak untuk ditanam kat tempat lain.

Nota kaki 2: Aku takde di Selangor sampai hari Ahad sebab ada kursus di luar. Insyaallah aku cuba reply email secepat mungkin. Terima kasih.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

gerabak = gelondang = geledekan… wakakaka… gua siap bawak anak gua naik gerabak tu lagi masuk kebun bila balik kg… suka betul bebudak kecik ni kan??.. agkanya mcm tu la kitadulu time kecik bila bapak kita bawak kan cai…?? mmg nostalgik la..

sil – salam sil, hahahaha betul tu. Kalau ada kelapa sawit pernah naik gak. Tapi memang sakitlah. Kekadang abah taruk lapik suh duduk atas lapik tu,hehehe :) aah kat sana panggil geledegan :) Thanks for sharing sil :)

Ajey – salam wak,hahahahaha. amiklah gambar wak anak ko naik geledekan tu :) memang nostalgik bila diingat. Nasib kita masih ada kampung wak :) lama tak nampak weh?!!

memang nostalgik. dulu selalu nampak pakcik2 bawak kelapa sawit pastu anak2 duduk skali dalam tu. skrg memang susah sgt la nak nampak pemandangan camtu

Salam Acai,
Well written.. :) Teringat kat arwah abah.

Dulu kecik-kecik pun ada ikut dia tengok2 kebun getah dia, lari punya lari pusing belakang abah dah takda..

Saya pun meraung mintak ampun semua sebab selalu nakal hehe (kot ye pun saya nakal, jangan la buang saya kat ladang getah kan…)

Rupanya abah ada je, saya yang tak nampak sebab terlindung.. So cerita meraung mintak ampun bagai tu memang kisah klasik untuk masa depan dalam family saya..

Azzah – Salam azzah, waaaaaa awakpun ada pengalaman main kat kebun gak :) Kebun getah lagi tu,hehehe. Kalau ye pun nakal takkanlah nak tinggal kat kebun :) Mesti dah cuak sangat2 camtu,hihi. Alfatihah untuk arwah abah awak Azzah.

Salam dindaku ESAL,
memang kenangan sungguh ya, masa kecik. Banyak habiskan masa bersama ABAH dan mak.

Kak Azie masih ingat tentang kebun pokok naga… tentang ternakan cacing. Macam terbayang jer gambar2 tu semua.

Kalu try bawak gerabak tu pegi keja, jalan kat hiway, perhhhh mau masuk soratkabar tuh. hehehehe

haishh… dah lama tak mengomen.. btw kalau pengalaman kecik2 dulu.. paling tak bleh blah bila tokwan ajak men bola pakai buah kelapa tua…
tgk dia sepak relax je.. sampai turn aku… lebam anih jari2 kaki.. wahahahaha/

btw ur pic is AWESOME bro~!!

setiap entry memang aku tak pernah terlepas cuma yg terlepasnye komen. hehehe… aku dulu mase kat kg sabak bernam salu je nampak budak2 naik gerabak tu gi kebun sawit.

Cite ko ni betul – betul ingatkan aku lah tentang nostalgia lama…

moga yang terbaik tuk life ko kang… Dungak ke nyong yo..

fairuz – salam kakang e, terima kasih kang sudi masuk blog aku yang tah apa2 ni. Segan plak sifu2 masuk blog ni,hehe :) Aah, memang best kalau teringatkan nostalgia lama kan :) Insyaallah kang, semoga seng terbaik untuk riko :)

Vinil – Salam bro, hehehe. Waaaaaa teringat gak main sepak kelapa tu. Pelik gam sampai sekarang rasanya kalau kita sepakpun rasa sakit je. Tapi dulu2 diaorang rileks je sepak tak pakai selipar,hehehe :) thanks bro