Bismillahirrahmanirrahim


Kita kembali lagi dalam ruangan tips. Ruangan tips kat blog ni aku buat untuk sama-sama berkongsi serba sedikit pengalaman aku sebagai seorang photographer dan pernah jadi customer dulu. Kali ni aku nak cerita tentang perkara yang sepatutnya dilakukan oleh bakal pengantin untuk bekerjasama dengan photographer kahwin yang telah dipilih oleh mereka.


Teaser wedding Dr Ramzdhan & Anyra, Keramat


Cam biasa aku buat style point supaya lebih senang faham.

  1. INFO MAJLIS : Satu perkara yang selalu terlepas pandang ialah menyangka photographer tahu segala-galanya tentang majlis kita. Kita sangka mereka tahu perjalanan majlis, tetamu yang bakal datang, kenal ahli keluarga dsb. Walaupun kebanyakkan majlis kahwin hampir sama, tetapi adalah baik kalau kita terangkan secara ringkas perjalanan majlis kita, kenalkan dengan ahli keluarga termasuk saudara mara serta orang2 penting dalam majlis. Setiap majlis juga kadangkala mempunyai tradisi berbeza yang mungkin perlu penjelasan dari pengantin. Ia penting supaya mereka dapat rancang kedudukan dan timing mereka dalam majlis tersebut.
  2. PERSEDIAAN PENGANTIN : Persediaan pengantin merupakan perkara yang paling penting. Maksudnya persediaan fizikal dan mental untuk menghadapi hari berbahagia mereka. Ada pengantin yang berhempas pulas siapkan majlis sampai muka mereka nampak letih semasa majlis persandingan. Mata mereka sembab dan merah sebab kekurangan tidur. Tenaga mereka juga tidak banyak ketika menghadapi hari yang penting tersebut. Bila badan dah letih sangat, mukapun dah tak ceria. Lebih-lebih lagi bila sesi outdoor pada sebelah petang. Secara tidak langsung ia menjejaskan gambar yang bakal diambil oleh photographer.
  3. PERSONALITI PENGANTIN : Satu perkara yang perlu diingat, photographer juga adalah seorang manusia biasa. Kalau mereka bekerja dengan ceria dan seronok dalam majlis kita mungkin idea mereka lebih banyak dan lebih kreatif. Jadi kalau pengantin masam dan garang je, tanya sepatah jawab sepatah. Mood mereka nak bekerja pun boleh terjejas. Bagaimana kalau bos tempat kita bekerja layan kita macam kuli dan tak hormat kita dengan alasan mereka bayar gaji kita? :)
  4. KERJASAMA : Ada photographer mempunyai style dan cara mereka tersendiri untuk mendapatkan hasil gambar yang baik untuk kita. Sekiranya ia tidak keterlaluan, berilah kerjasama yang baik kepada mereka. Sekiranya kita tidak selesa bagitau terus kepada mereka supaya mereka faham. Photographer yang bagus biasanya dapat sesuaikan cara pose pengantin berdasarkan karektor mereka. Cuba berbincang dengan photographer tentang ni sekiranya ada perkara yang tidak boleh dan tidak selesa untuk dibuat sepanjang majlis.
  5. LAIN-LAIN : Antara perkara lain yang nampak macam tak penting adalah seperti mempelawa photographer makan, hehe. Bukan apa, ada photographer yang jalankan tugas seawal 9 pagi. Jadi ada yang tidak sempat bersarapan pagi. Pastu mereka bertugas sampailah lewat petang tak sempat nak makan tengahari. Kalau photographer tu diet takpelah, tapi kalau jenis yang banyak makan mesti dia kelaparan sangat, haha. At least jemputlah sebab ramai sahabat-sahabat photographer yang aku kenal jenis malu-malu nak makan kalau tak dijemput. Lagipun kitorang dijemput untuk buat kerja bukan sebagai tetamu:)



Sebenarnya memang banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian, tapi cukuplah perkara penting tersebut buat masa ni. Bagi aku yang lebih penting, pengantin mesti cukup tenaga, tenang, selesa dan perlu menikmati hari berbahagia mereka dengan sepenuhnya. Selain itu, kena belajar kawal emosi, confident dengan diri sendiri dan sentiasa tersenyum sepanjang majlis.

Banyak mata-mata yang melihat kita sepanjang majlis berlangsung (macam tak biasa plak pergi majlis kahwin). Kalau kita bermasam muka disebabkan masalah kecil dalam majlis, ia boleh dilihat oleh semua orang. Jangan sampai orang cakap kita kena paksa kahwin plak:) Untuk akhirnya, enjoy your big day!!



Nota kaki : Entry ini ditulis pada September 2010.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

acai, nie saye jemput sesiap makan kat majlis nanti :p
ekekeke nanti kami banje teh tarik plaks :)

enchik peshang says:

haha..aku mude lg kot..cewahhh..
orait2..

enchik peshang – oooo, ingat riko kang,hehehe..:) good luck bro!!

enchik peshang says:

wslm.. kakak nyong.. haha (x reti nk speking sgt2)

enchik peshang – salam bro :) terima kasih. sopo sih arek mantu 10/10 kie?hehe

Mohd Fadzly – Salam bro,hehe..Insyaallah bro jumpa minggu ni,hehe..:)

Mohd Fadzly says:

Wah cantik aku nak kene hafal tip-tip ini untuk 10/10/10 ni…kalau lupa ko tolong ingatkan aku…
aku tak sabaor nak ikut ko shooting(tembak) wedding.

enchik peshang says:

salam..tq 4 info..sgt2 berguna.. almaklumlah arek mantu 10.10 ni.. hehe..

Nurul/Fariz – Salam bro..:) terima kasih masih sudi singgah sini. Patutlah lama tak nampak,hehe..:) selamat hari raya juga bro ye. Maaf zahir dan batin.

taqo – salam, hehe..terima kasih ye..:)

Sil – salam sil, hahahhaha, tip nya tah apa2 nak buat buku, kena gelak jela nanti,hehe

sil says:

acaii bole dah publish buku pasal tips-tips ni. nanti jual mesti laku ribu-ribu :)

taqo says:

Salam kang acai.
hehe. sume point sangat la
betul. semua main peranan.

yg tang LAIN2 tu paling best. :P

Nurul/Fariz says:

Assalamualaikum,lama tak singgah laman acaii ni.Apa citer sekarang,camnapun selamat hari raya ye.Apa yang di ngomelkan kat atas tu,memang betul pun apa yang di ceritakan oleh acaii tuu,sokong 100%.

suria – salam suria..:) itulah, memang penat sangatkan. Sebenarnya photographerpun penat sangat gak tau, tapi sebabd ah jadi tanggungjawab memang kena tahan skitlah. Malam tu kekadang pengsan,hehe..:) alaaa, mula2 memanglah malu wak,hehehe..

Mr Fathi – Salam bro..:) alaa, mula2 belajar memanglah camtu. Nanti lama2 mesti terer,amin.

Mr Fathi says:

pasal bekerjasama dgn OP tu,pernah gak tapi sekadar suka2…pasal masih mentah lagi dlm dunia fotografi ni…setting kat A je…hehe

apa2 hal,hasil kerja kang acai memang cantik!!!keep it up yaww!!!

suria says:

salam lagi acai…ingat masa majlis kawin sy ri tu..memang penat gila.. muka plak kene senyum sepanjang hari..tp sy tabik spritt kat photographer sy cz sabar n banyak bagi tunjuk ajar n hasilnyer menang memuaskan hti… tp bab kene peluk n pegang2 suami ada sedikit malu n kekok.. he2…
~sebenarnye malu banyak~

jimi – salam jimi, kalau 4R memang standard 0.40 sen jimi. kat bangi je aku boleh dapat RM0.33,hehe. custom album ada banyak kedai, nanti kita borak lagi kat email,hehe..

Xora – Salam Ixa, orait terima kasih..:) memang di alu-alukan. Ixa, saya punya RSS dah tukar dari blog.faisalrahim.com kepada http://www.faisalrahim.com/blog tau. takut tak update plak nanti. thanks..:)

amyn – salam min :) hahaha, itulah. kekadang memang aku siap2 makan suapaya senang nak buat kerja pastu,hehe..:)

din – salam din, lamanya tak jumpa ko din,hehe..:) insyaallah aku akan ingat pesan ko din,hehe…:)

Xora says:

A. Acai, saya nak link kan post ni kat blog saya ya boleh? nanti bride to be yg lain boleh baca :)

jimi says:

custom n 4R la kot faisal.

kalu ade murah..bleh la nk pegi nanti..kot2 faisal ade kedai kawan2 ke..bleh tolong naikkan bisnes sesama kawan..

din says:

salam caii – waa.. tips yg sungguh berguna. bila da sampai je nanti ko kene makan dulu kenyang² cai. nak balik nt makan lagi sampai kenyang. jgn blik selagi xmkn tau. InsyaAllah ko akan dpt layanan terbaik. hehehee.. :)

amyn says:

terima kasih atas tips² tu chai.
bab lain lain tu memang aku sokong.segan nak makan kalo tak dijemput.sebab tu dah stenbai makanan alas perut sebelum gi shoot.

jimi – salam jimi, terima kasih..:) haha, baru ko tau penangan shoot wedding jimi,hehe. printing tu custom ke atau 4R yang biasa tu jimi?

jimi says:

salam faisal,

bagus info tu..aritu ade jugak la aku ikut kawan ambik gambar wedding..lapar sgt2..last2 aku keluar tinggalkn kwn aku, p beli mknan sendiri..hahaha..

faisal, nak tanya..ade tau kedai printing yg murah tak area KL?

Nanba – Salam nanba, aminnn atas doa ko nanba..:) terima kasih.

selamba – hehee..:) dari perasaan?

selamba says:

pertama kali baca tips dari perasaan…hehe.

Moga ko plak dimurahkan rezeki dgn ilmu2 yg ko share ni.

cot – hehe, thanks cot follow aku semalam..:) banyak pengalaman kita dapat semalam,hehe. tang topi memang confirm aku kena guna gak pasni,haha

cot says:

gud entry caii…
b’guna untuk bakal pengantin & photgrapher…

*topi ko b’guna jgak akhirnye…wakakakkaka

Nuryko – Hahahhahaha, lawak ah ko nury :) iyeaa, insyaallah ingat. Sebab kalau perasan, kekadang photographer ni di jemput jalankan tugas je, bukan untuk sertai majlis tersebut. Sepatutnya tak boleh makan sebelum dijemput :)

nuryko says:

ohohoho bagus ini tips. nnt mjlis aku ko jangan lupe makan tau. pas nikah ada minum2 ko jangan lupe minum ye. aku jemput siang2 neh. oohohohoh~

awe – salam awe..:) tunggu nanti aku taruk,hehe. silakan awe. sama2 kita kongsi mana yang baik..:)

awe says:

Mesti banyak lagi yg ‘wow’ punya gambar lepas ni. Aku nak kongsi entry ni kat blog aku la sensei. Jsut bagi info sesama kita…he.hee..

Fathiyyah – Salam thia, waaaaa takde papelah thia. Sepanjang majlis thia semuanya berjalan lancar dan ok je,hehe. Sayapun enjoy majlis tersebut tau :) Thia balik minggu depan? bila nak jumpa lagi? hehe. Ada lagi gambar dan album nak bagi ni,hehe. Pape email bagitau ye. Thanks thia.

fathiyyah says:

Salam Bro

Pertamanya nak minta maaf,bro. Kalau2 hari tu sewaktu bro berkhidmat utk majlis kami, ada apa2 kekurangan, terkasar bahasa, termasam muka, tak sporting atau ceria atau apa-apa lah.

Tak minta maaf lagi pada bro lepas kenduri kedua2 belah hari tu. Apa pun, kami dari kedua2 belah keluarga sangat2 hepi dan berpuas hati :)

Minta maaf sangat2 bro. Tak ada tersinggung atau terasa apa2 ya