Entry Panjat Bukit Broga

Bismillahirramanirrahim


Seperti yang aku bagitau tempoh hari, aku dan beberapa sahabat aku telah berjaya menawan (menawanlah sangat) Bukit lalang atau Bukit Broga, Semenyih. Pukul 5 pagi dah bangun untuk ke sana, bersemangat gila. Napelah kalau gi kerja tak semangat camtu, hahahaha. Lepas solat Subuh kat surau berhampiran kitorang mulakan perjalanan ke kaki bukit Broga. Pukul 6:30 pagi kitorang dah sampai ke situ.

Alangkah terkejutnya kami bila melihat deretan kereta yang tidak terkira banyaknya telah memenuhi kebun kelapa sawit di kaki bukit tersebut (ayat skema – 1 markah). Macam ada konsert Siti Nurhaliza je kat atas tu. Siap kena bayar parking lagi. Gila ah ramai orang. 10 tahun lepas takdepun ramai camni. Tapi memanglah sebab masa tu memang takde orang naik lagi :P

Masa mendaki tu memang pancit betul. Sakit kaki sebab kasut dah buruk *alasan. Lagipun aku rasa macam bentuk muka buminya dah makin curam berbanding last aku pergi, haha. Err sebelum aku bertambah melalut dan merapu lagi layan dulu gambar kat sana.

7:15 pagi – Kanak2 keriangan dah sampai ke puncak

Menikmati keindahan alam dari puncak bukit. Tempat tinggi ni antara tempat yang mustajab untuk berdoa tau *dari kamera Cot

Tunggu matahari terbit dari atas bukit :) Kalau jatuh dari batu tu memang parah gaklah, hehe *gambar dari kamera Cot juga

Makhluk2 yang menambahkan lagi semak kat atas bukit

Inilah antara tujuan panjat bukit ni pagi2 buta. Subhanallah, sangat indah alam ciptaanNya. Ini juga tanda waktu subuh dah habis :)

Ini adalah pemandangan puncak satu, Bukit Broga

Ini adalah pemandangan menuju ke puncak dua

Ini adalah pemandangan puncak satu daripada puncak dua. Bukit Broga ada 4 puncak. Puncak 3 & 4 tak cantik sangat.

Gaya lompatan katak puru oleh sahabat aku (anak dah 3 orang ni beb,hehe)

Gaya lompatan penuh kesopanan oleh sahabat aku bahdin yang masih single dan sangat hot,kekeke..

Bila bayang-bayang lebih panjang dari objek adalah tanda dah masuk waktu asar. Tapi tu kalau matahari kat barat. Jadi ya, kami bukan nak angkat takbiratul ihram tu.

Huyooo, matahari jadi bintang. Cara2 nak buat camni – Gunakan aperture kecik, iso paling rendah. exif ni ISO100, f25, Aperture Priority

Lagi satu effect star wos. Ni sbnrnya panas gila dah. Nasib aku pakai losyen, takdelah hitam kulit ai yang licin ni, wakakakak

Superman mengucapkan babai kepada penduduk bumi sebelum berlepas ke Pandora

Hantu Galah di puncak bukit di siang hari.


Dalam kul 9 pagi camtu orang ramai dah berpusu-pusu turun sebab kepanasan kat atas tu. Anginpun takde sangat. Tapi orang yang tahan panas dan kental hatinya masih berada kat atas tu (kitorang lah tu). Sebenarnya kalau dah ramai camni memang tak best skitlah naik sini. Sebab nak panjat atau turun pun kena beratur :) kalau masa turun orang atas sekali jatuh, memang boleh strike terus 10 orang turut jatuh macam dalam bowling tu, hahaha.

Cuma yang aku kesal ada manusia bengong mengalahkan jin afrit yang suka2 hati buang sampah kat atas bukit tu. Manalah ada tukang kutip sampah atas tu. Kata nak menikmati keindahan alam tapi naik atas tu buang sampah merata2. Bodow ke apa camtu?!! Orang Malaysia memang camtu kot perangainya. Akhir kata, terima kasih kepada kengkawan aku yang turut sama beriadah sambil menikmati pemandangan best kat atas tu..:) Lenkali kita buat time tak ramai orang, hehe.



Nota kaki : Aku dalam proses jawab email yang bertanya. Mohon maaf atas kelewatan membalas ye kengkawan.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

salam…mr jawe…berapa jauhkan mau bejalan hingga ke tempat yg menawan ati itu?????? hehehe….sy mau mbw rakan2 ke puncak itu..adakah inya lebih jauh dr krp ke balai cerap?

bro, aku nak tanya pasal langit. macam mana nak buat kasi jd biru tua mcm tu? mana awan? bukan pakai photoshop kan?

lg 1, member aku punya member, bdk kl… keje mjg… ada kan?

lama tak masuk sini,, gambar kahwin cantik2,, time akak dulu tak de pun gambar2 cntik cenggitu,,, wahhh bukit broga.. 1st time dgr ni…

sil – salam sil..:) itulah, macam tak percaya je kat selangor,ceewaahhh..err gambar anak buah ek? nantilah amik lagi..sebab sekarang dah jarang balik kampunglah,hehehe..

zuril – salam zuril..:) terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye..:) kalau dapat naik atas tu dan cuaca perfect mesti lagi best zuril,hehe

Faiz Faiza – Salam awak, yaa, kena cuma tu,hehe..tapi pastikan jangan pandang matahari direct..sakit mata nanti..:)

zuril pun nak komen yang sama macam SIL. =) gambar-gambar macam kat oversea la. lagi-lagi yang lalang warna kuning tu. macam di UK je. lagi satu, langit yang biru amat. cantik. lapang hati tengok gambar “hari yang indah” macam ni.

macam kat oversea. rupanya kat malaysia. nang selangor pulak tuh. best-best. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, best lagi negeri sendiri. hehe. ambikla lagi gmbar anak buah acaii. mesti semakin kiut dan cute dan comel. ehehe

amm – waaaaaa, salam amm sahabatku yang berada jauh di perantauan..:) iyeaaa amm, aku masih ingat,hehe..:) kalau tak mesti ada gambar berdua ngan ko kat atas sana,ceeewaahhh..moga ko dan family sihat2 ye amm..anak ko dah pandai buat apa amm?

din – hehe, itulah, kalau tak buat aktiviti camni, mau pukul 8:30 baru bangun tido,hehe..bila buat camni boleh gak keluarkan peluh kan din,hehe..sbnrnya kalau guna aperture sampai f22 memang cahaya yang masuk skit..memang gelap sbnrnya..kalau besarkan aperture memang tak dapat effect camtu,hehehe..cap aku tu dah rosak masa balik umh,huhu..kena beli lain ni,hehehe

amoi – salam amoi, alaaa ingat aritu nak join..tengok tak call pun,hehe..sbnrnya masa panjat tu memang ada perempuan gak..ada 6-7 orang gak geng kitorang tapi diaorang kat tempat lain,hehe..

cikpingu – salam cik pingu, terima kasih ye..bila nak panjat sana plak?hehe

ayza – salam ayza :) lama tak dengar khabar..namapun dah ubah ejanya,hehe..sesekali kalau rajin naiklah atas tu ayza..dekat jepun,hehe..:) orang2 yang buang sampah memang sengallah..

adiman – hahahaha, peminat apanya..tapi tak boleh kalahkan peminat sifoo lah,keke..*gomol2.

one – memang ngeri gak sbnrnya kalau jatuh..boleh arwah,hehe..err makan2 tu sudah tentu tapi takkan nak taruk kat sini gak,hehe..:) haaa, tu namanya skill amik gmabar matahari,kekeke..

Me Fathi – thanks bro..:) nanti bolehlah try..tapi jangan matahari yang tengahari2 buta..:)

~ terima kasih kembali caii. it’s ok. bgun pg2 bgun yg berbaloi2. hehehee.. ajk lg??? waa.. tq2.
~ kalo nk wat gmbr matahari jd bintang tu, gmbr sekeliling mmg jd gelap eh cai?? xle adjust jd terang ke??
~ superman mane tu cai pakai cap putih?? hehehee..

Salam Acaii,

Cantik gambar2 anda kat atas bukit broga. Masihkah ingat anda pernah janji dengan saya utk ke sana. Pada pagi yg dijanjikan anda tidak muncul2. Saya & saudara Zayd ttp ke sana.

* aku mmg nak taip ayat skema

waaaaaaaaaaaa…acai,best giler..
macam kat obersi laaaaaaa…
ish2,sgt menarik dan tertarik..

sampah???sape yg sengal sgt tuh??*ade chance nih buat kutipan amal kutip sampah kat bukit tu selain menikmati panorama cantek..fuuuuuuuu..

lawa dan lawak apa ko tulis…tergelak aku sorang2…

oh dapat info ckit camne nak wat matahari jadi honey star…hehe…

wahhhh
gaya lompatan yg mengujangerikan(dibuatnya tergolek)
makan2 tadek ke lps daki2?
heran skit time tengok amik gambar mentari yg direct..tak npk silau

abg azman – salam abg azman..:) terima kasih singgah sini dan komen ye..:) itulah, bila dah sampai atas tu memang berbaloi2..otw nak ke atas tu memang penat sesangat,hehe

din – salam din, terima kasih juga kat ko yang susah2 bangun awal pagi join kitorang semua..:) lenkali kalau ada benda2 camni lagi aku ajak,hehe..aku tahu ko mesti boleh masuk ngan kawan2 aku gak..kalau atas tu byk angin dan redup mesti lagi best din tau..lenkalilah kita plan lagi..:)

Salam caii.. thanks teramat sgt caii ajk ak join ko n da geng. ak mmg nk sgt pi lepas tgk entri ko mse kat bukit broga sebelum ni. kebetulan awe pun pi mmg ccun laa.. thanks awe bw ak pi sane. ni kire minggu lepas adalah minggu ak yg cukup bermakna brsm awe ngn ko dll.. hehee.. tqvm

Salam, fuhyooo semua gambau2 tu cantekkss sgt. Terutama gambau sunrise tu. Walaupun ponat tapi berbaloi-baloiii… Awe nanti jgn lupa aku kalau outing lagi ek! TQ Bro!

awe – salam awe..:) thanks join aku naik atas broga tu ye.gilalah ko main lompat2 ngan anak ko,hehe..lenkali nanti boleh bawak team bola lzs naik atas ni carik fitness..takpun naik bukit lain ke..pas tu terus gi mandi kat congkak ke, gabai ke, tekala ke,hehe

Salam sensei..penat betul aku masa tu. Bukan penat panjat bukit tapi penat kena jadi model lompat2…mujur aku selalu main lompat2 ngan anak2 aku kat umah dari tingkat 5-tingkat bawah..heee..heee

Tima kasih sensei jemput aku hari tu…banyak dapat pengalaman baru belajar ambik gambar….best..best..

Cots cari bukit lain la pulok…tapi apapun memang best..

Kak Azieazah – Salam kak zie, subhanallah..:) cantik kan kak zie..kalau akk naik tu mesti dapat hayati keindahan atas tu juga tau,hehe..memang boleh kak nak buat camtu, tapi kena kerjasama ramailah sebab sampah tu byk sangat..botol2 minuman diaorang campakkan merata2..sakit je mata memandang..mungkin tempat tu boleh dijadikan salah satu kawasan rekreasi oleh Pejabat Daerah Hulu Langat..:) barulah boleh pacak papan tanda tu..

Kak Masy – hahahhaa, nak kena betul akk ni..orang dah ajak dari ari tu,hehe

Saufwan – Salam bro, thanks..alaaa, aritu taknak join,hehe

azim – thanks zim…:) aku tak guna filter apa2, tweak kat PS je, hehe..tapi kalau guna lagi bestlah..aku bawak fish eye ngan UWA lens je..

cot – wakakakakakakka…saje jelah cot..lagipun ko nampak macam budak sekolah skit ngan budak2 universiti,kekkekee..lenkali kita naik bukit2 lain plaklah cot,hehe..pent gak badan ni,hehe

Firdaus™ – salam sifooo, alahai sedih je tak dapat menikmati nasi ayam semenyih tu,huhu..itulah, lenkali boleh kita jumpa dan borak2 panjang..:) ada orang terlebih excited nak naik sampai lambu keretapun tak matikan,hehe..alaa, macam langit dan bumi kalau nak bandingkan gambar ngan sifoo..:) nanti jumpa aku nak menuntut tau,hehe

Intrigcinta – Salam sahabat, terima kasih..kalau awk pergi atas tu mesti akan dapat lebih byk sumber inspirasi nak hasilkan karya2 puisi/sajak hebat tau :)

Diya – salam diya, terima kasih diya..alaaa biasa2 jelah diya tu..tak serius sangat nak amik gambar,hehe..sebab lebih kepada nak enjoy je naik tu..ramai yang hasilkan gambar lagi best..:)

Salam dindaku ESAL…

Subhanallaahh…. memang cantik sekali. Indahhhh..

Hmmm apa kata, setiap orang yang berjaya naik tu, kutip sampah yg terlihat dek mata bawa turun sebagai bukti yg korang dah sampai kat atas.. hehehehe..

*Sepatutnya ada papan tanda melarang buang sampah, atau diminta bawa sampah turun. Tapi mental setengah2 orang bukan reti baca notis cenggitu.. yg penting sikap kesedaran..

Kesian Bukit Broga..

Salam, terbaiklah acai gambar broga ;) frust nonggeng aku tak dapat jumpa acai, rasa nak menangis je tak jadi jumpa….hehe

lepas ni pi la time opis hour, ko mc satu hari…ekekeke…naik atas bawak plastik itam buat aktiviti kemasyarakatan kutip sampah…haha…kalau bukan kita sape lagi sifu? hehehehe…aku yg duk dekat ni pun baru skali naik broga…huhu

wakakkaa..
kanak² keriangan ko bg kt aku..
hampeh tol :p
gmbr superman xleh blaH..
kekkeke..
pasni kite plan lain plk caii..

Fuh fuh fuh! Cantikkkkkkk gambar sinaran cahaya matahari tuuu *subhanallah. Terutama gambar yg ketiga. Cantik betul segala elemen dalam gambar tersebut. Baik awan, matahari, bukit semuanya lah. Acai makin terror ambik gambar! Tak aci betul, ekeke

kak qaseh – salam kak..:) thanks akku..kak, memang ramai sesangat orang atas tu..rasanya kalau carik orangpun boleh tak jumpa,hehe..aritu datang ramai2, last2 pecah sampai 3 group..tak boleh sangat nak kumpul reramai sebab tempat sempit..:) lenkali bolehlah naik kak ye,hihi

salam Acai…

MasyaAllah..cantikknya…
gamabr pon lawa..:)

sampai gak Acai kat atas erkk huhu..:P

hari tu kawan akk pon ade pegi bukit ni…mesti jumpa Acai agaknya…

orang2 yg buangsampah merata2 ni memang sengal…

adiman – alaaaaa, memang nak gomol2 tapi sifoo dah ada seseorang, kenalah jaga hatinya. Jeles ai tau, wakakakakakkaka …apapun selamat hari lahir sifoo pada hari kejadian..:) may Allah bless u sifoo..