Wedding Azzah & Zulhusni, Ipoh

Bismillahirrahmanirrahim



Hari ni aku nak update majlis perkahwinan Azzah dan Zulhusni yang diadakan di Dewan Silveritage, Ipoh. Ni kali kedua aku shoot majlis kahwin kat Ipoh :) Azzah ni sebenarnya seorang blogger tau. Dia juga ada menjalankan perniagaan online di blognya. Check it out!! Rajin juga aku singgah ke blognya tapi aku tak beli apa-apa sebab semua barangnya berkaitan perempuan, hehe.

Sebenarnya aku risau gak nak shoot diaorang ni sebab tak sempat nak berjumpa borak-borak sebelum majlis. Memandangkan Zul bekerja di luar negara agak susah nak jumpa. Dapat jumpa Azzah je, itupun beberapa hari sebelum majlis untuk bagi kad, hehe. Tapi alhamdulillah diaorang ni memang mudah mesra. Senang bekerjasama dengan diaorang. Sama cantik sama padan.

Satu yang aku kagum ialah pelamin Azzah yang cantik sangat dan unik. Cantik tu satu hal tapi yang bestnya pelamin dia ala-ala macam header blog dia, serius!! Sangat kreatif :) Ah, banyak cakap plak aku ni. Layan sikit majlis dia.


azzah1


azzah2


azzah3


azzah4


azzah5


azzah6


azzah7


azzah8


azzah9


azzah10


azzah11

azzah12

azzah13

azzah14

azzah15

azzah16

azzah17

azzah18

azzah19

azzah20

azzah21

azzah22

azzah23

azzah24

azzah25

azzah26




Untuk makluman aku tak dapat shoot majlis nikah diaorang sebab ada pertukaran tarikh majlis. Aku memang tak dapat nak adjust masa untuk berada kat sana. Rugi betul, huhu. Tapi alhamdulillah sepanjang dua hari aku kat sana majlis persandingan dan bertandang berjalan lancar.

Sebenarnya baju cantik yang diaorang pakai ni bukanlah pilihan utama mereka dalam majlis ni. Tapi sebab ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan mereka terpaksa memilih untuk pakai juga baju ni pada saat-saat akhir. Tapi baju ni memang cantik dan sesuai ngan diaorang berdua ni. Azzah rileks je, kalau orang lain mau masam muka dan nangis je, hehe. Untuk sesi outdoor kitorang buat kat keretapi lama kat Ipoh tu.

azzah27

azzah28

azzah29

azzah30

azzah31

azzah32



Apa yang aku boleh simpulkan, majlis Azzah & Zul ni simple, meriah dan gojes :) Tahniah untuk korang berdua ye. Harap-harap pasni Zul ada rezeki kerja kat sini plak, sian Azzah kena tinggal jauh2, keke. Terima kasih hire aku untuk majlis korang :)

Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada sahabat baik aku yang dah hampir 8 tahun tak jumpa yang assist aku shoot Azzah ni. Yoes nama dia. Dia baru belajar amik gambar dan sanggup turun dari Sungai Petani semata-mata nak shoot ngan aku kat Ipoh ni. Terharu aku ngan ko yoes. Semoga ko jadi photographer yang lebih hebat dari aku satu hari nanti, amin. Orait, tunggu update majlis bertandang pasangan ni pula ye.




Nota kaki : Salah satu sebab aku lewat update blog adalah malas nak copy coding dari flickr untuk masukkan gambar kat blog ni. Really painful job, huhu.

Nota kaki : Sapa orang-orang ipoh nak dapatkan palamin camni bolehlah email Azzah sendiri ye (ramai yang bertanya aku). Akupun lupa sapa namanya, hehe. Nanti kalau dapat namanya aku update kat sini.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

Xora – Salam ixa, terima kasih ye :) itulah wedding ni memang cantik sangat,hehehe. Ixa, tahniah!! Nak hadiah apa?hehe

Cinta – Salam sahabatku :) aahlah kan cinta. Memang ramai betul pakai tema kelabu tahun ni,hehehe

taqo – hahaha, takpe bro. Insyaallah itu juga merupaka satu usaha ke arah hidup yang lebih baik untuk masa depan :) menuntut ilmu.

cantik-cantik bro :’)

setuju, kak azah mmg cool. boleh la stalk blog dia lepas ni.

kirim salam pada kak fizah ya bro. lamanya tak bertemu dengan kalian :)

Salam kang.
Hehe, lame xsinggah. bz kat banting. :)

Makin menawan la kang kaler gambar nye. gerem temen nih. hehe
masih jadikan gambar kakang untuk inspirasi. :)

taqo – salam kang :) waaaa kemain lagi dah menguasai area banting,hehehe :) terima kasih kang :)

fathiyyah – Salam thia besday girl,hehe :) semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa ye, amin.

wak4jawa – Hehehe, terima kasih kang halil.

Salam pesal…
hehehe…lama aku tunggu gambar wedding ni…kuar jugak akhrnya….cam selalu, gorgeous!!…ntah bila pulak aku boleh jumpa ko utk berguru…module lps ni ialah teknik editing pulak….8-9 Jun ni aku turun KL sbb audit…kalau smpt, aku call ko, kita jumpa…ok, my fren, tk care….wassalam…

yoes – salam yoes, hehe. biasalah yoes aku memang bizi sikit :) itulah nanti kalau ada masa calling2 yoes, kalau ada rezeki boleh kita jumpa lagi,hehehe

wongjowo – salam pi, lama tak dengar khabar,hehe. darah manis ni,kekeke