Bismillahirrahmanirrahim



Aku mohon maaf sebab tak dapat update full entry majlis lepas buat masa ni. Ada beberapa kerja-kerja lain yang terpaksa aku utamakan di kantor:) Ada beberapa sahabat pernah bertanya aku sebelum ni : Kenapa wedding photographer mahal ek? Ok kali ni aku nak jelaskan. Ini juga sebagai kesinambungan dari entry “Perlu ke wedding photographer ?” yang lepas.

Teaser Nana & Halim, Kapar



Sekali lagi benda ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku semata-mata. Ia mungkin berbeza bagi setiap photographer. Ia juga mungkin apply pada sesetengah photographer dan tidak pada yang lain :) jadi kenapa ye harga wedding photographer agak mahal?

  1. KOS TETAP : Perkara paling asas ialah kos untuk membeli peralatan kamera. Kalau photographer tu serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti. Walaupun ramai yang cakap “Alaa kamera tak penting, tapi orang belakang kamera lebih penting“, kenyataan tu sebenarnya sesuai kepada beginner atau hobbyist. Peralatan member photographer aku kebanyakkannya dalam lingkungan RM15,000 hingga RM50,000. Itu belum kos beli komputer high-end, back-up storage, drybox, beg, kos selenggara dan sebagainya.
  2. KOS MASA BEKERJA : Bagi aku ni merupakan perkara paling penting. Kalau majlis sanding hingga sesi outdoor ia meliputi 7-8 jam bekerja. Itu tak termasuk tambahan shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 8 jam). Kalau photographer part time biasanya mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing. Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit serta rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 2 atau 3 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja seperti biasa. Hujung minggu pula tak boleh buat editing sebab ada tugasan lain pula. Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga korang?
  3. KOS ALBUM : Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album, re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.
  4. KOS PROFESSIONAL: Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia sangat penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran editing, pengalaman PR dan lain-lain. Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang. Anda membayar untuk ‘skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau aku nyanyi lagu Siti Nurhaliza orang nak bayar RM5 pun susah, tapi kalau Siti nyanyi mungkin boleh bayar RM5000 padahal lagu yang sama, haha. Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki. Boleh tak kita cakap alaaa peralatan buat semua ni murah je napa nak cas mahal2? Sebab apa?


Kesimpulannya, ia bukan sekadar harga album. Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada kos sebenar wedding photography. Kerja photographer yang lebih sukar baru bermula selepas selesai sesuatu majlis. Bagi photographer full-time pula, mereka terpaksa bayar kos overhead seperti sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja, kenderaan, tax dan sebagainya. Dari mana mereka dapat duit untuk bayar semua tu? Aku harap dapat beri sedikit gambaran tentang kos yang terlibat oleh seorang photographer wedding ni. Wallahua’lam.


Nota kaki : Aku akan kembali dengan full entry majlis-majlis ni, stay tune!!

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments
Rudy Azwan says:

Setuju dengan artikel ni. Boleh bukak mata semua orang betapa ‘priceless’nya photographer ni.

Syihan says:

hahah..boleh bagi pelanggan saya baca..baru diorang tau

Hj Dee says:

lama sungguh tak singgah kat..sekali2 singgah melawat …suka baca artikel kat atas.

norraien says:

i setuju ngan ur statement..
dorg mesti byk tnye nape mahal an..
tp mmg betol pe u ckp..
btw tq visited ma blog..
rajen2 la singgah :)
kt fb pon jarang tego hihi

yonna says:

mahal dan kualiti berbaloi baloi, kenapa nak berkira kan?

ada certain kawan yonna, bab2 photographer mcm berkira nak keluarkan duit. last2 amek yang wedding pakej punya photographer. bila album dah siap, dia rasa nak buang album tu dalam tong sampah! sumpah buruk gila T_________T aih…

andaq – salam bro, terima kasih singgah sini..:) silakan bro nak copy paste..

shasha – hahaaha, siotlah ko paiz..:) ada masa kita jumpa nanti bro..

shasha says:

acai tumpang copy n paste tau..kikiki mana mcd nya?

andaq says:

salam bro. setuju dgn statement nie. mungkin aku bleh copy n paste statement atas ni untuk entry di blog aku nnt.. :)
btw gudluck alwys n all d best! :)

adila – salam adila, waaa terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen..:)alaa kalau ada apa2 pertanyaan boleh je jawab..mana yang saya tahu saya cuba jawab. Cuma kekadang memang bizi skitlah :) salam kenalan ye.

fairuz ismal- waaaa sifoo singgah sini..:) thanks bro..ko lagilah crucial sebab dah fulltime sekarang..all the best bro!!

Feyee / Sis nurul – salam bang :) terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen, sangat2 hargainya..:) betul tu benda2 camnilah kita nak didik customer,hehe..itulah pasal Fx body tu, kitapun tka mampu,hahaha

hesrey – salam hasrey, terima kasih atas pandangan dan komen bro..:) aku sangat suka!! hehe..sebab memang betulpun..:) moga kita sama2 dapat didik diaorang semua dan sedarkan nilai yang berbaloi untuk kerja kita ni..:)

kui – salam kui, waaaa lama tak dengar khabar..masing2 bizi sekarang,huhu..memang ‘bengkek’ lah kalau setiap minggu amik gambar,hehehe..:) moga sihat2 je ye kui..:)

Hanizan & Nurul Izza – waaaaaaa bestnya, mestilah ingat korang..:) bertuah betul korang dapat baby kembar,hehe..alhamdulillah..:) gambar semua ada lagi. nurul masih mengajar kat sarawak ke? ada masa nanti kita jumpa, bleh borak2 panjang,hehe..

peveyhack photography – thanks sifuu sudi baca dan tinggal komen kat sini,hehe..ko lah yang banyak ajar aku sebelum ni..:)

Diya – hahahahhaa, nak kena betul diya..tu maksudnya memang mustahil lah acai nak nyanyi,kekekek..acai boleh nyanyi dengan bayaran yang setimpal atau sama ngan siti je,hahahah

well said acai… explanation yg bagus, simple n precise

adila says:

salam, selalu gak masuk sini.. tapi skarang je baru berkesempatan nak komen… saya suka tengok gambar2 kat sini.. cantik.. harap sangat dapat belajar dari acai.. tapi jauh le plak.. keep up the good work.. acainya kerja selalu beri inspirasi utk saya.. caiyok..

hesrey says:

Salam acai`~

Setuju sgt dgn statement anda!`~

Yg paling best, kos professional tuh, mmg sgt susah untuk d terangkan pada customer. Balik2 mesti ckp, kenapa si polan tuh caj rm700 jek tuk custom album siap dpt beg bagai laie… Terkelu lidah den nak menjwbnyer, takpelah kak, akak p lah sane sbb lebih murahkan, sy xdpt bg harge gitu. Huhuhu, ape leh buat pada akak ni? Lu pikir la sendiri, haha`~

Salam,Sokong Acaii.100 %.Client bukan nyer tau kita buat kerja gambar ni,yang dorang tau wa canteklaa?harap segala nyer ni dapat di manafaatkan.ps…Tapi halim & nana kat pic tu bakal ada fullframe tu hehe..

Hanizan & Nurul Izza says:

salam.. kabare wak..

suie orak ketemu..

acai : ingt aku lagi tak?? hanizan & nurul, majlis nikah kat ss 4 bdr baru bangi.. em… ada lagi ke brg saya yg blumm amik.. bape ye balance nyer…

satu lagi… tgk gambar ko skrg makin best la… rase mcm nak suruh wat lagi jer.. hehe… tq..

kui says:

percayalahhhhhhhhhh kasihku lama tersulam di ruang paling dalam, terlalu jauh tak terselam….

baling bunga *****

hehehehe…

aku sokong 100% wak acaii… penatnya sampai sakit2 peha 1 badan klu tak biasa eksersais (bagi aku yg setahun 2-3 kali amik gambo)..heheh.. tak masuk editing lagi kan… + kemahiran fotographer yg pelbagai…

Diya says:

haha takleh bayang acai nyanyi lagu siti =p

i like statement nih… apa yang acai tulis semua ada kebenaranya…

sham – hahahaaha, jangan haraplah aku nak nyanyi,kekek..

sis honey – salam sis..:) thanks sis ye..:) betul tu sis, kekadang benda ni memang perlukan sedikit pengalaman. Baru bleh nampak camne industri tu berjalan. Acaipun baru lagi ni, masih banyak benda tak tahu,heheh..:) sis, acai sokong beli 18-200 lah sis,hehe..all-rounder lens yang senang,hehe..tapi ada ke canon sis?hehe

SisHoney says:

salam cai,

perkongsian yg sgt2 bagus ni cai.bukan sekadar pada bakal-bakal pengantin tetapi juga pada beginner yg baru terjun dalam bidang ni.banyak kos yg diambil kira.sebab ada pengantin tanya kenapa harga dia boleh dapat rmXXX je sedangkan harga org ni sampai rmXXX…

cai,sis belum letgo la tamron tue.masih ada.sebelum mampu beli 10-20mm dan 70-200mm sis rasa mcm nak beli 18-200 sbb rasa range ni yg paling sesuai dgn sis.hahahahaha

sham says:

hahahaha…. aku tak dpt bayangkan kalau ko nyanyi lagu siti

Azizil Sedek – Salam zil, hahahah betul tu. Kita semua lebih kurang sama je mula dulu. Dari lepak2 kat bangi sampailah sekarang ni:) kopun lagilah bertambah mantap sekarang ni. Sekurang2nya bila ada entry2 antara tugas aku nak bagi maklumat dan membuka minda yang masih tak tahu dan kurang hargai tugas2 kita ni,ceewahhh..:) aku dah lama gila tak turun bangi tu,hehe..insyaallah ada masa kita jumpa nanti..

cot – salam cot, haha,thanks cot..kita jumpa malam ni..aku orange gak,hahahaha..

cot says:

salam caii..
insyaALLAH…
nnt aku share entry ko ni kt blog aku… :)

*nnt aku nak gmbr aku yg ko shoot ari2 k..bwk mlm ni time tgk bola pn ok jgk…haha

Azizil Sedek says:

Salam caii,
InsyaAllah… Ko antara sahabat-sahabat aku yg sama2 lalu perjalanan yg sama dr mule sampai skang ni. Semakin mantop! I loike! :)
Sama-sama tu yg penting. Bile x same jd lain. Heheh.
Ape pon usaha ni mmg aku harap2 memberi impak agar mereka memahami. Kite x pakse. Kan? Kan? :D

p/s: lame x jumpe ko

cot – salam cot, hahaha..thanks cot..:) aku harap ada orang dapat manfaat dari entry aku kali ni..:)

cot says:

satu lagi entry yang cukup bermakna…
ayat yg sgt mudah difahami..
nice caii… :)
moga orang dpt phm…

ax – salam bro, thanks..:) selamat jadi bapa mithali bro,hehe..

ax says:

good info bro.

Azizil Sedek – Salam my friend :) haha, ni salah satu usaha nak memberi kefahaman kepada orang ramai..thanks zil singgah sini..

Kak MAsy – hahahahahha, kalau akk saya cas RM500 cukuplah, saya nyanyi sampai orang baling kasut,hahaha

Masy says:

camtu akak upah acai nyanyi lagu siti nurhaliza kat kenduri akak la.. byr RM5. kompem. heheheh

Azizil Sedek says:

Simple dan mudah difahami…
Agar mereka memahami…
Terbaik!!!