Wedding Nana & Halim, Kapar

Bismillahirrahmanirrahim



Weekend lepas ni aku balik kampung. Rasa dah lama sangat tak balik ke kampung padahal dekat je, huhu. Dapatlah tengok kebun yang sekarang ni tengah tanam jagung dan pisang tanduk sementara menunggu tanam anak pokok kelapa sawit. Rindu plak nak kerja bercucuk tanam ni. Kepuasan rasa hasil tanaman sendiri memang tak dapat digambarkan dengan kata2, ceewahh.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Nana & Halim yang diadakan di Kapar, Klang. Nana ni sebenarnya ofismate aku. Pasangan ni memang ceria habis lah. Memang seronok bekerjasama dengan diaorang ni. Beberapa bulan sebelum majlis nikah ni Halim terlibat dalam kemalangan jalan raya. Memang agak teruk sampai Halim terpaksa gunakan tongkat. Semasa majlis nikah ni dia masih belum sembuh sepenuhnya. Jadi majlis nikah terpaksa diadakan di atas kerusi.

Layan sikit gambar majlis diaorang ni yang diadakan di Masjid As-Syarif, Pekan Meru.


Aku cover majlis diaorang ni dari nikah, malam berinai sampailah majlis persandingan. Sebenarnya kalau pengantin ceria dan bersemangat ia dapat memberi aura positif kepada orang di sekeliling. Tetamu yang hadirpun dapat merasai kegembiraan pasangan pengantin tu. Sepanjang masa asyik tergelak je. Aku tengok nana tergelak pun boleh ketawa walaupun tak tahu apa yang digelakkannya, haha.


Masa nak keluar outdoor tu aku sempat amik gambar kat dinding bilik nana tu. Cantik betul dinding warna purple tu :) Walaupun banyak barang kat situ aku gagahkan juga ketepikan semuanya, haha. Banyak gak pose gila-gila diaorang kat sini tapi ada yang tak boleh taruk sini, hehe. Pastu kitorang pun outdoor kat taman apa tah sebelah KFC kat Tesco Meru tu.

Aku sekarang ngah belajar main gradient guna warna-warna dalam photoshop. Jadi kebelakangan ni aku taruk gambar2 camtu kat sini. Tapi dalam album masih belum letak lagi, hehe. Sebenarnya nak minta komen korang pasal warna ni supaya aku boleh perbaiki lagi pada masa hadapan. Bukan apa, kekadang akupun sengal ubi gak bila dah penat depan komputer, haha


Untuk akhirnya, terima kasih kepada keluarga nana dan kedua pasangan pengantin yang ceria. Semoga hidup korang bahagia dan kekal hingga ke syurga Allah. Mohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan sepanjang bekerja dengan korang. Terima kasih juga kepada sahabat aku Khairul Hafiz yang join aku shoot pada hari persandingan. Bilalah giliran ko cot? hahahaha.


Nota kaki : Aku jadi amil kat kaunter Zakat Kajang lagi Ramadhan ni. Nanti datanglah kajang nak bayar zakat, boleh jumpa aku, kekeke.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

bibimie – hahahaha, ada ke mintak otograf..aah, yang kat kajang tu lah..:) depan BSN.

Mr Fathi – Salam, terima kasih kang..:) nak buat tutorial photoshop segan sebab ramai yang lagi terer,huhuh

cantiknya gambar.pandai brmain dgn warna…tak rugi pengantin hire kang acaii..TerbaiK!!!

kang acaii buatlah satu tutorial photoshop camne nk jadikan gambar cantik mcm kat atas ni…

asrar fiza – hahahaha..:)

halim – salam pengantin,hehe..:)waaa bestnya..terima kasih juga sebab jadi client yang ceria,hehe..senang nak buat kerja,hehe..:) baru aku perasan memang ada nama ko dalam friends list aku,hahahhaha..:) thanks lim..:) ececeh, pemalulah sangat ko lim,hahah

roy – salam roy, nanti saya reply ye. Insyaallah hari ni..saya ada seminar kat luar ni..

asrar fiza: kami pengantin yg paling “pemalu” sebenar nyer….espeacially pengantin lelaki…waka waka waka….;p

orang yg komen dalam blog ni…heheh

korang ni pengantin paling ‘kelakar’ penah saya jumpe sepanjang saya follow suami shoot, heheheh

acaii: tQ..aku mmg slalu follow blog ko sejak nana bgtau nk hire ko jd OP..dah lame add FB pun..kalo x silap ujung taun lepas..ko jek yg xprasan sbb ramai sgt member dlm friend list kot..haha.. xder slah silap pun..sume ok + enjoy..he..:)

asrar fiza: sape yg selamba betul?? pengantin ke?? haha..

ok.. no, cantekk ah, slalu bayar zakat dkt masjid teringin plak nak bayar dkt kaunter… huhuhu

sham – hahahaha..:) ayam golek tu kalau tengok bulan ramadhan mau terliur gila kan sham,hehe..boleh je nak gi kaunter zakat sembang2 ngan aku sham..:)

halim – Salam pengantin, hehee..:) terima kasih singgah sini lim..:) waaa, ko ada fb tak add akupun? hehehe..terima kasih atas kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung ye. mohon maaf kalau ada salah dan silap ye..:)

Kerul Shukor – Salam kerul, hahaha..aku rasa ko punya editing lagilah lawo kerul,huhu..lagilah ngan skill amik gambar dah taraf sifu,huhu..

acaii: cantik pic..gambar yg last mmg best..mintak izin nk amik wat profile pic kat FB..hehe..
terima kasih byk sbb bekerja keras ajar kteorg beraksi dpan camera..hahaha..

cot: trime kasih juga kpd 2nd photog..hehe..

aduh… mcm menarik jer ayam golek tu…. kalau pi kaunter zakat utk sembang2 boleh tak?

cot – hahahahaha, itulah pasal..aku kena masukkan gak sebab otai..thanks cot shoot..:) akupun rasa camtu gak cot..ada masanya sesuai dan ada masa tak sesuai..tu yang aku ngah belajar nak elakkan gambar flat..:)thanks cot follow aku hari tu..

wallaweii..
masuk jugak pic pkcik yashica tu…
gmbr ko spt bese la..
mantap..
psl gradient kaler tu bg aku ade gmbr yg sesuai..
ade gmbr yg x..
hehehe..

*hampeh ko caii…siap tulis name betul lagi..kekekkee…turn aku tggu lah..bile smpai masenye…wakakakakka

kui – waras alhamdulillah..:) hehe, tu sebelum diaorang terjun tasik,kekeke..

Min – waaaa ko pun tahu..itulah, memang otai sungguh orang yang pakai tu siap flash manual lagi tu,hehehe

selamba – hahahaha, memanglah camtu..:) kalau amik gambar makanan/produk/sport/korporat pun pusing2 memang camtu gak lebih kurang,hehehe..:) sebab clientnya lain2, kalau client sama memanglah bosan gila :) cubalah bagi cadangan yang lain, mana tau boleh diaplikasikan. Nak tau gak pendapat orang kreatif ni,hehe

aku sbnarnya dah bosan tgk gambar2 kawin ni..lebih2 lg outdoor..pattern sama je..
kt semaklah..kat pokoklah…then edit bg blur2 kt tepi2…emm. tkde yg lebih gempak lg ke….memang bosan!

bunkerangs – Waaaaaa kak rosmah..:) salam kak, terima kasih sudi singgah sini. Teruja betul bila akkpun dah start blogging balik,hehe :) thanks kak ye. Kat sini dah musim hujan kak ros, kat US sana entah musim apa sekarang, hehe.

Kak MAsy – banyak gila ayam golek masa tu kak..:) rugi tak datang,haha

salams faisal :) wahhhh…gambar seme lawa2 lah…ni macam dah boleh kasi tunjuk ajar kat akak eh..heheh! love, love the colours! i paling suka the outdoor shooting..sebab suka nah tengok gambar langit and the greenery :)