Tag along bersama sifu

Bismillahirrahmanirrahim,

Salah satu cara paling berkesan bagi photographer yang baru berjinak2 dengan wedding photographer ialah dengan cara “Tag Along” dengan photographer yang lebih berpengalaman. Bila ada kesempatan aku memang tak lepaskan peluang seperti itu. Dengan cara tu kita dapat belajar flow diaorang cover majlis, cara PR diarog, dan setting2 kamera yang biasa diaorg pakai.

Selepas sebulan aku beli beli kamera, baru aku dapat beli flash SB600. Pastu aku terus ikut Janiee shoot pasangan pengantin kat Simpang Balak, Kajang. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah budaya angkat pengantin kat majlis tersebut. Kat tempat aku memang tak pernah jumpa camtu. Jadi aku agak jakun skitlah,hahaha. Pastu kitorang shoot outdoor pasangan tu kat putrajaya. Aku tak dapat amik gambar byk sebab aku takde lens yang sesuai cam diaorg,huhu..aku cuma ada 50mm je masa tu..:P


Sehari sebelum tu aku follow sifu aku Peveyhack kat Sungai Manggis, Banting. Dia seorang yang berbakat dalam photography dan aku memang minat style dia amik gambar :) mybe aku kahwin nnti nak amik dia,hehe. Lagipun setiap minggu aku jumpa dia kat TT Bangi. Aku harap satu hari nanti dapat hasilkan gambar2 berkualiti cam dia..


Satu perkara yang kena jaga bila tag along ni ialah menghormati Official Photographer (OP) yang cover majlis tu. Sebab mereka menjalankan tugas dan dibayar untuk itu. Sebab tu aku selalu hati2 bila nak amik gambar supaya aku tak menghalang laluan OP dan aku utamakan dia dulu amik gambar2 majlis. Dengan tag along ni aku dapat jimatkan dan skip beberapa tahun belajar shoot gambar pengantin sebab aku bleh terus apply cara diarog dalam majlis yang aku cover. Kalau aku dah terer sok aku akan cuba bawak tag along utk newbie2 plak,hehe..

Wassalam.

p

p

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com