Kenapa kena bayar zakat?!

Bismillahirramanirrahim



Pernah tak korang rasa kekadang gaji kita setiap bulan asyik tak mencukupi je? Tak tahu dibelanjakan ke mana tapi duit tu dah abis? Kekadang duit gaji tu habis untuk betulkan kereta, motor ataupun untuk bayar bil klinik diri sendiri, isteri dan anak-anak yang kerap sakit, demam dsb.

Jika dilihat dari sudut agama, selain ia merupakan ujian dari Allah ia juga berkait rapat dengan keberkatan rezeki. Memanglah kita mencari rezeki dari sumber yang halal tetapi keberkatan merupakan satu soal berbeza. Inilah yang gagal difahami oleh kebanyakkan kita.

Zakat merupakan salah satu cara kita bersihkan rezeki kita. Sebenarnya dalam rezeki yang kita perolehi tu bukan sepenuhnya milik kita. Ada hak orang lain. Allah sengaja menyampaikan rezeki orang tu melalui tangan kita untuk menguji diri kita supaya tidak tamak harta dan menguji orang yang susah tersebut supaya bersabar.


Suasana kat Kaunter Zakat LZS Kajang :)


Bila duit yang kita dapat tiap2 bulan tu bersih maka rezeki kita insyaallah akan lebih berkat. Keberkatan bukan sesuatu yang boleh dilihat dan diukur. Ia mungkin datang dari kesihatan ahli keluarga, anak-anak yang soleh dan mendengar kata, ketenangan fikiran dan emosi, dijauhkan dari fitnah dsb.

Oleh itu, marilah kita sama2 bersihkan pendapatan yang kita perolehi dengan berzakat. Ingat, zakat bukan sekadar zakat fitrah. Ni aku sertakan link kalau nak kira dan bayar zakat pendapatan korang :)

Camne nak kira Zakat Pendapatan korang? KLIK SINI
Bayar Zakat secara ONLINE? KLIK SINI

Kalau korang dah bayar Zakat di Lembaga Zakat Selangor, korang bleh sertai kuiz yang boleh bawak korang melancong ke London, Perth Australia, Guangzhou China, Bandung, Jakarta, Bangkok dan lokasi2 di Malaysia. Manalah tau ada rezeki korang ke tempat tersebut PERCUMA :)

Boleh sertai kuiz tersebut dari link ini : KUIZ ZAKAT & FLY

Taruk bukti aku ada kat kaunter plak,haha. Gambar kamera hp pinjam.


Setiap kali tiba bulan Ramadhan dan Disember aku akan bertugas di Kaunter Zakat Kajang. Semua pegawai2 di HQ tak kisah dari jabatan apapun akan turun membantu kaunter2 zakat di seluruh negeri Selangor.

Kalau rasa nak bayar zakat ngan aku bolehlah bayar kat kajang,hehe. Zakat fitrahpun boleh gak. Sebab kitorang semua adalah amil LZS. Tapi bagi aku better bayar fitrah kat tempat tinggal masing2. Bolehlah membantu penolong2 amil kat masjid atau surau tu untuk mereka sambut raya. Mereka akan dapat 1/16 dari kutipan zakat fitrah tersebut.



Nota kaki : Internet connection kat Kaunter Kajang terbatas. Aku tak dapat update selalu.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

salam…bang acai…adoi muka abg acai x bleh blah la dok kat kaunter zakat tuh…mesti org berebut nak g bayar zakat kat abg acai… :p

weh.. ko keje kat pusat zakat selangor ker..bangunan sultan selangor tu.. sebelah masjid… hahahah.. aku dulu praktikal kat situ la. Jabatan perundangan keluarga islam…

Vinil – hehe, bulan puasa kenalah baik..:)

Zizei – boleh jelah zei..memang digalakkanlah..sebab akupun tak pernah bayar income tax selama ni,kekekeke…ada ramai gak lecturer2 kat upm dan ukm yang datang kat kaunter terus convert income tax yang lebih RM10K tu kepada zakat :) kitorang mmg ada perjanjian ngan LHDN..

Jangan risau kalau diaorg potong gak, bleh dapat balik duit tu asalkan kita dapat tunjuk resit bayaran zakat kita..:) byk kes camni..

Salam Acaii,
Alang2 tu nak tanye gak laa..
Kalau orang yg bayar income tax boleh ke mereka nak tukar ke zakat.

Budak opis aku sebok dok tanye hehe.. Derang asyik marah kena income tax mahal, tu yg kalau tukar ke zakat dapat gak pahala.. hehe..

cayalah acaii banyak info aku dpt kat sini hehe..

muiz- kekek, kuie lah, nyong bizilah kerjo weekendpun. orak sempet wae arek balik kampung..angger balikpun sediluk wae,huhu..mugo kabeh wong kampung waras2lah yo..:)

irengmanis – slm, oo pasal zakat fitrah tu sebenarnya kita digalakkan dan sepatutnya membayar beras yang kita makan setiap hari. Ada sesetengah orang tak makan beras biasa. Mereka kebanyakkannya memang makan beras wangi dan super special yang harganya jauh lebih mahal. Oleh tu kebanyakkan mereka membayar mengikut harga segantang beras tu. Ada yang satu kepala RM20 :) Ia masih dikira fitrah dan bukan sedekah.

salam acai.. masa kite byr zakat fitrah tu, boleh x kita bayr lebih dpd yg dikenakan? tu kira sedekah atau zakat?

sil – salam sil, terima kasih ye sudi taruk kat blog :) dah bayar zakat lum nih?hihi

muiz- wakakkakakaka, siot betul ko muiz,haha..waras porak kang? wes suie orak weroh riko..

azim – hahaha, siot je ko zim..

sham – cantik sangatlah tu sham,hehe..aku tiap2 hari lalu situ nak balik umah,hehe

namida – hahahahahha, memang nampak innocent kalau pakai songkok,kekek

anis – slm anis, waaa terimo kasihlah yo nis..angger orak paham tentang zakat appe blehlah takon ku yo mengko,hehe

salam bro.. syahdunya aku tgk muka ko.. nmpk la ckit kesan sinar ramadhan tu.. hehe..

salam..
lupe lak nk mntk izin ltak url blog acaii dlm blog sy..
da ltak da pon..hehee

slmt mmbayar zakat sume :)

salam…en.acai, arep jaluk ijin lebok url kue neng gon ku…tq

*info yg bagus… x semua org faham bab ni… thn 2006 mula faham pasal zakat ni lepas buka website LZS…:)

kerul shukor – slm kerul, itulah..kalau bayar ngan aku bleh aku bagi sampul raya byk2 kat ko kerul..ko kan ramai anak buah,hahaha

awe – hahahaha, iyelah we, aku ingat..:) album tu dalam proses awe, insyaallah esok aku hantar printing..kajang jauhlah nak ke Kota Kemuning tu,hehe..thanks we.papehal aku bagitau..

Firdaus – Slm bro firdaus, betul tu..alaa, seganlah nak jumpa otai ni,huhu..blehlah jumpa dan kenal2 bro..bleh turunkan ilmu seni khat tu,hehe..

Kak Azieazah – slm kak, ooo patutlah..saya rasa dia PPZ Wilayah kot kak zie..Mudah2an kalau dia ada kat sana semuanya dipermudahkan olehnya.

shakirah – slm awk, waaaa bagus2..:) dah ada usaha untuk bayar sendiri..Nanti barulah rasa camne seronoknya perasaan selepas membayar zakat tau..:)

sham – wwaaaaaa, rumah ko kat kajang ke sham? blehlah jumpe wei..aku kat tempat sesak depan BSN tulah..area metro kajang tu lah..:)

zakat wajib dibayar, sbg penyucian terhadap harta yg diperolehi…jadi jom bayar zakat, aku pun tak bayau lagi nih….acai, ko kene jaga kat kajang ke…wah best ni, bleh suh blanje buka pose…hehe

Acai- ko tahun ni dah 2 fitrah jangan ko buat lupa plak mcm aku tahun pertama kawin dulu..hee..hee..album photobook kita ok ke…bila leh tengok ni…ngalahkan tak sabar orang tunggu buat qiamullai mlm2 ramadhan ni..

Thanks ler ESAL…
Sebenarnya Kak Azie pun tak kenal Ustaz Kamal tu, tapi selalu dengar nama jer.. sbb dia sering berurusan dgn kami di YPN.. tu yg kenal nama jerrr…

rasanya minggu lepas berita ni.. Moga-moga selamat lah dan dilindungi…

Kak Masy – wakakakaka, boleh kak nak terima zakat..bagi dulu si fahrin akk tu kat saya ek,kekeke

yanz- hehehe, yelaa, orang bizilah katakan,hehe..:)

Kak Azieazah – Slm kak zie, emm, sy kenal ust kamal tu kak zie, tapi tak pastilah sama ada dia pergi sana ke tak..dah lama tak nampak dia..:) nanti sy cuba tanya budak2 HQ sana. terima kasih atas makluman ye kak zie..

akulensa – salam bro, terima kasih..sebar2kan info ni kat member2 bro..:)

sham – slm sham, weh, lama gilalah tak jumpa ko nih,hehe..aku time ramadhan dan disember memang aku kat kajang sham..datanglah sini,hehe

shairulfaiz – slm paiz, alhamdulillah dah selesai fitrah ko..:) bayar kat mana o paiz? zakat pendapatan ko kiralah guna kalkulator yang aku bagi tu,hehe

megat – salam bro megat, alhamdulillah ada orang dapat manfaat dari post aku ni..:) betul tu bro, pendapatan yang bersih sebenarnya boleh buat hati kitapun lapang je

kui – salam kui, sangat setuju.kekadang rasa macam gaji tu dah banyak tapi masih tetap tak mencukupi sebab asyik belanjakan kat perkara2 yang tak perlu je..:) bagus2 bayar online..kewajipan zakat tu memang dah terlepas,semoga dimurahkan rezeki lagi kui ye..:)

SisHoney – salam sis, kalau nak sampul raya mehlah datang kat kajang ni sis,hahhahaa

Salam..hari ni 09-09-09..

ESAL.. ada kenal dengan Ustaz Kamal (LZ S’gor)?
Dengar khabar dia terkandas gempa bumi di Indonesia. Apa khabar agaknya dia sekarang?

oleh kerana akak x layak bayar zakat, gaknye akak layak tak terima zakat? kwang kwang kwanggggg hahahaha

cai…wah nak kasi yanz jeke sampul tu…..sis pun kawan lama cai sama cam yanz..betul kata cai… yanz ni sll hilang kan cai…

acai.. kat signature ko tu spnjg ramadhan kena buat Photographer/Amil.. fuh.. heheh

betulla, keberkatan rezeki tu, kdg2 duit bukan main byk dpt, skali tu kereta rosak la, dll lagi la rosak.. hohoho.. tq 4 sharing..

aku bayar online jek kat cimbclicks, siap ada tulis niat kat situ…hehe

salam acai, alhamdulillah sekurang-kurangnya aku mula memahami apa dimaksudkan pada topik di atas.

insya allah, mari kita sama-sama membersihkan pendapatan kita. disamping meningkatkan ibadah dlm islam.

ps – info bagus acai ;)

sil – salam wak,hahaha wes gedi ngan kerjo kie kenalah bayar dewek zakat fitrah ee,hehe..angger orak reti kena zakat pendapatan tu, trylah kira guna kalkulator seng aku gawe tu,hehe.biek sek orong kerjo nang kene memang orak bayar zakat jugak sebab orak reti,hehe

yanz – slm yan, waaa lamanya tak dengar khabar..aah, kalau lalu2 sana jerit2lah ye..bleh bagi sampul raya zakat nanti,hihi

Sis Honey – Slm sis, waaa bagus bagus sis..betul tu..sebab tu kita yang tahu ni kena sentiasa mengingatkan kat kengkawan lain..:) Acai byk banyak tempat sis, termasuk penang,hehe

Kak Azieazah – Slm kak zie, tahun nipun nampaknya camtulah kak zie,hehe..seronok gak kekadang dapat jaga kaunter ni. Sy tahu kak zie memang orang yang bertanggungjawab sangat.Terutamanya ngan kerja2 kebajikan yang kak zie lakukan..:) suka sangat tengok tau.

slm cai,
sy ada lalu depan ofis zakat kajang, sbb nk pegi bank public bank sebelah tu. if sy nmpak awk kt kaunter tu (insyallah), sy jerit nama awk kuat-kuat ya?? hihihi..

nyong arek byr zakat fitrah first time
wat julung2 kalinye..
sapa yg layak byr zkt pndptn n zakat2 len? byk xtau ni..
jahilnya..even prnh blajo dulu

Salam ESAL..

memang tiap tahun Ramadhan jer Kak Azie dah tau ESAL memang akan bz di kaunter.. Sekejap Kajang sekejap Shah Alam..

Tanggungjawab kita ni berbeza-beza… ada orang tanggungjawab lebih.. ada yg kurang.. tp takdak orang yg tiada tanggungjawab..

Jadi sama2 ler kita bertanggungjawab.. kalu tak bleh utk orang.. at least untuk diri sendiri,, tak gitu?

salam cai,

tahun ni sis xperlu bayar zakat dekat pendapatan bila ramadhan je.sbb sis dah buat potongan tiap2 bulan.senang…cuma zakat fitrah je lum bagi bapak sis p bayarkan :)

betul cai.kekadang org anggap halal je tapi tang keberkatan tu dilupakan.kekadang kita tgk org yg gaji kecik,anak ramai tapi masih mampu senang kerana keberkatan rezeki tu la…

caii mst antara pembayar zakat yg tinggi kan.maklumlah jutawan budak acai ni :)

Kak Masy – slm kak, waaaaaa dah kira ek,hehe..bagus2.:) kena tak kena tu belakang punye cerita kak..