Bismillahirrahmanirrahim



Semalam aku bertugas di kejadian tanah runtuh kat asrama anak yatim Hulu Langat tu. Kalau nak kongsi banyak cerita di belakang tabir yang tak didapati dalam media massa. Cuma satu aku nak kongsi dan jadikan pengajaran ialah tentang duit. Duit ni memang boleh buat manusia hilang pertimbangan, bermusuh malah sanggup membunuh untuknya. Ada juga yang boleh mengaku anak setelah berpuluh tahun tinggalkan anaknya untuk hidup dengan orang lain. Bila banyak bantuan datang atas musibah anak tersebut tiba2 mengaku anak, Nauzubillah. Cukuplah tu.

Dalam kesibukan aku memang kena update juga blog ni. Ia sebagai motivasi kepada aku supaya pandai membahagikan masa untuk banyak perkara dalam hidup aku. Aku update sikit majlis sahabat baik aku, Kerul Shukor semasa bertandang di Temerloh Pahang. Tapi dalam masa sama aku nak promote beliau punya kerja dalam bidang yang sama dengan aku ni :)


kerul57


11



Untuk makluman, ‘Guest Book’ kat atas ni dibuat sendiri oleh beliau sendiri. Ideanya supaya orang yang datang dapat berikan coretan dan ucapan kepada kedua mempelai. Banyak kaedah yang boleh dilakukan, termasuklah guna custom album camni. Jadi kepada sesiapa berminat boleh hubungi Kerul Shukor untuk shoot cam beliau dan bukukan untuk masukkan dalam guest book korang. Barulah ada kelainan :)

Selain tu, dia juga sediakan sewa untuk khemah tempat letak section guest book dan stand gambar terutamanya kalau korang buat kat luar dewan :) Sebarang pertanyaan boleh terus kepada beliau ye. Kalau tanya akupun boleh juga tapi nanti aku mintak komisen dari dia, hahahaha.

kerul60


kerul62


kerul61


kerul63


kerul66


kerul64


kerul65


Untuk akhirnya terima kasih sekali lagi kepada seluruh keluarga Kerul dan Lisa yang memberikan kerjasama dan layanan yang baik sepanjang kitorang berada kat sana. Aku doakan semoga korang berdua berbahagia dan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan dari Allah. Terima kasih sekali lagi kepada sahabat aku Khairul Hafiz aka Cot yang bersama aku shoot majlis ni juga. Tanpa dia akupun pengsan gak, hehe.




Nota kaki : Lokasi tanah runtuh tu dekat je ngan tempat aku kursus minggu lepas. Tak sampai 1km pun. Kalau tempat kursus aku yang runtuh mesti dah tak ada entry kat sini lagi sampai bila2. Mohon maaf atas salah silap aku semua.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

xtau la die nie senior saye masa sekolah ke tak. tp muka die amat familiar. org temerloh, mesti gues kenal. ekekeke

guestbook die lawo weh.

asha says:

acai.. lame aku x update blog.. dh bertahun sampai aku dh berkahwin n beranak suda.. sebenarnye persiapan kat asrama tu utk bos aku kat HQ Pn. Hjh. Fatima.. behind the story atas ape yg ko cite mmg sad to hear xsepatutnye ade lg org mcm tu skang ni.

sil says:

saya komen kat entri acaii yang lepas tapi x ado pulak. salah tekan kot hehe. memang mengikuti berita tragedi tanah runtuh kat hulu langat tu. dekat dengan bukit broga ke? sebab kitorang memang rancang nak daki bukit broga tapi x kesampaian. Musibah yang melanda anak2 yatim tu pasti ada hikmah tersembunyi. Al-fatihah…

Acaii Jawe says:

sil – alahai camne bleh tak kuar plak,hehehe :) Itulah semoga musibah yang melanda tersebut memberikan pengajaran kepada kita semua, amin.

asha – salam asha, lamanya tak dengar khabar :) kalau sesiapa yang ada berkaitan dengan lokasi kejadian mesti banyak cerita2 yang kita tak dengar kat akhbar kan :) Terima kasih sebab sudi singgah sini lagi ye.

Acaii Jawe says:

lisa – salam lisa,hahahahhahaha ada gak orang perasan dalam tu,hehehe :) Thanks lisa ye. Tunggu sat lagi album siap ye,hehehe

hanna fateh – Waaa hana :) terima kasih ye. Aah, muka lisa ni memang dekat2 muka isma,hehe

Acaii Jawe says:

kak masy – salam kak,hahahhahahaha ayat akak memang tak boleh blahlah,hehehe :)

sue sue- aah wak :) tu kisah yang dengar dari orang kat situ tentang kejadian tersebut :)

hanna fateh says:

sangat cntik..like,pngantin pmpuan iras ismaliza la acai..kn? comeeiii..

lisa says:

tulah kan betul yg acaii ckp tu,tp xsilap nampk acaii dlm tv masa tgah shoot tu..btw thanks cos da updates pic baru neh,like so much..sangat2 cantek,hehe..xsabar nak tunggu album ja neh..

sue-sue says:

err..yang pasal mak ngaku anak tu btul ke camtu ceritanyerr??
ishh..ishh

Masy says:

beh beh beh. rasa nk kawen skrg, tp arinie keje plak. nantilah. hihhihi