Bismillahirrahmanirrahim



Ada satu hadis yang aku dengar dan nak berkongsi dengan semua. “Sesungguhnya Nabi s.a.w mengadakan walimah untuk perkahwinannya dengan Safiyyah binti Huyai dengan suwaiq (bijian campuran gandum dan barli) dan kurma.” (Riwayat Tarmizi). Subhanallah, kesederhanaan yang digambarkan dalam hadis tersebut amat menginsafkan. Memang, kadar kemampuan kita berbeza tetapi janganlah sampai hikmah walimah yang sebenar dipinggirkan hanya disebabkan kita mampu berbelanja besar.


azzahzul

Teaser wedding Azzah & Zulhusni, Ipoh


Majlis walimah sepatutnya diniatkan untuk menzahirkan syukur kepada Allah serta membuat hebahan tentang ikatan yang terjalin. Semua saudara mara, sahabat handai dan orang ramai berhimpun dan berjumpa. Perjumpaan yang kalau niatnya betul akan mengeratkan kasih sayang dan persaudaraan. Kitapun akan dapat pahala. Tidak salah diadakan dengan meriah tetapi sebaik-baiknya bersederhanalah dengan niat yang betul. Kerana dalam Islam niat membezakan segalanya.

Bagi pihak pengantin, mulakan perkara baik ini dengan tatacara yang terbaik. Buat bajet untuk jejak perbelanjaan yang bakal mengalir. Bawa berbincang dengan keluarga, tunang dan kawan2 supaya ada yang mengingatkan dan menegur sekiranya kita keterlaluan dalam berbelanja. Ingat, bebanan hutang sangat menyesakkan fikiran dan jiwa. Siang malam hati tak tenang. Kena ingat pepatah lama berapa besar periuk, besar juga keraknya nanti. Tuntutan barakah dalam kesederhanaan majlis walimah lebih afdal daripada kegemilangan majlis bersulam pembaziran. Wallahua’lam.





Nota kaki 1 : Blog B2B sangat membantu bakal pengantin mencari idea dan harga terbaik dalam merealisasika impian. Ada yang pernah berkongsi format bajet perkahwinan. Boleh tanya sahabat blog saya ni; Dia Terima Nikahnya.

Nota kaki 2 : Sepanjang minggu ni aku berada di luar. Baru harini dapat duduk depan PC. Aku hutang 4 entry nak dipublish di blog ni. Tunggu ye :) .


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
Acaii Jawe says:

kasih – waaaaa awakk, awak punya komen masuk dalam saya punya spam plak,huhu. Baru je approve ni,hehe. Sorry ek. Sangat betul dan setuju!! Ada lagi kehidupan selepas berkahwin,hehe

halil – ko punya komenpun masuk spam gak lil,hehe. Bukanlah lil, ni tempat lain,keke

wak4jawa says:

Betul.setuju sgt! Wah..bleh teke x sgt? Gua tempurung? Great!!

azieazah says:

Salam, dindaku ESAL.
Sihat? Kerja kerja juga, kesihatan dan tanggungjawab lain tetap kena seimbangkan.

Betul, dalam pekerjaan kita, ada banyak input/info yang boleh dikongsi dengan orang lain. Pengalaman dan pengamatan kita, yang mengalami adakala jauh lebih baik dari orang yang belum mengalami. Perkongsian tu seronok.

Selamat meneruskan kerja.

Kak Azie pun teringin nak tempah ESAL untuk majlis anak nanti, insyaAllah.

Acaii Jawe says:

azieazah – salam kak zie :) terima kasih bebanyak kak zie ye atas peringatan :) itulah kekadang kesihatan sampai lupa nak jaga sebab terlampau bizi,huhu.PErkongsian tu memang seronok sebenarnya. Ia dapat memberi info kepada pihak yang mendengar dan boleh melegakan pihak yang menceritakan,hehe :) Nak tunggu majlis anak kak zie nanti,hehe

kasih says:

sib baik periuk masa kasih kawen aritu kecik jer…hik..hik..

yeah..sbnrnya kenduri tu sekadar utk hebahan dan tempat perjumpaan sanak saudara dan rakan2… tak perlu terlalu bermewah2.. sbb masih ada lagi kehidupan yg lebih penting selepas kahwin.. =)

nik says:

salam. benar. tapi hakikat semasa adalah sebaliknya. semua pasangan terutama pengantin wanita menginginkan ‘periuk yg besar’ utk mengishtiharkan hari besar mereka. tak salah. tp tujuan walimah utk berkat atau tunjuk hebat, eh?

ejal says:

salam kang..btl tu..aku setuju..lagi2 klu periuk masak utk kenduri kawen..mmg byk sgt keraknya..muahahaha…

Acaii Jawe says:

Ejal – Salam jal :) hehe, kalau besar keraknya lagilah susah pengantin nak sental kan jal,haha

Nik – Salam ni, betul tu. Mungkin rezeki mereka lebih untuk buat seperti itu. Cuma elakkan pembaziran dan betulkan niat adalah langkah terbaik yang mampu kita beri nasihat :) Thanks sudi singgah sini ye.

Masy says:

besar acaii, besarlah lemaknye. eh eh

lariiiiiiiiiii hahaha

Acaii Jawe says:

Xora – Thanks ixa singgah sini ye :) Hope sihat2 hendaknya. Sorry tak bagitau nak linkkan blog ixa,hehe

Kak Masy – wakakakakkakakaka, nak kena betullah akk ni.

Xora says:

Salam A.Acai..!!

Lamanya tak jengah blog abg :D kena gi satu-satu post ni nak tgk hasil kerja abg. all the best ye abang Acai!