Bismillahirrahmanirrahim
Gambar salah satu kaunter zakat di Selangor
Alhamdulillah kita masih lagi diberi nafas untuk hidup di bulan Ramadan. Hari ni dah 11 Ramadan. 1/3 Ramadan telah berlalu. Sebagai memenuhi tanggungjawab aku sebagai salah seorang yang bertugas di institusi zakat, aku nak beri beberapa info yang mungkin berguna kepada sahabat2 semua yang masuk sini. Kalau ada yang tak jelas boleh tanya aku ye :)
- ZAKAT FITRAH
- FIDYAH
- FIDYAH UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU BADAN
- FIDYAH UNTUK ORANG TUA
Zakat fitrah dikira berdasarkan berat makanan asasi (beras) satu gantang baghdad (2.75kg). Kadarnya di Selangor RM7.00. Seeloknya jika mampu, kita kira jumlah sebenar berdasarkan beras yang kita makan. Contohnya kalau kita biasa beli beras wangi 10kg = RM45. Jadi kadar zakat fitrah sebenar satu kepala adalah RM12.40 (RM45/10kg x 2.75kg).
Tetapi kebanyakkan institusi zakat mempunyai resit mengikut gandaan (eg :RM7.00) bagi memudahkan urusan rekod dan pemantauan jumlah umat Islam yang membayar zakat fitrah. Jadi mungkin boleh bayar 2 resit sekiranya berniat untuk lebihkan bayaran zakat tersebut. Kalau seorang insan tu sempat hidup pada bulan Ramadhan dan Syawal walau sesaatpun dan mampu makan pada siang syawal, maka wajib bayar zakat fitrah walaupun mereka fakir dan miskin.
Kadar fidyah pula ialah 1 cupak beras. 1 gantang = 4 cupak. Jadi kadar fidyah adalah sebanyak RM1.75 (RM7 / 4 cupak). Fidyah seeloknya ditukarkan kepada nilai beras yang setara dan diberikan kepada fakir miskin. Kiraan fidyah : [Bilangan hari tinggal puasa X RM1.75]. Kalau melangkau tahun kena gandakan nilai fidyah tersebut. Tetapi jumlah puasa yang wajib qada’ tetap sama.
Kalau tidak berpuasa sebab takut menjejaskan kandungan/anak maka wajib qada’ dan bayar fidyah. Kalau tidak berpuasa sebab takut mudharat kepada dirinya sendiri maka wajib untuk qada’ puasa sahaja.
Sekiranya orang tua tersebut memang tidak mampu berpuasa atau disahkan doktor tidak boleh berpuasa maka mereka tidak wajib puasa dan hanya perlu membayar fidyah. Seeloknya disegerakan supaya tidak membebankan pada kemudian hari.
Seperti yang kita semua tahu, bulan Ramadhan ini Allah melipatgandakan pahala amalan kita. Sebab tu kita kena berusaha menambahkan amalan kita berbanding bulan-bulan biasa. Ini termasuklah melaksanakan zakat-zakat lain di bulan ini, memperbanyak sedekah, membaca al-Quran, solat-solat sunat seperti tarawikh, taubat, hajat pada malam Ramadhan dan sebagainya.
Bulan Ramadhan ni cuma datang sekali je dalam setahun. Tinggal 20 hari sahaja Ramadan akan berlalu. Cubalah korbankan sedikit masa rehat, masa tidur dan masa lapang untuk meraikan kemuliaan Ramadhan ini. Mungkin dengan latihan-latihan begitu dan rahmat Allah, kita keluar dari bulan ni dengan menjadi insan yang lebih baik dari semua perkara, dihapuskan Allah dosa2 lepas dan sekiranya ditakdirkan mati, akan mati dengan mati yang baik dalam keadaan hampir dengan Allah. Insyaallah.
Nota kaki : Kalau ada soalan apa2 berkenaan zakat dan fidyah boleh tanya. Insyaallah aku cuba jawab dan bertanyakan kepada orang yang lebih pakar di sini sekiranya aku kurang arif tentang itu. Terima kasih.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe