Yana & Saufi, Pantai Kelanang

Bismillahirrahmanirrahim, Aku nak kongsi tazkirah yang aku dengar pagi semalam. Ustaz bagitau bagaimana nak tahu keadaan hati kita dengan bertanyakan beberapa soalan. Hati di sini bukanlah tentang masalah kesihatan, tapi kondisi hati kita dalam beragama. Contohnya, bagaimana perasaan kita apabila mendengar orang lain menceritakan kebaikan seseorang yang lain? Jika kita rasa gembira, alhamdulillah kita sebenarnya mempunyai jiwa yang tenteram dan … Read More

Zimah & Safwan, Gombak

Bismillahirrahmanirrahim Dalam hidup ni, alangkah indah kalau semua yang kita lakukan sesuai dengan syariat agama. Apa yang kita suka itu merupakan anjuran agama dan apa yang kita benci merupakan perkara yang dilarang agama. Begitu jua denga perkahwinan. Ada yang memilih untuk bercinta selepas berkahwin, menjaga batas pergaulan dengan baik dengan bakal pasangan supaya ia dapat dinikmati dengan lebih baik mengikut … Read More

Nadiah & Azman, Ampang

Bismillahirrahmanirrahim, Seringkali kita melihat peniaga Islam yang daif, menjual makanan dan sayuran yang sangat ala kadar di pasar pagi atau pasar malam. Sekiranya barang jualannya habis sekalipun keuntungannya hanyalah belasan ringgit sahaja. Alangkah baiknya kita membeli, bukan untuk keperluan tetapi untuk bersedekah. Pada kita kecil, tetapi mungkin itu besar untuk menampung keperluan keluarganya. Kita ini kadangkala terlalu sombong untuk membeli … Read More

Fitri & Julea, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, dah masuk tahun baru 2018. Selamat tahun baru kepada semua. Tiada nikmat yang lebih besar kita perolehi dalam dunia melainkan nikmat keimanan. Tanpa sedar kebahagiaan, ketenangan fikiran, ketenteraman jiwa juga merupakan rezeki terbesar yang Allah beri yang jarang kita syukuri. Aku harap dapat improve diri dalam tahun 2018 ini. Dapat tambah lingkungan kawan yang baik-baik, yang selalu ingatkan … Read More

Anis & Faez, Klang

Bismillahirrahmanirrahim. Dalam tazkirah yang aku dengar baru-baru ni, ustaz bagitau antara perkara yang Allah larang tetapi kita suka buat ialah saling berbangga antara satu dengan lain dengan harta kita, anak kita, ilmu kita, rupa paras kita dan rezeki-rezeki lain yang kita ada. Tanpa sedar ketika kita berkongsi semua rezeki tersebut dengan sahabat lain, ada timbul rasa riak dan bangga dalam … Read More