Bismillahirramanirrahim



Kadangkala aku rasa sangat sedih bila baca perkara yang tidak elok di akhbar sekarang. Anak bunuh ayah, Ibu bawa teman lelaki tinggal bersama, anak gadis lari dengan teman lelaki dsb. Tapi itulah realiti yang berlaku sekarang. Semakin lama masyarakat kita semakin jauh dari agama. Sebenarnya memang mudah kita nak salahkan kekurangan penghayatan agama yang menjadi punca mereka jadi begitu.

Teaser majlis wedding weekend lepas di Sungai Buloh


Tetapi tanpa kita sedar kadangkala orang yang berilmu agama juga ada menyumbang kepada perkara sedemikian. Aku bukan berbicara tentang ulama’ ataupun guru-guru agama. Tetapi tentang orang yang punyai akhlak yang baik, mengamalkan dan faham tentang agama di kalangan kita tetapi mengambil sikap menjauhkan diri dari realiti masyarakat. Contohnya ustaz2 ataupun wanita bertudung labuh yang hanya berkawan di kalangan mereka sahaja dan agak skeptikal dengan orang lain.

Sampai bila-bila golongan ini takkan tahu bagaimana cara berfikir dan cara hidup orang jahil ini sebab mereka berada di dunia yang sama sekali berlainan. Sepanjang hidup mereka tak pernah ada kawan yang menghisap dadah, pencuri dan berbuat maksiat yang tiada sesiapa bagi jalan untuk mereka keluar. Mereka sentiasa merasakan diri lebih baik dan bimbang akan terpengaruh dengan keburukan sekiranya bergaul dengan orang seperti itu. Itulah sebenarnya masalah dalam menegakkan syiar Islam.

Sebab tu bila perkara yang menyalahi agama berlaku dalam masyarakat mereka lebih mudah menyalahkan pihak lain seperti umara’ (pemerintah) dan ulama’ yang dilihat tidak menjalankan tugas sedangkan mereka hanya duduk di tempat baik-baik dan dikelilingi orang baik2. Kalaupun mereka bercakap tentang agama yang mendengar kebanyakkannya adalah orang yang telah faham tentang agama dan dakwah tersebut tak pernah sampai kepada orang yang sepatutnya.

Kesimpulannya, aku suka melihat ‘orang agama‘ yang berkawan dengan orang ‘biasa’ yang lakukan dosa tetapi dengan niat mengubah mereka. Mereka menunjukkan akhlak yang baik dan keindahan Islam untuk dicontohi. Mereka lebih mudah didekati oleh orang yang kurang berilmu berbanding orang agama yang sering pandang rendah terhadap mereka. Kata-katanya lebih mudah diterima dan mudah untuk orang terus mendekati Islam. Itulah jihad yang lebih sukar iaitu untuk mengubah masyarakat jahil kembali mengenal Allah, Wallahua’lam.


Nota kaki : Nantikan full-entry majlis kat atas ni. Weekend ni aku ada 2 hari kat Ipoh shoot wedding. Jom ngeteh orang Ipoh :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

atirah – salam atirah, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen walaupun entry ni dah lama..:)

Sebenarnya apa yang awak tulis tu lah yang saya cuba sampaikan. Apa yang saya tulis tu realiti sebenar yang berlaku dikalangan kita. Alhamdulillah saya rapat dengan kedua2 golongan. Jadi saya tahu cara mereka berfikir.

Masalahnya ramai mereka memandang rendah orang2 seperti itu, dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka. Bukan sebab tidak mahu tegur sebab mereka baru mendalami agama, sudah tentu saya tahu bezakan perkara tersebut :)

Sekali lagi ini bukan teguran kepada ulama’ maupun ustaz ustazah yang mengajar agama di luar. Ini untuk orang yang saya jelaskan kat entry ni..:)

atirah syamimi says:

salam..
artikel nie ader yg saya setuju dan tidak..
maafkan saya kalau ader yang terasa..
bagi org yang menjadi Da’i dia mestilah seorang yg sangat kuat dan tabah. selain dari sentiasa “berkhalwat” dengan Allah untuk bercerita segalanya.. dia juga sangat memerlukan rakan seperjuangan..
bagi saya rakan seperjuangan ialah kawan yang membantu saya waktu saya tengah down.. memang betul Da’i2 tidak patut berkawan antara mereka jer.. mesti org akan pandang pelik… but then they also a human.. they need somebody to share something..
kawan seperjuang nie kawan yang yang sekapala dengan mereka… kawan yang boleh buat apa sahaja..
sesetengah kawan2 yang masih baru dalam mendalami agama.. memang kami boleh ‘enjoy’ dengan mereka.. but then as i’m said before this… mereka masih baru dalam mendalami agama.. mereka masih x taw pasal certain thing(hukum pergaulan. contohnya)… para Da’i x ken tegur terus.. ni akan menyebabkan org yang baru mendalmi agama akan tertekan @ stress.. sebab too rigid.. when we’re doing our dakwah we need to think all the thing we do.. our akhlak is the important one… they will look even a single thing on us..
jadi bila kita berkawan dengan mereka jangan biarkan kita ikut mereka tapi mereka ikut kita.. j
dan satu lagi… kawan seperjuang nie ialah kawan yang akan tegur kita kalau kita dah lalai… bila lalai.. bila dah jauh dari Dia…
apa2 pun kita berkawan kerana Allah..
maaf kalau ada yang tersilap

sha says:

lame btol x bukak blog kamu… :D
btw,sy suke entri yg neh…entri2 len pown ske jugak **bule ketawe sorg2 saye smpai kwn sebelah tgk smcm…haha**
tp entri ni mcm spesel sket…tenkiu cai..smoge trus sukses~~~ :D

sifoo ustaz lutpi – terima kasih sudi singgah sini ustaz..:) insyaallah, semoga kita sama2 berusaha ke arah tu..jazakallahu khair..

lutpi says:

acai.. aku setuju dengan penulisan ko. dan aku sedang berusaha utk membuat ke arah itu. sama2 kita doa semoga kita dapat berdakwah dan menjana saham sendiri. insya allah. keep it up bro! gambar cantik gilerr!!

Faiz Faiza – Salam awk,hehehe..:) takdelah..sy cakap tu secara general je..:) thanks bebanyak bagi rencah tambah tu,hehe..

budak kecik – salam saudara/i, terima kasih sudi singgah dan berikan komen ye..:)sbnrnya sy nak tergelakpun ada dengan komen saudara/i ni..bukan apa, kekadang betullah kata orang yang orang2 agama ni kebanyakkannya susah nak menerima teguran/pandangan..kalau bab mengata dan mengkritik orang memang boleh jadi juara tapi bila kena kritik cepat melenting,hehe..ini tak berkaitan lah..:)

Kalau tengok entry kat atas ni cuba bagitau ayat tang mana yang mengutuk diaorang dan kata diaorg eksen? entry ni hanyalah sekadar teguran kepada golongan tersebut..adakah betul mereka begitu? mungkin tidak kat tempat saudara/i, tapi kat tempat lain memang banyak..adakah mereka semua tidak boleh ditegur untuk betulkan perjuangan/pandangan sempit mereka tu? adakah kita hanya boleh tegur orang2 yang jahil sahaja?

Lalu bagaimana cara nak perbetulkan kesilapan dan nak membuat gerakkan dakwah mereka lebih mantap kalau mereka tak pernah tahu mana silap mereka?

Kata saudara/i “biaq p la kat depa”..saya takut kalau semua orang berfikiran camtu agama kita ni tidak akan berkembang sebab orang2 agama ni langsung tak boleh disentuh atau dikritik untuk dibetulkan kesalahannya..

Entry ni tak cerita tentang nak selesai masalah ummah kerana ia bertumpu kepada masalah orang2 agama tersebut..Ia juga merupakan masalah ummah? tidakkah saudara/i berasa begitu? Kalau nak cerita pasal semua benda tu kat tempat lain dah ada beratus2 maklumat dan cadangan boleh diperolehi..persoalannya adakah semua tu telah dilaksanakan?

Lagipun ini hanyalah blog amik gambar..:) kalau nak cerita seperti itu lebih lanjut mungkin kena buat blog lain,hehe..Entry spt ni hanya sekadar sampingan dan peringatan kepada semua. At least itulah sumbangan yang mampu sy lakukan di samping kerja saya amik gambar orang..Kalau nak perbincangan serius dan mendalam banyak medium blog lain yang jauh lebih baik dan berilmiah dari ini..

Mungkin saudara/i ada blog atau pandangan sendiri yang mampu cipta sejarah..idea yang lebih besar..:) sy teringin nak membaca atau mendengarnya..:) boleh kita sama2 berbincang..

budak kecik says:

salam kt abg2 n akk2 sume hehe sori mencelah kit..haha..lu orang sibok2 kutuk diorg eksen la xleh dakwah ngn baik lah..yang lu2 orang ni pe lak care nak selesai masalah umat ni beb..xkan tulis je kot..hehe,sori r beb wa bkn nak ckp lu org xbgos tapi kan lebih baik kita pakat2 cari jalan cmne nak selesaikan masalah ni..pasal wa dapat rase yg lu2 org ni ada ciri2 jiwa pemimpin yg prihatin ttg masalah umat..(pemimpin xleh mengutok hahaha)wa nk tanye lu org sume…lu org heran ke tgk gelagat2 org yang rase dah alim dan xnk cmpur dan memperbetolkan akhlak masyarakat ni?bese la beb..biaq p la kat depa hehehe..meh akk2 ngn abg2 skelian kita pakat same2 cari idea..mungkin idea2 besar kalian akn jd penggerak gegarkn tanah melayu n mnjadi sejarah revolusi akhlak kt mlysia..siapa tau?hehehe..meh kita cipta sejarah..sejarah yg lepas 2 biaq p dia lepas n kta jdkn pmbakar smgt n panduan..kenang2 salu pon xjadi pa hahahaha…salam..sori tumpang lalu..hehehe

Faiz Faiza says:

apabila baca semula apa yg sy tulis & apa yg acai respon mbuatkan saya rasa saya memandai2 di laman ni.(tak. bukan salah acai)

nop. niat saya cuma menulis sbg lauk tambah. utk melengkapn lagi sajian acai yg dh lengkap.

dakwah dgn tulisan & perbuatan, jom!

awe – terima kasih sesangat awe atas perkongsian yang sangat berharga ni..aku hargai sesangat..sangat membantu maksud yang ingin aku sampaikan tu..:)

one – salam awak, waa cayalah..jangan lupa send kat mail ye..mana yang sy boleh tolong sy akan bagitau nanti ye..thanks awak..

one says:

tu la pasal…cara fikir dan cara kerja..keyword dia.
cik fesal,saya ada 2-3 keping gambar kahwin,hajatnya nak bagi cik fesal analisis. kalau ada amsa boleh lah harap2nya..

awe says:

Aku suka entry ni. dan sedikit perkongsian agak panjang dari aku yang jahil ni. Teruskan dakwah Acaii w’pun dengan cara mengambil gambar. Maaf cai panjang sikit citer nya.

Pada zaman dahulu tinggal seorang alim.Pada suatu hari,si alim tadi telah didatangi oleh seorang pemuda.Si pemuda tadi berkata,’Wahai tuan,saya ialah seorang pemuda yg jahil.Saya tidak pernah bersolat.Saya tidak pernah berbuat kebaikan.Saya seorang yg jahat.Saya selalu buat maksiat.Saya selalu langgar perintah Allah.Saya selalu berjudi.Saya selalu minum arak.Tetapi,saya mahu berubah.Izinkan saya menjadi pengikut tuan.’

Si alim tadi berkata sambil tersenyum,’Baiklah.Aku tersangat berbesar hati jika kamu mahu berubah dan insaf.Aku akan bantu kau’.

‘Tetapi,sy ada satu masalah tuan’,balas pemuda tadi perlahan.’Saya tidak mampu meninggalkan ketagihan saya kepada arak.’

Orang alim itu berkata,’Oh,tidak mengapa wahai anak muda.Perkara ketagihan itu bukan masalah.Kesanggupan kamu untuk cuba berubah itu sudahpun merupakan satu rahmat yang besar.Mulai hari ini,kamu bawa semua barang milikmu ke pondok kecilku.Aku mahu kau tinggal bersama-samaku’.

Sejak hari itu,pemuda kaki minum tadi tinggal bersama-sama orang alim itu.Dia belajar agama dengan si alim tadi.Namun,dia masih juga tidak mampu melepaskan keinginannya yg kuat kepada arak itu.Lalu pada suatu hari,dia meminta kebenaran utk minum arak dengan org alim itu.

‘Wahai guru,aku sudah mencuba utk meninggalkan arak ini.Namun keinginanku membuak-buak menyebabkan aku tidak mampu menahan keiginanku ini.Izinkanlah aku untuk minum sebotol arak’,pinta pemuda itu dgn bersungguh-sungguh.

‘Tahukah kamu bahawa minum arak itu berdosa besar?’,tanya si alim itu dgn lembut.

‘Ya.aku tahu.Tapi aku benar-benar tidak mampu mengawal ketagihanku.Aku bimbang perkara yg lebih buruk akan berlaku jika aku tidak dapat minum’.

‘Baiklah,jika begitu kau boleh minum tetapi kau mestilah minum di dalam tandas tanpa pengetahuan orang lain’,jawab orang alim itu dengan meletakkan syarat.

Maka,si pemuda tadipun pergilah ke tandas untuk minum arak itu.Setiap kali keinginannya memuncak,dia akan minum di dalam tandas tanpa pengetahuan sesiapapun.Suatu hari,semasa dia sedang menikmati arak itu,tiba-tiba dia tersedar.Sudah kerap sungguh dia minum arak secara sembunyi di dalam tandas.Dia terfikir betapa hinanya dirinya itu.Dia sedang menikmati minuman yg hina di tempat yg hina!Dia rasa malu dan menyesal lalu dia mencampakkan botol arak itu tika itu juga.

Sejak dari itu,dia sudah tidak lagi minum arak.Dia benar-benar sudah insaf dan bertaubat.

Asy-syahid Imam Hasan Al-Banna ada membuat perumpamaan:”Jika diletakkan di hadapan kamu dua biji buah; sebiji yang manis dan sebiji lagi yang masam, maka bagaimanakah kamu dapat membezakan mana satukah yang manis dan mana satukah yang masam? Jawapannya sudah tentu dengan merasa kedua-dua biji buah tadi, barulah kita dapat membezakan bah mana yang manis dan buah manakah pula yang masam.”

Di antara kata-kata berbisa yang pernah diucapkan oleh Hasan Al-Banna ialah: “Kita akan memperoleh kemenangan dengan teknik yang paling canggih. Kemudian barulah dunia tahu tentang kita apa yang belum mereka ketahui.” Ternyata di sebalik kata-kata berbisa ini ada pengaruh besar yang dapat membangkitkan umat islam untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam seperti suat ketika dahulu. Namun mungkin kita terkejut dengan kata-kata beliau itu. Bagaimanan mungkin kita dapat menang dengan teknik yang tercanggih sedangkan kita tidak punya suatu senjata yang kuat. Russia yang terkenal sebagai sebuah negara komunis terkuat dan hebat dengan senjata-senjata nuklearnya pun boleh jatuh, apatah lagi kita yang tidak ada kekuatan seperti itu.

cikgupink – salam cikgu, waaaaa dah sarat ye? alhamdulillah, semoga semuanya selamat ye cikgu..bestnya pregnant anak pertama kembar..:) tahniah dari sy..takpe, yang tu bila2 masa boleh bagi time kita jumpa nanti,hehe..

imranulkhalis – hehehe..:) bizi skit..kalau sempat nanti update..:P

shakirah – salam shakirah :) lama tak nampak,hehe..dah balik kampung sekejap weekend lepas ni..:)

one – salam awk, tapi sbnrnya itulah silap mereka..tidak bercampur tu satu hal, tapi pandang rendahpun satu hal lain..:) apa guna belajar agama tinggi2 tapi takut untuk hadapi permasalahan masyarakat..kalau tak mampu nak ubah negara sekurang2nya kita boleh beri pengetahuan sedikit kepada orang2 yang jahil..:) kalau diizinkan Allah mereka boleh berubah..mungkin jauh lebih baik dari kita..

motif sangkut kat lampu sebab kat situ nampak lebih kreatif,hehe

kami nak gambar!! hahaha

cikgupink says:

amoiiii makin sibuk la acai..bilala cikgu nak amik gambar ckgu..hhehe hutang ngan acai lagi 100 ringgit ni…nanti i follow up erkk hehhe tgh sarat sangt la acai..husband lak sibuk keje..:)

one says:

salam..
cik fesal, dia orang tak bercampur sgt dgn grup2 tu bukan apa,takut2 nanti kan kena percikan hangit2 besi yg mampu membakar kain2 labuh mereka.iman ni kembang kempis sifatnya,biarlah mereka yg mantop2 buat dakwah..
( statement husnu zhon ok,hahahahha)
gambar entri bawah yg no 2 tu cantik cuma motif dia apa ya dong kasut disangkut di birai lampu tidor?

shakirah says:

salam Acai…Byk job eh skrg? Thniah… ade mase balik la kmpung… hehehe….

kak qaseh – salam kak..:) hehehe, nak kena betul akk ni..:) mestilah susah sebab kena jadi assistant sy,hahahaha..betul tu kak..:) berkawan biarlah dengan orang yang baik..supaya kita juga dapat jadi orang yang baik dan dpt ilmu dari mereka..:) cuma jangan bataskan pergaulan setakat itu je supaya pergaulan kita lebih luas dan dapat pula bantu orang yang kurang ilmu agama supaya dekat ngan ajaran Islam sbnr, insyaallah..:)

kak qaseh says:

kata orang…
berkawan dengan org yg baik….insyaAllah baik jadinya…

tapi bila org baik x nak kawan ngan org x baik…x nak bagi nasihat pada yg x baik…susah juga kan….

tapi kalau org nk bagi DSLR kena ikut jadi assistant pon susah jugak….kan kan…

Zizei – salam zei, ahahahah..siot jelah ko..:) ni kat area RRIM yang byk pokok getah..kalau dari tpt ko jalan menghala ke subang tu..:) hehe..

Zizei says:

bro aku nak komen pasal gambar ko buleh..?? jeng jeng jeng..
satu benda yg aku nak tanye sangat, apsal ko selalu dapat tempat outdoor yg best2 haha..?? sg buloh kat mane ade tempat ni, aku selalu pegi sg buloh tak jumpa pokok takde daun ni.. iskk jeles betul aku … wakakakka

faiz faiza – salam awak..:) terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen yang bagus ye..:) sayapun sangat setuju dengan apa yang awk katakan tu..tentang setiap kita adalah khalifah dan memang bertanggungjawab dan kewajipan bersama2 supaya membantu menegakkan dan mempertahankan agama Allah..benda tu memang tak dapat dinafikan lagi..sebab tu juga saya tujukan entry ni bukan untuk golongan ulama’ ataupun guru2 agama..

Cuma apa yang sy tulis di sini sbnrnya lebih kepada teguran kepada orang2 yang memang mempunyai pengetahuan agama yang baik, ada pendidikan agama yang formal, boleh berbahas dengan baik, boleh buat ijtihad dengan ilmu yang ada, boleh faham isi kandungan al-quran tetapi hanya melihat dan mengkritik orang yang jahil terhadap agama yang selalu buat dosa..tanpa melibatkan usaha secara langsung untuk tarik mereka..malah mereka mengelak untuk berkawan ataupun memahami org2 seperti itu untuk tujuan dakwah..

Golongan ini sendiri yang mewujudkan jurang antara mereka yang merasakan dirinya lebih baik dengan orang yang berbuat dosa tadi..padahal nikmat islam dan iman tu belum tentu kekal bersama mereka hingga akhir hayat..tetapi mereka dah sombong dengan org yang kurang ilmu tadi..bukanlah semua tapi memang ada orang yang ilmu agamanya baik tapi masih berfikiran tertutup camtu..

Bagi kita orang2 biasa ni, memang camtulah yang mampu kita buat..cam awak cakap kita sampaikan mana ilmu yang kita dapat..at least, kita ada usaha tunjukkan kelebihan dan kebaikan Islam kepada mereka..hanya dengan cara berhemah dan berakhlak yg biasanya dapat lembutkan hati manusia..bukan dengan mengutuk, mengeji dan mencerca mereka yang jahil terhadap agama kita..:) pastu menyalahkan ibu bapa mereka yg tidak mengajar agama kepada anak2nya..

Bagi sy usaha dakwah kepada golongan yang kurang ilmu agama ni sama pentingnya dengan dakwah kepada org2 yang dah mempunyai ilmu tapi mahu mendalami bab2 agama..golongan kedua memang ramai jadi muallim, ustaz dan penunjuk jalan tapi golongan yang pertama tu masih sedikit disebabkan prejudis terhadap mereka masih tinggi dikalangan orang2 agama..

wallahua’lam.

imranulkhalis – salam khalis..:) waaaa, minat juga ek photografi ni? bagus2..takpe, slow2..belajar basic dulu dalam internet nanti kalau dah ada kamera sendiri at least tahu sedikit sebanyak asas photography..:) album tulisan khat tu memang dah byk kali buat dan alhamdulillah semua client suke,hehe..tak ramai yang boleh buat benda tu tau,ceewahh..nak kahwin nanti bolehlah hubungi sy ye..:)

amor_mie – hahahahhaa, siot je akk ni..saje je nak tulis panjang2 tu,hehe

Faiz Faiza says:

Tidak boleh tidak, saya mesti bersetuju dengan apa yg Acai katakan ni. Sedikit saja orang yang tahu agama ini bergaul dengan mereka.

Tapi setiap insan adalah khalifah. Ada tugas untuk menyampaikan apa yang diketahui. Bukan sahaja ustaz/ah, bukan orang yang tahu agama malah KITA semua. Usah hanya menunggu bila agaknya kata-kata ustaz/ah sampai kepada golongan tersebut. KITA semua boleh jadi ‘mulut’ mereka.

Seorang kawan bukan berlatarbelakang pendidikan agama. Tapi dia sangat suka menyampaikan apa yang dia dengar. Kata dia, “Ada sorang ustaz kat tv hari tu bagitau yang dalam Al-Quran ada sebut pasal…nabi pernah sebut pasal ….Nabi cakap….” Saya mahu contohi dia.

Sama-sama ke arah kebaikan, sama-sama jg jauh drpd kemungkaran.

allahua’lam

amor_mie says:

mak ai..mcm jwb soalan esei 20marks..leh la dpt 17mrks ekekeke :)

Ape2pn akak stuju ngan pndpt ko 2 esp prgrph no 3..x ksh siapa pn kiter b’kwnlah dgn sesapa sj.Biar kiter mempengaruhi bkn d pengaruhi..psn hukama’ jg ada hikmahnyer..

salam bro acaii….

saye ni sebenarnya memang minat ng fotografi, tapi malangnya saya masih student dan tidak mempunyai wang..(hahaha….ayat skema kan???)

Dah banyak jenis fotografer yang saya tengok memang cantik, tapi yang paling saya rasa spesel kan, tang yang tulisan jawi tu..perghhh…memang best.

Agaknye kalo 8 tahun lagi saya nak kawen order abg acai bleh?

hehehe

amor mie – betul tu kak, tapi itu kalau kawan atau sahabat yang selalu bersama kita, yang lebih rapat..bila bercakap tentang dakwah rasanya tak adil kalau kita memilih untuk berkawan dengan orang yang baik2 je..adakah orang yang dah sesat dan lalai tu tak layak untuk diberikan nasihat dan mendapat kawan dari org yang baik2? adakah agama islam mengajar camtu dengan menyisihkan mereka sebab dosa2 mereka?

Tanya juga kepada diri sendiri adakah kita prejudis terhadap orang yang melakukan maksiat sedangkan kita tak tahu tahap pendidikan agama mereka.kita juga tak tahu mereka tak pernah mendapat pendidikan agama.dan kita tak mampu buat apa2 untuk mengubahnya mahupun berusaha ke arah itu..hanya mampu mengeluh dan mengata dibelakang betapa rendahnya akhlak mereka di hadapan sahabat2 kita sambil dijadikan modal untuk mengutuk dan menyalahkan pihak lain?

sbnrnya kalau asas agama kita kuat, dengan siapapun kita berkawan, kat manapun kita berada insyaallah kita akan bawa akhlak islam dan ajaran islam yang betul..benda tu kalau dilihatkan kepada org yang kurang berilmu diharap dapat mengubah mentaliti mereka..itupun juga salah satu kaedah dakwah untuk mengubah mentaliti masyarakat yang lalai supaya kembali kepada agama..asalkan bukan dengan niat menunjuk2..

biasanya orang yg kurang ilmu agama segan dan malu untuk mendekati agama sebab sikap orang yang beragama tu sendiri yang selalu pandang rendah kat mereka..yang memandang jijik dengan mereka atas dosa2 yang pernah mereka lakukan sebelum ni..padahal selagi belum meninggal dunia, orang tu belum tentu berterusan sesat dan yang merasakan dirinya baik tu belum tentu mati dalam beriman kepada Allah..

wallahua’lam

amor_mie says:

tepuk dada tanya iman msg2…
kelompok mana kiter berada..

cuba renungkan pesan hukama’ ni..kl x slp bunyi nyer lbh kurg c’ni..

“Sesorg itu dinilai dari siapa kwn nyer..jk b’kwn dgn p’jual myk wangi, dia akan m’dpt wanginyer..tp jk sesape yg b’kwn dgn seorg tukang besi dia jg akan t’kena percikan apinya..”

xora – salam awk, sbnrnya boleh je nak hilangkan pagar tu, hehe..kerja2 tu amik masa 10 minit dan ketelitian serta kesabaran..:)

Xora says:

Acai, agak2 boleh tak ilangkan pagar dibelakang gambar tu?

imranulkhalis – salam awk, terima kasih sudi singgah sini dan berikan komen ye..waaa, student maahad tahfiz ye..:) bagus2..sypun pernah sekolah agama dulu dan tahu pemikiran camni mmg biasa..termasuklah sy dulu..sebab kita macam dah di ajar supaya pandang tak elok kepada orang2 yang melakukan maksiat, dosa dan sebagainya..

Kalau camtu siapa pula nak nak mengubah mereka kalau kita berpandangan camtu je?..ketika orang2 agama seperti tu berbahas tentang perkara2 kecil dalam agama, orang2 ni dah makin hayut..nauzubillah..silakan nak link ke blog ni, terima kasih bebanyak ye..sy tak pandai dalam bab2 ni dan masih belajar lagi..kalau salah tolong tunjukkan ye..

shasha – salam paiz..:) amin..mudah2an kita dijauhkan dari perkara2 yang menyesatkan,amin..

kak azieazah – salam kak zie yang dihormati, sebenarnya memang ada orang yang agak angkuh dan memandang orang lain rendah sebab tak sebaik dan setinggi ilmu agama mereka..tetapi ada juga yang tak pandai nak ‘masuk’ dalam bergaul dengan orang2 biasa kan kak..:)

Sebenarnya, sypun ada ramai kawan yang ‘hanyut’ tetapi mereka boleh diselamatkan..ada sesetengah mereka dah bosan buat dosa tapi tak tau nak rujuk sapa untuk berubah..bila nak dekati surau, orang pandang dia rendah hanya kerana rambut dia panjang dan baju tak terurus..sbb tu orang agama ni agak skeptikal pada pandangan sy terhadap orang lain..:)

Sebab tu macam akk cakap kena luaskan pergaulan lagi..

shasha says:

salam acai…zaman sekarang makin tenat..ntah lah apa nk jadi..mudah – mudahan kita semua dijauhkan melakukan perkara – perkara terkutuk…insyallah…

salam bro acai..

1st time komen n mintak izin nak link blog abg ni kat blog saya.

sebenarnya sangat setuju dengan apa yang bro cakap. Kadangkala mereka ni rasa poyo dengan dunia mereka sendiri tanpa ada rasa sikit pun rasa bersalah dalam hati untuk memperbetulkan kembali. Mereka selalu bercakap tentang masalah ummah, tetapi tindakannya hanya diambil dalam golongan mereka je, tak peduli dengan dunia luar.

Saya bercakap sebab saya punya pengalaman dan saya sendiri berada dalam institusi agama. bukan kerja kat jabatan agama or majlis agama tapi student maahad tahfiz negeri perak. Waaa…sikit pun gua x bangge..hoho..

tapi pape pun saya memang setujuuuuuuu….

Kak Azieazah says:

Salam dindaku ESAL…

Itu mungkin boleh juga kita sebut sebagai angkuh kerana mereka berasa sudah menjadi orang yang baik-baik dan layak berkawan dengan orang yg baik-baik sahaja…

Sekali sekala wajar merendahkan diri dan cuba menyelami kehidupan orang lain yang mempunyai kehidupan hitam. Jika tidak dapat membantu ramai, seorang dua pun memadai..

Sebab itu memang wajar kita meletakkan diri kita sbg susah untuk mengetahui hidup orang susah…

Kak Azie pernah dengar tentang kelompok tertentu di IPTA yg tubuhkan persatuan “Tudung Labuh” (kalu tak silap). Takkan ke mana hasrat dan niat murni membantu JIKA hanya bergaul sesama mereka..

Wallahualam..

cot – hahaha, siot jelah ko ni cot..:) aku tulis je apa yang aku rasa..aku harap dapat bagi pengajaran dan buka minda sesapa yang baca..mana yang baik tu bolehlah amik dan yang tak elok tu kena jauhkan..:)

cot says:

aku dh ckp..
ko ade bakat dlm penulisan..
wakakakkaka..
sjk knl ko…
aku suke stail ko…
gaya slumber n humble abiss…
tp ade ilmu agama…
(ko kn skolah agama…kekeke)
walaupun tak banyak tp ko cuba untuk sampaikan kpd umum..
satu lagi entry yag bagi aku cukup bagusss…
kudoss caii…

kak masy – itulah yang kita mahu kak..orang ramai tak takut nak mendekati surau dan masjid..sbnrnya mereka juga malu nak masuk bila orang alim dan orang2 dalam tu pandang semacam je..

Iyra – Salam iyra..:) lama sungguh tak dengar khabar..sbnrnya masalah tu boleh di atasi kalau kita tak berpandangan buruk kepada orang lain..Macamlah yang awk cakap supaya tak tuding jari kat sesiapa tapi anggap kita juga bertangungjawab mengubahnya..semoga Allah melindungi kita semua, amin..

bayan – salam ila, haha..itulah kali pertama dan kali terakhir rasanya kita berjumpa kan ila..:) si adiman dah bermacam2 bukit dia naik tapi sy dah tak pernah naik bukit mana2 pas bukit broga tu,huhu…sangat setuju dengan pernyataan awk tu..jangan sempitkan dengan kulit agama, lelagi kalau ia bertujuan mendapatkan hormat dari masyarakat..terima kasih ila, sy sangat suka perumpamaan isi dan kulit tu..

bayan says:

Pertama kali kita bergandingan dengan kawan-kawan semasa mendaki Bukit Broga, saya tidak menduga Acaii bekerja di institusi agama.

Saya kira begitu, jangan sempitkan dakwah dengan ‘berkulit’ agama, tetapi isinya tidak agama. Isi yang menentukan kulitnya bagaimana. Dan tidak semestinya juga begitu isinya, kulitnya juga kena begitu. Yang penting niat dan tindakan yang betul.

Iyra Mutalib says:

Salam acai..

Iyra setuju dgn entry neh.. sungguh2 setuju..
sbb nya mmg org yg ‘baik’ tanak kawan ngan org yg ‘x baik’..
mereka ada ilmu lebih, tp hanya berani memerli dan menunding slh org lain.. bukan nak membantu pulihkan kedaaan..
sape2 yg lebih ilmu agama tuh, please.. letaklah diri anda serendah2 manusia dan dekatlah diri anda dgn manusia2 biasa neh..masalah isu ‘jahil’ da terlalu kronik sgt.. risau kan..

moga2 Allah sentiasa melindungi kita semua dari tersasar jauh dariNya.. ameen!

Masy says:

yup betul.. kekadang tu camne laa bdk2 nk dtg surau klu dtg pun org yg menyambutnye kasar, mcm nk menghalau dsbnya. byk yg cari salah, bkn nk betulkan benda yg salah..

hmmmmm~