Bismillahirrahmanirrahim


Dulu. Masa aku kecil, kampung aku baru je dibuka. Pokok kelapa sawit yang abah tanam pun masih muda. Peneroka yang sama-sama tebang hutan baru je berumahtangga. Jiran terdekat sayup-sayup je kelihatan. Jalan depan rumah aku masa tu hanya boleh lalu motorsikal dan basikal je. Jangankan jalan tar, tanah merah pun tak pernah jumpa.

Seberang jalan besar depan rumah aku hutan belantara. Tak sampai 500 meter. Tiap-tiap malam dengar macam-macam binatang berbunyi sebelum tido. Paling meriah bunyi monyet. Selalu kalau abah tak pergi kebun kelapa sawit, abah selalu ajak aku masuk hutan. Kadang-kadang tembak rusa dan cari ayam hutan. Kadang-kadang cari madu lebah. Kalau cari madu lebah aku jadi tukang pegang baldi. Bila abah dah asapkan sarang lebah sampai lebah tu pening, abah panjat pokok. Pastu potong sarang tu campak kat aku kat bawah.

ezan2

Teaser wedding di sawah padi.



Mesti ramai tak pernah makan daging ayam hutan kena tembak. Dulu abah ada senapang patah. Senapang patah ni peluru dia berterabur. Jadi selepas sembelih ayam dan dimasak kadangkala kat daging ayam tu ada lubang2 dan bintik2 hitam. Kadangkala memang tergigit serpihan puluru tu. Rasa belerang. Hebat tak? Dari kecik aku makan ayam kampung atau ayam hutan. Teringat kali pertama makan ayam ternak masa sekolah rendah. Aku tanya mak, kenapa daging ayam tu lembut sangat. Aku tak suka. Sebab daging ayam hutan dan ayam kampung biasanya memang liat.

Projek KLIA yang bermula awal tahun 90an benar-benar mengubah cara hidup orang kampung aku. Dalam masa singkat semuanya dah maju. Lebih 20 orang kampung aku jadi jutawan segera sebab tanah mereka dilanggar projek-projek besar. Rezeki. Banyak kawan aku terpaksa berpindah sebab tapak KLIA tu adalah kawasan petempatan mereka. Sapa pernah tahu dulu nama kawasan KLIA tu adalah ‘Sopek’. Nama tempat tu dah hilang dalam peta dengan adanya KLIA.

Kadangkala bila lalu kawasan luar bandar yang tenang, aku selalu teringat kenangan aku membesar. Aku rindu nak perah madu sendiri dengan tangan melekit. Aku rindu main ngan kura-kura liar yang selalu ada di kawasan rumah. Aku rindu mandi kat telaga depan rumah. Aku rindu bawak balik ayam hutan yang ada serpihan peluru dalam dagingnya. Tapi aku tahu semua tu takkan berulang lagi. Negara kita dah maju dan lebih baik dari semua segi. Semoga dalam kemajuan tu kita masih tidak lupakan asal usul kita. Wallahua’lam.




Nota kaki : Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W. Banyakkan selawat hari ni.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Thanks for Comments
ajey says:

weekend mana aku ada kat s.alam.. aku mesti kat kg punya.. ada job ke xde job ke mesti aku balik kg punya…

ajey – salam wak,hehe. orait. mengko angger enek nang kono aku ajak rikolah,hehe :)

sil says:

wahhh nyong orak reti tapak klia dulu ada tempat namenye sopek. ingatkan memang ladang kelapa sawit je. heehee.

paman dulu pernah cerita jalan dari dengkil nak ke putrajaya dulu lengang sangat. musang siap lalu-lalang. orang kalau nak baring golek2 siang hari pun x ape, sebab tak ada kenderaan lalu lalang kat situ. itu dululah. sekarang ni jangan la saja2 baring tgh jalan tu, cari nahasssss.

p/s : memang kita perlu bayar harga yang sangat besar utk kemajuan dan pembangunan. betul, asalkan jangan lupa asal-usul =)

sil – Salam sil, aah memang nama tu namanya sopek sebab dulu ramai diaorang sekolah kat bukit changgang,hehe :) kebanyakkan diaorang pindah tempat lain. Member ada yang pergi terengganu dan jumpa masa belajar kat utm. Dah kecek ganu dah duk lama kat sana,hehe. Sekarang banyak lori besar kat jalan klia – banting,huhu.

awe says:

Terbaik! Nostagia, klasik, teruskan karya AKU BUDAK KAMPUNG ni sensei…

TQ bagi aku folo ke sawah ari tu.

Awe – Salama we, terima kasih juga sebab jaga pembantu aku pada hari tersebut :) aku hargai sangat2. Lenkali kita belasah lagi banyak tempat lain,hehe

saye penah la makan ayam hutan! siap tgk lagi mak cabut bulu ayam hutan. dulu, arwah babah selalu ikut pakcik saye mencari ayam hutan :)

Reen – salam reen, waaa pernah makan ayam hutan :) lama dah rasanya tak jumpa ayam hutan ni. Nak cari kat manapun tak tahu dah,hehe.

wong jowo says:

kabare…..puas ht wei….shoot kt bendang..haha…thanx sal..ojo kelalen ngejeki aku meneng…huhu

saipi – hahah, thanks pi follow aku sampai jauh sana,hehe :) lenkali yok melu menang :)

ajey says:

ni shoot kat sawah bkan nak ajak aku kan…

ajey – salam wak, hahaha :) wak, masa ni aku ramai2 ngan kawan aku lah. Akupun terlupa nak helo2 ko. Aku agak mesti ko kat shah alam :) sekali tengok ko ngan atong ada kat kampung kata ejal,hehe. aku kat sawah sempadan ni :)

azieazah says:

Salam dindaku ESAL.
Bercakap dan bercerita tentang kampung halaman, kenangan masa kecil membesar dgn air perigi dan pelita minyak tanah.. memang tak akan abis.

Semoga kita sama2 menginsafi diri kita asal usul dan mensyukuri diri kita hari ini..

*Jutawan tu termasuk keluarga ESAL kah? hehehehe

Tak Baekkk Tau, Gelakkan Orang…!

Azieazah – Salam kak azie yang dihormati, aah kadangkala memang tak dapat lari dari ingat kenangan membesar kan kak zie :) Hish, takdelah. Kitorang tak dapat jadi jutaan tu kak,hehe. Moga akk sihat2 hendaknya ye.