Normaszarina & Airie, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim

 

 
Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana berikan nikmat iman kepada kita semua. Nikmat keluarga yang mendamaikan hati dan sahabat yang selalu mengingatkan kepada kebaikan. Dalam kuliah baru-baru ini, ustaz bagitau seorang sahabat yang baik akan menjadikan kita lebih hampir dengan agama.

Sebab itu, jika perasaan kita tidak tenteram dan selalu gelisah, selain mendekatkan diri kepada Allah kita sebenarnya perlu mencari lingkungan kawan baru. Kumpulan kawan-kawan yang selalu berbicara perkara baik-baik. Tidak membesarkan dirinya ataupun mengata orang lain. Ia boleh dilakukan dengan menukar lingkungan kawan yang negatif sama ada di sekeliling kita mahupun di sosial media (unfriend/mute). Kita yang kawal newsfeed di Facebook, timeline di Twitter dan feed di Instagram. Cari kawan yang baik-baik.

Kali ni aku update sikit majlis Normaszarina dan Airie yang diadakan di Putrajaya. Outdoor majlis sanding buat disekitar dewan sahaja.
 

 
Aku doakan kedua pasangan ini dilimpahi kebahagiaan, kerahmatan dan keampunan oleh Allah dengan nikmat ikatan perkahwinan yang terjalin. Selamat bercinta hingga ke syurga. Jadikan perkahwinan ini sebagai satu kelebihan untuk ke syurga insyaallah. Jumpa lagi next entry.
 

Wassalam.

Zafran & Nissa, Kuala Lumpur

Bismillahirrahmanirrahim

 

 
Semasa pulang dari ofis semalam aku lalu di satu persimpangan jalan yang sesak. Ketika itu hujan lebat. Tetapi polis yang mengawal lalu lintas masih tetap berada di tengah jalan menjalankan tugas dalam kebasahan. Aku perhatikan raut wajahnya. Kadangkala, ada pekerjaan yang beri lebih banyak pahala walaupun jika dikira dari sudut gajinya tidaklah sebesar mana.

Dalam satu tazkirah yang aku dengar, insan ini masuk ke syurga melalui banyak jalan. Malah ada pelacur masuk syurga hanya memberi minum seekor anjing dalam hadis sahih Bukhari. Rahmat Allah kadangkala kelihatan hambar sebab lidah sesetengah orang yang bicara tentang agama seakan mewakili Allah dan Nabi dalam menghukum manusia. Hakikat yang tersimpan dalam hati manusia hanya Allah yang tahu dan beri balasan kebaikan selayaknya.

Aku update sikit tentang sesi outdoor majlis perkahwinan Zafran dan Nissa yang diadakan di Taman Koperasi Polis 2, Gombak. Sesi outdoor ni dibuat di sekitar dewan tersebut sahaja.
 

 
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan meriah. Memandangkan rumah kedua mereka ini berhampiran, maka mereka telah gabung majlis menjadi satu sahaja. Sesuatu yang sangat dipuji dan patut ditiru oleh ramai orang. Ia dapat menjimatkan beban kewangan dan memudahkan urusan majlis.

Ketika keadaan kewangan negara yang tidak berapa sihat, semua langkah penjimatan adalah satu perkara yang bijak untuk dilakukan. Mari kita doakan kedua pasangan pengantin ini dikurniakan kerahmatan oleh Allah sampailah akhir hayat mereka,amin.
 

Wassalam.