Bismillahirrahmanirrahim, Seringkali yang disangka musibah sebenarnya ia bukanlah musibah langsung, bahkan satu anugerah yang sangat besar dan indah. Kata mereka yang telah ‘merasainya’: Penjara itulah yang telah membebaskan aku dan menjadikan aku orang yang baik. Penghinaan itulah yang telah menyedarkan aku tentang kesombongan aku selama ini. Kepahitan dan kegagalan itulah yang telah menyembuhkan aku. Dan dosa-dosa itulah merendahkan keangkuhan aku. … Read More
Adnin & Khadijah, Sungai Serdang, Klang
Bismillahirrahmanirrahim, Aku nak kongsi sedikit tazkirah yang mengetuk hati aku tempoh hari. Kata ustaz, kehilangan harta, kuasa, cinta dan kasih-sayang manusia adalah kecil berbanding kehilangan sifat syukur. Tanpa syukur kita akan kehilangan segalanya. Kata ustaz lagi, hari kematian kita merupakan hari yang terbesar dan dahsyat daripada semua kegembiraan dan kenikmatan yang kita nikmati di dunia ini. Sebab tu bila diuji … Read More
Asryn & Yusri, Klang
Bismillahirrahmanirrahim, Terima kasih Allah kerana berikan nikmat iman kepada kita semua. Nikmat keluarga yang mendamaikan hati dan sahabat yang selalu mengingatkan kepada kebaikan. Dalam kuliah baru-baru ini, ustaz bagitau seorang sahabat yang baik akan menjadikan kita lebih hampir dengan agama. Sebab itu, jika perasaan kita tidak tenteram dan selalu gelisah, selain mendekatkan diri kepada Allah kita sebenarnya perlu mencari lingkungan … Read More
Sendiri-sendiri
Bismillahirrahmanirrahim, Orang kampung itu rumahnya jarak-jarak tetapi mereka selalu bertegur sapa dan rapat hubungannya. Walau di hujung kampung masih kenal anak isterinya. Orang bandar kadangkala berkongsi satu dinding dengan jiran sebelah. Tetapi kadangkala tidak bertegur sapa sehingga berbulan-bulan lamanya. Jangankan hujung taman, anak jiran sebelahpun mungkin tidak kenal namanya. Masjid dan surau sahaja peluang terbaik untuk bersilaturrahim selepas selesai ibadah … Read More
Bahagia
Bismillahirrahmanirrahim. Bukan bahagia yang membuatkan kita bersyukur. Tetapi dengan bersyukurlah kita dapat rasa bahagia. Kebahagiaan bukan terletak pada status dan gambar-gambar yang kita kongsi di sosial media. Tetapi ia dirasai dalam jiwa. Ia menerbitkan rasa syukur yang dalam atas nikmat tersebut kepada pencipta.
Liana & Adib, Klang
Bismillahirrahmanirrahim, Kali ni aku nak update sikit outdoor pasangan Liana & Adib yang dilaksanakan di Jalan Kebun, Shah Alam. Liana ni adik kepada sahabat baik aku Saipi. Dulu masa Saipi dan Dr Yuhanis kahwinpun aku yang amik wedding diaorang,hehe. Terima kasih kerana percaya untuk gunakan perkhidmatan aku. Semoga Allah berikan kebahagiaan kepada kedua pasangan ini, amiin. Sentiasa dalam mawaddah dan … Read More
Diana & Azizi, Masjid Shah Alam
Bismillahirrahmanirrahim, Hidup ini tidaklah selalu indah. Warna warni kehidupan dilukis oleh takdir tanpa dipinta. Namun ketabahanlah yang akan menyebabkan kita menikmati hidup seadanya. Kerana apa? kerana dunia ini hanya sementara dan begitulah jua dengan ujiannya. Kita dididik agar menghadapi yang sementara dengan sikap sederhana. Gembira jangan sampai melonjak, nestapa jangan sampai terhenyak. Pada setiap episod ada syukur dan sabar, ada … Read More
Satu Perjalanan
Bismillahirrahmanirrahim, Hidup kita ini ibarat satu perjalanan yang panjang. Kemudian kita berhenti sejenak di bawah sepohon pokok yang rendang (dunia). Mahu tidak mahu kita akan teruskan perjalanan tersebut juga. Kerana tempat itu bukanlah tujuan perjalanan kita tadi. Hanya persinggahan. Kita akan membawa bekalan amalan yang akan kita tuai pada akhir perjalanan nanti.
- Page 1 of 2
- 1
- 2