Teaser Marena & Zul, Masjid Besi

Bismillahirrahmanirrahim



Masa aku kecik dulu abah ada bela kambing biri-biri dalam 300-400 ekor. Abah kongsi dengan beberapa kawannya di kampung. Pada awal pagi kambing tersebut akan dilepaskan untuk mencari makanan sendiri. Jadi sebelah petang aku akan ikut abah cari kambing biri-biri yang dilepaskan tu. Dengan kawasan yang luas di bawah kebun kelapa sawit ia bukanlah tugas yang mudah.

Teaser Marena & Zul, Putrajaya


Kambing biri-biri ni sebenarnya ada geng masing2 :) biasanya diaorang akan berpecah dalam 20-30 ekor satu kumpulan. Selepas solat asar, aku akan naik belakang motor abah ngan adik aku mencari kawanan kambing tersebut. Bila jumpa satu kawanan kambing biri-biri, abah akan turunkan aku atau adik aku untuk iring kambing tersebut balik kandang diaorang.

Walaupun kawasan tu jauh ke hutan belukar, hujung sungai ataupun kawasan yang tak pernah aku lalu abah tetap turunkan suruh halau kambing tu. Pastu abah tinggalkan aku sorang-sorang untuk cari kambing yang lain. Berbekal sebatang kayu aku akan halau kambing tu walaupun aku tak tahu lokasi kandang kambing langsung. Tapi memang menakjubkan sebab biasanya mereka memang tahu arah kandang tu walau jaraknya sangat jauh. Lebih 45 minit jalan kaki. Kagum aku.

Tujuan aku cerita ni cuma nak bagitau, kadangkala sebagai manusia kita sering lalai dalam urusan dunia. Berterusan melakukan dosa-dosa kecil mahupun dosa besar. Tapi sampai satu saat kita akan sedar bila hidup kita tiada arah tujuan, bila telah hampir kepada kematian, kita akan kembali jua kepada fitrah kebaikan. Sebelum terlambat dan tidak bererti lagi kekesalan itu, mohonlah keampunan dari Allah. Allah tu maha pengampun dan maha penyayang terhadap hambaNya. Wallahua’lam.


Nota kaki : Nantikan full entry majlis ni minggu depan.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

awe – salam awe, terima kasih sudi ikut aku aritu awe..memang tak puaslah amik gambar kat masjid tu aritu,hehe..kalau ada lagi nanti aku ajak..:) waaa, akupun ada lembu gak..tang hidupkan api tu memang sama lah..sian diaorang kena gigit nyamuk tapi tak boleh garu,hehe..

din – salam din, lamanya tak jumpa ko..hope sihat2 ye din..:) thanks din..semoga kita sama2 dapat pengajaran darinya,amin.

asuhara – salam, hahaha..memang kambing masyem..tapi biri2 kurang skit kot,hehe..thanks sudi singgah sini ye..:)

siti – salam siti, saya dah reply ye cik siti,hehe

amor_mie – hahahaha, macam2lah akk ni..:) kisah kambing :P

bibimie – salam kak, terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejak ye..:)

sishoney – salam sis, ooooo dah letgo..:) emm, tamron dia memang slow skitlah sis..lelagi yang ada motor..acai punye jenis yang takde motor ok skit rasanya,hehe..tapi kalau dah tak tahan tukar je sis kalau ada fulusnye,hehe..

lutpi – hahahah, thanks bro sifoo..:) terima kasih sudi singgah sini ustaz..:)

sham – hahahaha, aku belum mampu lagilah sham, tuggulah sikit masa lagi,ceewahhh..

fathiyyah – waaaa best tu thia..bolehlah kita amik gambar kat situ nanti,hehe..aritu tak dapat shoot sangat sebab takde masa,huhu

fahmi – betul sangat tu fahmi..terima kasih atas perkongsian ye bro..:)

snm – itulah falin, tak nampak falin plak aritu..:) ada hal ye falin?

Salam.
selain gmbr yg cantik², ko sertakan cerita2 yg best, tazkirah yg sgt bermakna cai. mmg ak suke sgt mai sini. terima kasih atas perkongsian ni cai. =D

Embeekkkk…..mesti dolu2 ko satu badan bau kambing..mcm aku kecik2 dolu bau hamis lembu…sebab hari2 kena nyalakan unggun api kat kandang lembu…untuk halau nyamuk dari gigit lembu ayah aku…satu kenangan yg ada makna tersirat…

Mmg tak puas ambik gambar hari tu kan sensei…x pe lain kali la pulak ya..

entri ni kalo masuk fesbuk, aku nak tandakan like sampai lapan belas kali! sangat menarik. tajam dan sangat memberikan kesan. tambahan pulak bonus bila gambar superb!! teruskan berkarya bro!

sis punya kit lens dah let go kat kawan cai.kalo sis nak jual tamron ni,sis kena cari kit lens lain la.yg canon punya.sbb tamron ni motor dia slow.itu yg buat sis macam dah xdak kesabaran nak guna :p.tapi ini semua masih dlm planning cai

cantiknya teaser ni! dh la falin xdpt pegi semua event belah k.marena :( belah husband dia br pegi insyaAllah ahad ni..

rumah org sana dekat dgn putrajaya. cm ada can je nk amik gamba kat sana eh bro?

:D

kak qaseh – salam kak, wah wah lamanya menghilang kak,hehe..:) hope melaka ok ye,hihi..:) hope akak sekeluargapun sihat2 hendaknya,amin

fathiyyah – yaaa masjid besi..dah pernah pergi ke thia? hehee

Sis Honey – Salam sis, acai guna lens 10-20 acai tu lah sis,hehe..:) hish abis tu yang mid range sis nak guna apa? sis punye kit lens ada lagi tak? kalau ada lagi bolehlah nak rasa,hehehe..style acai memang suka guna wide camni,hehe..:) thanks sis ye..

sham – hahahahha, kalau aku jumpa aku dah beli D3 tukar semua lens ngan kamera aku,heheh

sil – salam sil, betul tu. Benda tu naluri sbnrnya. Manusia juga ada naluri ke arah kebaikan tapi malangnya ramai yang mengabaikan kerana menurut nafsu. Moga kita sama2 dapat mohon keampunan dari Allah.

waduhh lama sungguh x datang sini….
harap Acai ngan fiza sihat selalu…:)

salam cai,

suka banget sis dgn photo teaser kat atas ni.guna lens apa ye cai..sis cdg nak beli wide la cai.then nak jual tamron sis tu.apa pendapat cai.

cai,
thanks ye sll ingat mengingati sesama kita.besar pahalanya.semoga dgn usaha sebegini jadikan cai bahagia bersama cik isteri…

kambing tu sangat bagus walau diorg takde akal. kenapalah manusia yang dikurniakan akal fikiran ni tak mau ikut aturan yang sebetulnya. kebun kelapa sawit tepi jalan nak g klia ke?

p/s : warna ungu dalam gambar tu biasan ke memang betul2? SubhanALLAH.

salam wak acai…best la..walau pun cite pasal kambing gambo ttp superb..hehehehe..best2..aku suka..ni kat masjid besi tu eh….rugi la x dapek ikut…