Bismillahirramanirrahim



Musim cuti sekolah dah kembali lagi. Masa zaman sekolah dulu, cuti sekolah ni memang ‘heaven‘ betul. Dalam kepala otak asyik nak main je. Kalaulah mak aku bagi memang dari pagi sampai maghrib nak keluar naik beskal dan main ngan kengkawan. Tapi terpaksa balik gak sebab lapar, haha. Bila dah kerja ni gembiranya lain pulak. Gembira sebab jalan raya lapang je bila pergi dan balik kerja, kekeke.

Kali ni aku nak upload majlis perkahwinan Lin & Solihin di Sabak Bernam. Lin ni merupakan adik kepada ex-client aku. Memang meriah betul majlis kat rumah dia ni. Lelagi adik beradik Lin ni ramai sampai 11 orang. Majlispun dijalankan secara bergotong royong (rewang) dengan penduduk kampung. Aku shoot dari majlis bernikah, berinai dan majlis persandingan. Tapi aku upload majlis sanding dan outdoor je kali ni sebab masih bizi ngan kerja-kerja ofis :P


Sehari sebelum majlis tu aku dah survey kawasan padi untuk buat outdoor. Memandangkan area Sungai Besar tengah musim menuai ketika itu aku cuba cari jerami padi yang gulung2 besar tu. Dalam kepala otak aku dah ada gambar yang aku nak tapi tak jumpa plak benda tu, huhu.

Jadi sesi outdoor kitorang buat dekat ngan rumah Lin pastu sambung kat pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO). Pertama kali aku sampai pantai tu :) Memang meriah gaklah pantai kat situ. Bolehlah nak jadi tempat cari jodoh sebab ramai pemuda dan pemudi lepak kat situ, hehe. Lin cakap kat sana terkenal mee banjir udang tapi aku tak sempat plak nak rasa. Lenkali kalau ke sana lagi aku mesti rasa.


Ni merupakan kali pertama aku shoot outdoor pengantin guna 2 persalinan. Selepas shoot guna baju pertama, kitorang balik semula ke rumah (mak andam dah tunggu) dan tukar persalinan lain. Kali ni kitorang pergi kat tengah2 pekan Sabak Bernam kat area menara tinjau dan tokong cina. Terasa macam amik gambar kat Negara China je masa shoot kat dalam tu.


Untuk akhirnya aku ucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada pasangan Lin & Solihin. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat. Terima kasih di atas layanan yang baik sepanjang berada di sana ye. Korang sekeluarga memang best lah :)



Nota kaki : Terima kasih atas email yang bertanya kekosongan ye. Untuk makluman lagi sekali aku dah tak available sepanjang cuti sekolah pertengahan tahun ni. Bermula April sampai Jun 2010.

Nota kaki 2: Aku ngah sesuaikan diri buat editing kat skrin besar iMac. Macbook aku 13″ je sebelum ni sekarang 24″ rasa kekok skit. Makin semangat aku siapkan album2 pasni, chaiyok2!!

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

zana – salam zana, hehe..simple tutorial susah nak terangkan sebab panjang step dia..:) nak reti nak jelaskan guna perkataan benda2 photoshop tu..

Zana says:

erk..wat simple tutorial x ley ke??hehehehe..

fairuz – salam sifuu fairuz..:) hahaha, apik opo ne kang? podo waelah karo gambar batir2 seng lain..alaaa kang, isinlah arek jikuk gambare wong terer kayo riko,hehe..thanks..

Zana – salam zana..:) err kaler cantik camne tu zana? emm, kat kamera tu lebih kurang gak sebenarnya..cuma kaler dia flat lah..buat camtu dalam editing kat photoshop..:) kalau ada kat depan sini memang boleh ajar teruslah..

fairuz says:

Gambar gambar rikoh memang sentiasa menjadi pujian di tepi bibir tanpa diulam dengan manisan gula yang tidak ikhlas…

memang lawa….dan insyaAllah terdetik nk hire bila masanya sampai nanti :)

Zana says:

Salam…
acai..nak dapat kaler2 gambar cantik cenggitu, set kat kamera gak eh???mcm contoh, gambar pengantin lelaki kiss wife die kat atas jambatan kayu tuh,kaler hijau daun bawah jambatan tuh memang naik..itu set kat kamera ker bergantung kat lens ke, editing ker???tq..

Vinil – thanks bro vinil..:) kumpul duit slow2 bro,hehe..nanti mesti boleh angkat satu gak,hehe

Firdaus – salam sifoo, terima kasih..alaa, gambar aku masih kategori biasa lah bro..kena asah mata lagi dan kemaskan lagi editing yang serabut tu,hehe..thanks sifoo..

Firdaus™ says:

Salam acai, terbaik lagi gambar kali ni, sentiasa yang terbaik! ;)aku nak komen apa pun dah taktau, rasa nak nanges tengok gambar pun ada…mabruk acai! ;)

ViniL says:

wuhoooo… best2… nice collection as usual…

Imac terbaek~~ wink3… ehehe bile la nak merasa… isk isk..(^_^)

kak azieazah – salam kak zie..:) selamat bercuti sekolah juga kak zie..:) cuti sekolah seminggu je kak zie..bolehlah,hehehe..aah, memang suka tengok diaorang ramai2 ni..bersemangat dan ceria semuanya..

Reen – Salam reen, kekekek..belilah Mac reen gerenti puas hati,hehehe..mac minipun murah gak apa…:P

kak azieazah – salam kak zie..:) selamat bercuti sekolah juga kak zie..:) cuti sekolah seminggu je kak zie..bolehlah,hehehe..aah, memang suka tengok diaorang ramai2 ni..bersemangat dan ceria semuanya..

Reen – Salam reen, kekekek..belilah Mac reen gerenti puas hati,hehehe..mac minipun murah gak apa..:P

din says:

Salam cai, gmbr2 ni ko edit gune iMac ko ke cai?? gmbr2 ko cm biase cai. mmg best..

yatt says:

memang cun yg amat gambo2 nih.. lagi2 yg kat tokong tuh..

h0ney says:

amboii² acai kate h0n gemokkk!! cettt!!

Reen says:

ishkkk2 sgt la jeles sbb dah ada Mac nie… ada tak rase2 cam nak cari model ke? saye charge murah je, 1 jam 2ribu :p bleh beli Mac jugakkkkkkk

Kak Azieazah says:

Salam dindaku ESAL..

Selamat cuti sekolah. Banyak job ek cuti sekolah ni?

Seronok tengok pic yang ada adik beradik dengan wajah ceria meraikan pengantin…

As usual, all the best to you, ESAL…

cot – hahahah, mestilah kenal cot sebab kita pernah shoot sesama,kekekke..:) alaa kaler abenda, aku masih bengong skit nak kawal kaler2 tu..nak try cara lain plak,hehe

cot says:

mcm knl je tmpt outdoor tu..
kekekkeke..
kaler ko mmg cun la caii..
jeles tgk wei…

Sis Honey – Salam sis, aah lah sis adik honey..:) dia ada dalam tu tapi dia dah gemuk sekarang,hahaha (sebab pregnant)..betul tu sis..kena ada masa nak sesuaikan diri..tapi mesti sis rasa perbezaan barang2 yang lebih mahal dari sblm ni kan,hehe..all the best sis!!

zool – salam bro zool..:) hehe, aah memang ada zool sorang lagi kat sini,hihi..emm, kalau boleh kena pilih warna yang match..tak semestinya sama warna zool..:) sebab dokhuatiri ia akn tenggelamkan lagi seri pengantin tu..sekarang ni trend warna hitam zool..:) ada hitam putih, hitam+pink, hitam+merah, hitam+biru..:) benda tu kalau buat time tengah musimnya memang tak nampak janggal,hehe..

Kat sini kena tambah ligakampung takut keliru.. huhuhuhu
sepupu aku kawin pakai baju kuning lepas tu pelamin pun kuning..
Rasa cam tak match je.. Apa cadangan ko warna terbaek untuk aku ?

p/s :- huhuhuhuhu. yoooo je .

SisHoney says:

salam caii,
adik honey ke cAI,muka sama je dgn kakak dia… :).mcm jepun/korea/cina je…hehehehe.

kadang2 bila kita guna barang2 yg biasa2 je.bila nak ke yg luar biasa sket mmg kekok kan.mcm blur2 je.mcm sis masih belum biasa sgt lagi dgn 40d even org dah xnak body tu.huhuhu

Awe – salam awe, hehe..biasalah tu awe, ada sesetengah tempat memang masih kekalkan cara camtu..:) kalau kuar outdoor ngan baju persalinan tu memang byk idea tapi kalau dalam rumah je tu yang kekadangk ekeringan idea,hehe..thanks awe..:)

honey – hehe, hon bukan pakaian jepunlah tu..pakaian korea tu..:) tapi nasib baik shoot kat tokong nampak kena skit..kalau kat sawah tak kena langsung,hehe

atong – haha, itulah pasal..:) akupun rasa gambar tu macam bukan kat mesia je,kekekek..ko ada job time ni, kalau tak memang aku ajak,huhu

Mr Fathi – Salam bro fathi, sawah padi dah takde time ni..sebab semua dah tuai,huhu

awe says:

Salam sensei, itu ok lah 2 baju je. Kalau sensei ambik gambar kat kampung aku sampai ada 4 persalinan. Jenuh menunggu salin baju…Itulah kerja2 fotografer kan sensei??

Apapun ko sentiasa kekal ngan original identity…kekalkan.

Mr Fathi says:

bagus2…igtkn shoot kat sawah…

atong says:

wah kacak caii.macam bukan kat malysia jer time pakai baju kimono tue.macam kat jepun.

h0ney says:

hehehhee… pakaian jepun!

Kak Masy – hahahaha, macam santa claus lah kak :P hope sihat2 kak ye..

Masy says:

hohohohhohoho itu je yg mampu akak katakan :)

ejal – salam jal..aah, lebih kuranglah,hehe..:) aku sorang2 je time tu shoot 2 hari..kalau ada ko kan gayah,hehe..

ejal@jai says:

salam wak acai…terbaikkkk la weh..aku tgk pun dah macam kat negara china jer..best woh..ni job masa cuti raya cina hr tu ker..rugi tak dapat folo…