Bismillahirrahmanirrahim



Malam tadi aku sempat mengikuti satu pengajian di masjid. Satu yang menarik perhatian aku ialah kehadiran sebuah keluarga yang terdiri dari ayah ibu serta 4 orang anak-anak mereka yang lain. Anak yang sulung aku rasa dalam lingkungan awal 20an dan paling kecil bersekolah rendah. Memang mereka dah bersedia bertelekung dari rumah macam nak pergi solat tarawikh di bulan puasa. Mereka nampak sangat mesra bergurau senda sementara menunggu azan berkumandang.

kerul-lisa2

Teaser wedding Rozani & Lisa, Temerloh


Ketika ramai manusia lalai dari agama, ayah dan ibu keluarga tersebut berjaya mendidik anak-anak mereka mencari kebaikan. Beruntungnya mereka. Kita sekarang sering menyalahkan persekitaran apabila nampak remaja yang berbuat maksiat atau rosak akhlaknya. Tetapi tanpa sedar ramai ibu bapa sekarang dari awal dah mendidik anak untuk mencintai hiburan secara keterlaluan semasa membesar. Ini termasuklah menggalakkan anak-anak menyukai mahupun terlibat dalam program realiti nyanyian atau tarian yang tidak berfaedah. Gembira dan bangga bila anak pandai bernyanyi dan menari.

Kalau begitu didikannya, lalu bagaimana nak membentuk anak yang soleh dan solehah bila dah besar kelak? Macam mana nak harapkan anak tersebut istiqamah dalam agama dalam persekitaran yang mencabar? Acuan semasa membesar sebenarnya mempengaruhi cara berfikir, bertindak dan akhlak remaja semasa membesar. Itulah juga yang dikatakan dalam hadis tentang kain putih yang dicorak oleh ibu bapa semasa kecil.

Jangan menilai aku yang berkata begini. Aku juga banyak melakukan banyak dosa dan kesilapan. Memang iman kita senipis kulit bawang, kadangkala naik dan turun. Itulah manusia. Tapi mari sama-sama cuba perbaiki diri kita. Allah itu maha pengampun dan maha pengasih. Selagi kita tidak syirik kepada Allah, ada peluang untuk kita bertaubat.


Wallahua’lam.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Thanks for Comments
din says:

tengok rancangan imam muda teringat ko ngn awe. kalo korg join musti leh masuk final. ko ngn awe pun dalam golongan “hensem, kurus (kurus mase ko muda la cai, hehe) pastu terer agama” :)

din says:

syukur Alhamdulillah.. seronok tengok ada keluarga cam tu cai. ke masjid satu keluarga. didikan dari makbp tu memang penting.

bila tengok ada makbapa yang hantar anak diaorg masuk bintang kecil menyanyi semua sedih rasanya. kenapa didikan cam tu yang diajar??

kidul says:

salam.. sering menarik perhatian saya.. sering singgah, setiap kali post msti ade tazkirah diselitkan.. best² :)
p/s: terima kasih penulis..

kak masy – salam kak :) samalah kita. saya lagi banyak :'(

kidul – salam kidul, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye :) salam kenalan dari saya.

Masy says:

saye pon byk dosa T______T ttsssskkkkkkk

Diya says:

“Rasa jeles je tengok imam muda tu. Dahlah hensem, KURUS pastu terer agama,hehehe.”

HAHAHA tergelak baca komen acai ni

Kadang2 bukan salah mak ayah jugak, anak tu sendiri dah terpengaruh dengan persekitaran, jadi bila mak ayah tegur, jadi liat nak dengar kata *refer pada diri sndiri

abi hurairah – waaa sopix dah tukar nama,hehe. betul tu, amin pix. semoga mereka semua berada dalam jalan yang betul.

Diya – Salam Diya, terima kasih ye singgah sini :) hehehe, itu namanya impian diya, manalah tau acai boleh kurus dan terer macam diaorang,hehehe :) aah, faktor persekitaran juga memang mempengaruhi :) Thanks for sharing diya.

abi hurairah says:

aku pun naik risau bagaiman (bakal) zuriat kita kelak untuk menhadapi zaman yang serba mencabar nih.. mohon tuhan beri petunjuk jalan..

mama saye kata, sepatutnya seorang ibu itu menangis bila anak tak dapat masuk program imam muda, dan bukannya menangis bile anak etrkeluar dari acara hiburan lain. saye juga serba kekurangan. perlu kekuatan untuk berubah ke arah kebaikan.

Reen – Salam reen, lamanya tak dengar khabar :) hope sihat2 je ye reen. Betul sangat tu reen. Rasa jeles je tengok imam muda tu. Dahlah hensem, kurus pastu terer agama,hehehe. Bayangkan kalau diaorang tu anak2 kita reen. Mesti tenang je kalau dah meninggal dunia nanti. Ya, kita mesti cuba ke arah yang lebih baik. Bukan membezakan sapa yang lebih baik.

SisHoney says:

Melentur buluh biar dari rebungnya kan cai :-)

Amyn says:

Terima kasih.xkisah lah banyak dosa ke ape,bende yg baik,utk kebaikan bersama,apa salahnye terima?xpaham ngn perangai sesetengah manusia ni.nak bg nasihat pun ada I.S.O.

Amyn – salam mun, aah betul tu :) mana yang baik jadikan ikutan dan yang tak baik jadikan sempadan. Mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. At least kita berusalah.

Sis honey – ya betul tu sis. Tertengok satu rancangan realiti kat TV ibu bapa menangis sebab terlalu suka persembahan anaknya atas pentas. Kalau abah acai sis dah kena parang agaknya,hahaha