Bismillahirrahmanirrahim


Baru-baru ni aku berjumpa dengan seorang teman yang baru bernikah. “Aku menyesal” katanya dengan wajah serius. “Setelah bernikah baru aku tahu, nikmat berkahwin tu cuma 10% je”. Aku dah fikir macam2. Baru beberapa minggu nikah dah timbul masalah besar. Rasanya dia nampak gembira dengan pasangan dia. “Jadi yang 90% lagi camne?” aku saja tanya. “Lagi 90% tu rupanya lagi nikmat!! haha” sambil ketawa dapat kenakan aku. “Abistu nape menyesal tadi?” tanya aku lagi. “Aku menyesal kerana tidak nikah dengan dia awal-awal lagi, hahaha”.

sarahteaser2

Teaser wedding Dr Sarah & Thaariq


ًWalaupun ia hanya gurauan tapi ada kebenaran dalam kata-katanya. Allah menjadikan manusia ni berpasang-pasang. Itu lumrahnya. Setiap perkara yang Allah jadikan terkandung rahsia dan hikmah yang amat luar biasa termasuklah urusan berumahtangga ni. Kegembiraan dan nikmat itu bukanlah sesuatu yang pasti ada tanpa perlu berusaha mendapatkannya. Dalam masa sama meminta Allah memandu hidup percintaan kita dan pasangan supaya menjadi lebih baik.

Semua manusia tidak pernah lepas dari membuat kesilapan dan kesalahan dalam hidup. Kita bukan malaikat. Kadangkala kita jumpa seorang yang baik tetapi ada kekurangan. Lalu bisikan syaitan menyuruh kita canangkan kekurangan dia kepada semua orang tanpa sedar dia juga manusia. Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia tetap manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya. Itulah yang perlu kita sematkan dalam hati tentang orang lain terutamanya pasangan kita. Wallahua’lam.



Nota kaki : Tunggu full entry majlis sahabat baik saya ni next week :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Thanks for Comments
one says:

can’t wait..tahniah utk mempelai dan fotografer (:

one – hehe, baru je update ni wak :)

siti says:

cot,nak kawen jgn luper ajak kami yer..hehehee

sinar – salam awak, terima kasih :) Oooo ni mesti kenal sarah juga ni,hehe. Insyaallah dalam minggu ni akan up entry tersebut ye :) Takpe, boleh je nak tinggalkan komen bila2 masa je. Saya hargainya.
Siti – Salam ti, hehehe. Haaaaa itu dia kata2 pengantin yang agak baru,hehehe. Insyaallah nanti kalau tiba masa cot tu dia mesti jemput sekali,hehe

siti says:

salam acai…hidup kawen memang nikmat n senang dari hidup bujang…entri memang kene dengan lagu…taylor swift lagi..:)

sinar says:

Dah lama dah jadi silent reader and viewer. Suka hasil seni di sini.

Biasanya kat blog photographer ni lebih gemar memerhati seni dari mendrop komen tapi sebab kak sarah punya cerita jadi teruja.

sabar menanti next post.. (^_^) please update

salam maju jaya :)

ps: atau mungkinkah ini rentetan ‘terdrop’ komen untuk post2 seterusnya. Terkantoi pula tgk wedding’s photos.

din says:

Salam acai – waa… dia punye kebahagiannan pasangan kat atas tu sampai aku terasa cai bila tengok gambar ni. hehee..

apa yang member ko kate tu mmg terkena betullah.. aku pun menyesal cai.. ish3 mak!! :’)

sanchai says:

nk komen jugak..sbb my husband ckp mende yg sama masa lps kawin ritu … :)

sanchai – Salam dong, waaa was suie orak weroh? Mugo waras2 karo lanang e yo dong :)
din – Salam din, hehehe, macam2lah ko din :) nanti kalau ko mesti kena sampai gak tau din rasa tu,hehehe :)

cai, camne pulak andainya di takdirkan Allah jodoh mereka tidak panjang..walau telah usaha sepenuh hati dan telah berusaha sebaik mungkin menerima kelebihan dan kekurangan pasangan..

Bila hati sudah tiada wujud lagi kebahagian, adakah patut duduk dan tunggu sampai bila2..

sahabat saya pernah mengalami kegagalan dalam perkahwinan pertamanya tapi dia bahagia sehingga kini dalam perkahwinan yang kedua. alhamdulilah..

Ape yang murni percaya ialah, perancangan Allah adalah yang terbaik..

pe komen acai dalam hal ni..?

Murni – Salam murni, terima kasih sudi singgah dan berikan komen ye :) Ooo, kalau tentang tu memang tidak dapat dinafikan. Adakalanya selepas mencuba dan berusaha, pilihan yang terbaik adalah jalan tersebut. Ia mungkin lebih baik untuk kedua2 pihak seperti sahabat awak tu. Sayapun ada beberapa sahabat yang begitu.

Saya bercerita ni dari konteks pengantin baru :) maksudnya kena terima segala kekurangan dan kelebihan dia dan byk bertolak ansur. Sebab masih dalam perasaan cinta dan kadangkala dijejaskan oleh kekurangan pasangan. Perancangan Allah memang yang terbaik.

acaii, nampaknyer akan ada photoshoot yg lain la antara kite berdua…eih, kite bertiga la, lupa plak azreem. ekekeke… itu la kecik sgt dunia nie… die x pakai spec, so takut salah org. thx acaii atas ucapan takziah… [ok, tetiba sedih]. bye!

Reen – Kekekeke, marah kang reem takde dia,hahaha. Itulah, ramai cakap sarah nampak lain bila tak pakai spek,hehe :) Insyaallah, kena byk sedekahkan pahala kepada arwah reen. Sebab doa seorang anak kepada kedua ibu bapanya antara pahala yang takkan putus sampai bila2.

sinar says:

(^_^) suka entri ni…
Menyesal dan nikmat… Bilalah giliran saya..

Kak sarah nampak anggun :)nice pic!
Tak sabar nak tgu next entri.

ps: sorry ter’drop’ comment :).

sinar – salam, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye :) Insyaallah kalau sampai masanya sampailah giliran tu,hehe. Tunggu next entry eh :)

acaii, dah copy and paste letak dlm blog. okey bye!

Reen – Salam Reen, hehehe. alaaa reen masa tu tak ujanlah :P Terima kasih reen post kat blog. Reen, Dr Sarah ni lah yang rawat arwah ayah awak masa kat Hospital Temerloh sebelum ni. Keciknya dunia.

acaii, nanges! kami xde pose camtu pun ari tu :(

kasih says:

nice entry… cayalah acai!!
kasih pun da sengih2 baca entry ni..

yeah.. alam berumahtangga sebenarnya SANGAT2 MANIES kalau kita menerima pasangan seadanya..
takde org yg sempurna..
sebelum kita nak cakap pasal kekurangan pasangan kita, baik kita tgk apa kekurangan kita..

haha!! kasih pun rasa mcm rugi kawen lambat.. ;P
pernah kasih n hubby kata sesama sendiri, kalaulah kita jumpa dan bercinta dari dulu lagi..
tapi semuanya ada hikmah di sebaliknya,kan? Hanya Allah yg tahu.. =)

kepada yg belum kawen, nak kawen..
betulkan niat nak berkahwin tu..
semuanya kerana Allah..
insya-Allah bahagia hingga ke syurga.. Aminn…. =)

Kasih – Salama awk, ececeh awak ni. Taulah suka dah kahwin,hihihi. Insyaallah, kalau sama2 berusaha ke arah tu kita boleh mencapainya. Yang penting kena usaha dan tawakkah kepada Allah. Betul gak tu kena betulkan niat sebelum berkahwin. Dan perbaiki diri dan kelemahan dari masa ke semasa.

cot says:

mwahahahaha…
pandai² je korang..
kalau aku kawen nanti aku bgtau koranglah..
jangan risau ye…
kekekekeke

cot – kekeke, kena bagitau awal cot ye :) ko jangan sampai aku tak dapat datang,hehe.

taqo says:

salam kang.
nyong sokong dgn statement nih

–> ‘Manusia tetap manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya. Itulah yang perlu kita sematkan dalam hati tentang orang lain terutamanya pasangan kita.’

cukup terharu kang. nyong tunggu gambar untuk teaser nih iyo. :)

taqo – salam kang :) hehe, tunggu full entry majlis ni ye. Betul, kita semua memang manusia biasa. Tetapi malangnya ramai orang tak boleh terima tu.

awe says:

Naper cotss…
Dah terasa nikmat bila baca ayat Acaii tu…

Apa lagi Cots…kepok! Kepang! Kepuk! Kepang!..KEpang!KEpang!..Pang!..Pang!..hee..heee

awe – hahahahaha, cot dah terasa bahangnya tu awe,keke :) nanti kalau dia kahwin jom kita gi shoot sama2 kat ganu sana,hehe. Tapi aku dengar, bakalnya orang lembah klang :P

cot – hahahahaha, terasa ke cot? keke. alaa ko kan tak lama lagi gak,hehe :) chaiyok2!!

cot says:

woi3…
buat entry lain boleh tak…
cisss betullah…
kekekekekke