Majlis Pernikahan & Outdoor Nurul dan Hanizan

Bismillahirrahmanirrahim

Kali ni aku nak update Majlis Pernikahan Nurul dan Hanizan yang diadakan di Bandar Baru Bangi baru-baru ni. Nurul ni kerja jadi cikgu kat Sarawak sana. Kesian dia kena berjauhan ngan suami kat sini. Baru 4 hari kahwin dah terpaksa balik mengajar kat sana,huhu. Majlis persandingan diaorg akan diadakan pada bulan Jun nanti,insyaallah.

Sebenarnya Nurul ni member blog lama aku. Sejak aku dah takde blog dulu tu rasa macam dah hilang kengkawan lama aku kat sana. Tapi adalah beberapa orang yang masih berhubung termasuklah nurul ni :). Dalam majlis ni aku ditemani sahabat aku Kerul Shukor yang hensem sebagai 2nd photographer,hehe. Ni sedikit gambar-gambar sekitar hari tu.



Nurul nikah belah pagi. Jadi selesai majlis pernikahan tu dalam tengahari macam tu. Selepas solat Zohor kitorang terus keluar Outdoor. Bayangkanlah kepanasan masa tu,huhu. Sian kat pengantin sebenarnya. Sebab tu aku tak boleh shoot diaorang lama-lama kat luar. Kena cari tempat outdoor yang dalam bangunan jela. Gambar kat luar tu adalah gambar kat taman permainan depan rumah Nurul sebelum bertolak kat Putrajaya :)



Aku doakan semoga Nurul dan Hanizan berbahagia hingga akhir hayat,amin. Aku suka dengar khutbah nikah diaorang. Banyak ilmu dalam tu. Sebenarnya dalam pernikahan tu ada ketenangan, kedamaian, kebersihan, kesihatan, kesucian dan kebahagiaan yang diidamkan oleh setiap insan. Ia juga sebagai cara untuk menyempurnakan iman. Wallahua’lam.

Nota kaki : Banyak lagi aku kena belajar amik gambar ni sebenarnya. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang beri sokongan dan tunjuk ajar untuk aku perbaiki kelemahan. Terima kasih kengkawan.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

Glizzy – thanks bro..:) waa, thanks bagitau ye..aku akan perbaiki cropping aku lenkali..sbnrnya akupun tak tahu rules yang betul,hehe..thanks..

~Wahh, picts anda sememangnya sudah hebat.. Toning true color cukup, cuma kdg2 kena jaga2 tang cropping jer..

(,”) Nice one..

edah – slm edah, thanks bagitau ye..kat tpt sy ok je,huhu..member2 yang kat tpt lainpun ckp ok..tapi takpelah, ni tukar lagu plak :) ni acoustic band dari Philippines..

amm – thanks amm

cikgu nurul – waaa, pengantin,hehe..lum siap lagilah puan nurul,hehe..nnti kalau dah siap sy bagitau ye..

Ash – hehe, taklah terer lagi..sebab selalu lepak ngan budak2 photographer yang terer tu yang dapat byk belajar,hehe..:) thanks ash ye..kalau ada salah sila beri tunjuk ajar tau..:)

din – slm din,kekekkeke..siot je lah ko ni…:) aku dengar kat ofis ok je din lagu tu..aku rasa line ko tak elok kot..try refresh,hehe..best tu lagu tu..aku suka :)

~ ak tgk spiderman bdn dia pun leh lekat kat dinding, tu yg ak ingt ko spiderman. hehehe..
~ cai, lagu tu rosak la. xdpt dgr ngn clear.. pirate ka?? hehehe… =p

haha.. tak reti sbb tak selalu maen la bro. acai mesti dah terer sbb slalu shot² n edit² kan. ni nk amek gmbr sorang² pon takde mood rasenye. hahahah. btw, nice shots! cantik. bak kate org french, ‘C’est magnifique! ‘ =D

Ash – Slm Ash, waaaa lamanya tak dengar khabar..:) memang dah lama delete blog tu ash,hehe..thanks sudi cari acai..baru cerita pasal member blog lama dah jumpa sorang ni,hehe…alaa, benda tu bleh blajar slow2..masa ash beli DSLR sblm ni acai tak reti pape lagi kot pasal tu,hihi..

zam – slm bro,kekekeke, siot je..tu kalau khutbah jumaat tak bleh bercakap,haha..tapi soklan imam berbeza2kan bro,hihi..

shift D – slm, thanks sudi singgah sini ye..itulah, pastu balik sini lagi mybe bulan 5 nanti,huhu..sian depa..

~ ketika khatib sdg membaca khutbah jglah berkata2
~ fahamilah dgn teliti, kot-kot soalan sama akan keluar apabila sampai ujian utk diri anda nanti. hahaha

salam acai. duh. patut la dah takde kat blog lame. rupenye dah pndah. penat mencari kat google n hop hop dr satu blog ke satu blog lain n last skali baru jumpe ni. lawak je. HAHAH. try cari kat blogspot dulu skali dah tiade da..
ape² pon, nice shot. nk bljr tp tak tau mane nak start. name je ade DSLR, tp haram tak tau ape function butang². =D

dyla – slm dyla,thanks..pengantin lelaki orang klang..ko pernah jumpe ke?hehe..manalah tau sedara2 ke :P

FarEast – slm bro,thank sudi singgah sini ye..:) bleh je pakai baju pengantin tu kat luar tapi cuaca tak bleh terlalu panas..:) kang amik gambar muka masam je berpeluh2,heheh..:)

tu la … x dpt nak bayangkan kalau aku pakai baju pengantin then shoot dkt outdoor … pergh! berpeluh … tp yang panas tu buat pic marvelous ;)

Kak Masy – Slm kak..:) hahaha, sy mmg suka panjat2 ni..nasib tak panjat syiling dewan,hahaha..

snm – slm falin, mybe gaya pengantin plak panjat pokok..tak pernah orang buat lagik tu,hehehe..

din – slm din, aku ada hikmat bleh terapunglah din,hehe..kalau jadi spiderman camne aku nak pegang kamera..:)

cot – slm cot, ko ingat aku tinggi sangat ke nak guna ketinggian aku panjat tu cot,hehe..org tukang make-uppun dah tinggi tau,hehe..:) thanks bro..

salam cai..gmbar dr atas² ko gune ketinggian ko @ ko panjat sumthing…ahaks….aku suke gmbr²…gud job bro…

wah… view dr atas tu. cam ne ko panjat tu cai? ko leh jd cm spiderman? hehehe… =p

dh makin suke memanjat dak acai ni hehe. tp sume gambar ni akak suke :) nanti watkan utk akak tau acai hihihih~