Outdoor Fazly & Dr Juliana, Taman Melati

Bismillahirrahmanirrahim



Dalam beberapa hari ni aku terlibat dalam penggambaran video untuk anak-anak asnaf zakat yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dsb di sekitar Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Aku kagum dengan sesetengah mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dalam keadaan hidup yang serba kekurangan.

Maksud aku cemerlang tu diaorang score straight A’s dalam semua subjek termasuk sains tulen. Ada antara mereka yang terpaksa bekerja bagi menyara keluarga, keadaan ayah yang uzur dan ibu bekerja cleaner di sekolah. Keadaan rumah pula sangat kecil serta adik beradik yang ramai. Ada yang bergantung sepenuhnya kepada bantuan zakat sebagai punca rezeki. Apa lagi alasan kita ataupun pelajar-pelajar yang cukup segala-galanya tetapi masih tidak mampu mencapai keputusan sebaik mereka?

Kali ni aku nak update sesi outdoor pasangan Fazly dan Dr Juliana yang diadakan di Taman Melati. Kitorang outdoor kat sekitar Taman Melati tu je :)


ju47


ju46


ju48


ju50


ju49


ju51


ju54


ju52


ju53


ju55


ju56


ju57


Sebenarnya dah lama gak aku nak shoot kat tempat ni sebab pernah nampak gambar sahabat aku yang lain. Terima kasih kepada Khairul Hafiz aka Cot yang bawa aku ke sini dan membantu aku sepanjang majlis kat sini. Sekadar makluman, walaupun dia masih bujang tetapi dia pun dah tak available lagi ye, kekeke.

Tahniah sekali lagi kepada pasangan yang sweet ni. Semoga rumahtangga yang dibina ini memberikan ketenangan hati dan mendekatkan diri kepada Allah, amin. Oklah, aku memang sibuk minggu ni. Jumpa next entry ye :)




Nota kaki : Page Acaii Jawe Photography dah lepas angka 1,000 fans hampir 4 bulan wujud. Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat semua. Aku sangat hargainya!!

Info: Setiap kali musim persekolahan bermula, Lembaga Zakat Selangor membelanjakan hampir RM10 juta untuk membayar yuran sekolah anak-anak fakir miskin. Sila telefon 03-55227777 sekiranya korang jumpa fakir miskin yang tidak dibantu di Selangor.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Thanks for Comments

sukanya tengok baju pengantin ni!! naik sanngat dalam gambar, tambah lagi bila latar belakang hijau.. cantik sangat A.Acai!

Hehe.. nyong orak kenek lagi shoot mcm riko. takat 18-200mm kene la buang impian nak shoot ngan kakang. :) hehe.

yep. aperture tak constant. huhu.
thx share kang :)

taqo – hahahaha, boleh jelah kang :) kalau lens camtu kita main range2 yang sesuai ngan lens kita. Kena tumpukan kepada kekuatan lens tu berbanding kelemahannya :)

salam cai,

1=====>amboi.apsal sis rasa lama sangat tak masuk sini eh cai.hehehe.padahal baru seminggu kot.

2=====> owh begini hasilnya bila bergelumang dgn ayaq acaq ye cai (air longkang).masa kat fb si cot dah tag sis aksi cai~hehehe

3=====>sis nampak ada beberapa style baru dlm gambar2 cai.tahniah.u always make ur best sahabat.

taqo – hehe, thanks kang. Tapi riko pun kenek jikuk gambar macam ni gak :) ni guna 80-800. 18-200mm boleh je tapi tak constant aperture kan?

wak4jawe – hehehe, lama tak jumpa weh!!

sis honey – salam sis, terima kasih ye :) hahahaha, jgn cakap kuat2 sis sebab ada orang marah nanti sebab kena basuh seluar tu,kekekee. Acaikan masih belajar lagi sis :)

Hehe, tempat pon main peranan.
tapi penembak nye pon lagi penting kang.. hehe..

nk tny ni kang, kalau outdoor sy guna 18-200mm ok ke? :)

cot – Kekekekeke, aku saje je promote ko cot. Tapi kenalah bagitau sebab nanti ada orang ngurat ko ada orang marah akulah plak,ahahahhaha. Thanks cot sudi follow aku hari tu ye.

haaaa..
dah boleh..
kekekkekee…
cayalah sifoo…
kaler mmg superblah…
jeles aku weh..
kekekkeke

*caii, tolong delete komen no 3 tu..aku buat link dari page aku..xtaw nape kuar camtu..hehehtq caii..

acaiii~~

buat kunjungan lg…
slaloo je BW kt cni, tp jad silent readers jew….
pic2 kamoo mmg mantop~
superb dabombb~!!!

smpai dlm2 longkang kamoo amek gbr…
hehe~ nnt leh rase kamoo punyer hasil kan, tp mesti mahal sbb cik tie ni duk melaka…

cot – testing berjaya cot. Macam ne ntah ko pupnya komen boleh diaorang threat sebagai spam,hehe.

Cik tie – Salam cik Tie, terima kasih ye sudi tinggalkan jejak kat sini, hehehe :) Aah, longkang tu pun boleh jadi leading line sebenarnya,hehe. Err, esok saya shoot di Melaka. Kat Bemban :)

Salam kang. Uwahhh!!
geram nye tgk. sume menjadi la
gambar nye kang.. walahhh..
feberet pic 2 dengan 7 kang. hehe.

sila share ilmu pls. ngeee~ :P

taqo – Salam kang :) thanks bro. Alaaa aku main shoot je. Tempat tu yang cantiklah,hehe. Kalau aku guna FF body mesti lagi best gambar tu,kekeke

atan ahmad – Waaa member twitter ni,hehehe.:) Ni ada masuk taman yang macam naik bukit tu bro. Dekat ngan tapak pasar malam,hehehe.